Judul: Syarah Hisnul Muslim | Judul Asal ('Arab): Syarah Hishnul Muslim min Adzkar al-Kitaab was Sunnah | Penyusun Asal: Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf Al-Qahthani | Syarah: Syaikh Majdi B. 'Abdul Wahhab Al-Ahmad | Penerbit: Sukses Publishing | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 673m/s.
Doa dan Dzikir yang dimohonkan kepada Allah Ta'ala adalah benteng bagi kehidupan seorang Muslim, sumber ketenteraman hati, penguat jiwa, kehabagiaan hati, dan penyelamat diri dari pelbagai keburukan di samping sebagai amal-amal tempat bermohon kebaikan dunia hingga akhirat.
Kitab Hisnul Muslim susunan Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf Al-Qahthani hafizahullah adalah di antara kitab yang menghimpunkan doa-doa dan dzikir-dzikir dari Al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih. Ia merupakan kitab yang masyhur dan mendapat sambutan dari seluruh kalangan umat Islam di pelbagai belahan negara. Bahkan ia telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa lebih dari 26 bahasa dunia. Manakala kitab yang berada di hadapan saudara ini pula adalah syarah dan huraian doa-doa dan dzikir-dzikir yang disusun tersebut. Kitab ini disusun oleh Syaikh Majdi B. 'Abdul Wahhab Ahmad sehingga menjadikannya lebih bermakna dan kandungan yang asalnya ringkas lebih mudah difahami setelah huraian dan penjelasan hadis-hadisnya dimuatkan oleh beliau.
Semoga dengan hadirnya kitab-kitab doa dan dzikir seperti ini mampu menguatkan dan memudahkan kita dalam beramal secara sahih dan benar. Semoga kenikmatan dan ketenangan akan kita perolehi melalui amalan dan kefahaman terhadap doa-doa dan dzikir-dzikir yang benar dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.