Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hakikat, Pokok-pokok, dan Buah Iman

Hakikat, Pokok-pokok, dan Buah Iman
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.9 x 14.5 x 0.9

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM12.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hakikat, Pokok-pokok, dan Buah Iman | Judul Asal ('Arab): At-Taudhih wa Al-Bayaan li Syajaratil iimaan | Penulis: Syaikh 'Abdurrahman B. Nashir as-Sa'di rahimahullah | Penerbit: Darul Haq | Berat: 190g | Muka Surat: 123m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Beriman itu tidak hanya dengan ucapan di lidah. Iman itu harus tertanam di dalam hati, teriqrar dengan lisan, dan dizahirkan dengan amal-amal lahiriyah. Sebagaimana kata Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H):
 
والإيمان قول وعمل يزيد وينقص كما جاء في الخبر أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا.

“Dan iman itu adalah ucapan dan ‘amal. Ia bertambah dan berkurang sebagaimana dikhabarkan (dalam hadis), “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”.”

 
Pohon Iman yang baik pasti berbuah dengan baik pula, dan begitulah sebaliknya. Maka apabila tingkah-laku sebahagian orang yang beriman acap-kali terlihat tidak mencerminkan keimanan, maka sebabnya jelas, iaitu kerana tidak memiliki dasar-dasar Iman yang kukuh di dalam dirinya.
 
Sebagaimana kata dalam sebuah sya'ir:
 
Rumah tidak akan terbina
melainkan memiliki tiang penyangga...
 
Dan tidak akan ada tiang penyangga
kalau pasak-pasak belum ditancapkan...
 
Demikianlah iman dan agama, sebagaimana kata penya'ir:
 
Apabila iman telah hilang
tidaklah akanr asa aman...
 
Dan tidaklah ada dunia
bagi orang yang tidak menghidupkan agamanya...
 
Buku ini berisikan bimbingan dan motivasi bagaimana seharusnya menanamkan Iman dengan baik ke dalam diri; mengenal hakikat dan pokok-pokoknya, sekaligus menuai buah berupa kehidupan yang positif dan bahagia sebagaimana yang diredhai Allah. Buku ini menyebutkan tidak kurang dari sembilan belas buah dan faedah dari Iman yang dapat dinikmati kelazatannya oleh seorang Mukmin; tidak hanya di akhirat tetapi juga di dunia. Semakin baik tingkat kedudukan keimanan seseorang, makan akan semakin nikmat pula hasil buahnya, dari segi kualiti mahupun kuantiti yang akan diteguknya.
 
Syaikh as-Sa'di rahimahullah menjelaskan di dalam bukunya ini sekitar point-point yang begitu penting sekali, antaranya termuat dalam sub-sub perbahasan seperti:
 
1, Batasan, Kedudukan, dan Tafsir Iman.
 
2, Sumber pengambilan iman, dan amal-amal yang dapat menambah keimanan.
 
3, Iman itu bertambah dan berkurang.
 
4, Faedah-faedah dan buah keimanan.
 
5, Iman melahirkan kecintaan.
 
Syaikh Prof. Dr. Abdurrazzaq B. 'Abdul Muhsin al-'Abbad al-Badr hafidzahullah dalam sebuah muhadharah (seminar) berkata:
 
Saya menyarankan khususnya kepada para penuntun ilmu agar merujuk kepada risalah yang ditulis oleh Syaikh 'Abdurrahman B. Nashir As-Sa'di berjudul at-Taudhih wa al-Bayaan li Syajaratal-iimaan. Apabila kitab tersebut belum diterjemahkan, maka saya menyarankan agar ada orang-orang yang melibatkan diri untuk menterjemahkannya agar dapat diambil faedahnya oleh ramai orang, kerana risalah ini adalah risalah yang agung di dalam permasalahan iman. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net