Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kaidah Menyikapi Tokoh Kesesatan

Kaidah Menyikapi Tokoh Kesesatan
Terbitan: Islamic Da'wah
Product Code: Islamic Da'wah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 18.5 x 13.2 x 0.7

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM9.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kaidah Menyikapi Tokoh Kesesatan | Judul Asal ('Arab): Hajru al-Mubtadi' | Penulis: Syaikh Dr. Bakr B. 'Abdillah Abu Zayd rahimahullah | Penerbit: Islamic Da'wah | Berat: 150g | Muka Surat: 96m/s.


Buku kecil ini memberi penjelasan kepada para pembaca berkenaan kaedah menyikapi dan berhadapan dengan tokoh-tokoh yang membawa dan menyeru kepada kesesatan yang pada masa ini begitu banyak sekali di negara-negara umat Islam. Banyak fahaman dan pemikiran yang ditebarkan oleh tokoh kesesatan ini ditengah-tengah masyarakat, sehingga umat menjadi keliru dalam memahami agama yang haq ini. Maka, di sinilah pentingnya untuk kita memahami sikap yang benar dalam menghadapi tokoh-tokoh kesesatan tersebut.
 
Bersikap terhadap tokoh kesesatan memiliki kaedah yang perlu dijaga, kerana kita diperintahkan untuk berlaku adil dan tidak tergesa-gesa. Serta sentiasa berdiri teguh di atas hujjah dan ilmu dalam menyikapi mereka. Kitab ini membawakan contoh-contoh bagaimana sikap para ulama Ahlus Sunnah terhadap tokoh-tokoh kesesatan.
 
Syaikh al-Islam   Ibnu   Taimiyyah  rahimahullah (Wafat: 728H) pernah berkata: “Seperti para pemimpin bid’ah dari kalangan penganut pemikiran-pemikiran yang menyimpang atau pelaku ibadah-ibadah yang menyimpang dari al-Kitab dan as-Sunnah, maka menjelaskan (hakikat) keadaan mereka dan memperingatkan umat dari mereka hukumnya adalah wajib berdasarkan kesepakatan kaum muslimin.

Bahkan pernah dikatakan kepada Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H):

“Seseorang yang berpuasa dan solat serta i’tikaf lebih engkau sukai atau ia berbicara (membantah) Ahlul Bid’ah yang lebih engkau sukai?”

Imam Ahmad berkata, “Jika  ia solat dan i’tikaf maka hal itu adalah untuk dirinya sendiri. Tetapi jika ia membantah Ahlul bid’ah maka hal tersebut untuk kaum muslimin, dan ini lebih afdhal (utama).”

Maka Imam Ahmad menjelaskan bahawasanya manfaat membantah Ahlul Bid’ah umum bagi kaum muslimin bagi agama mereka, termasuk jenis jihad fii sabiilillah. Kerana memurnikan jalan Allah dan agama, manhaj, dan syari’at-Nya serta membantah kesesatan dan permusuhan mereka hukumnya wajib kifayah berdasarkan kesepakatan kaum muslimin. Kalau bukan kerana orang-orang (para ulama) yang telah ditegakkan Allah untuk menolak bahaya mereka (Ahlul bid’ah) maka tentu akan rosak agama ini.

Kerosakkan yang ditimbulkan oleh ahli bid’ah jauh lebih berat berbanding kerosakkan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh perang yang memerangi. Kerana para musuh perang itu mereka tidak merosak hati dan tidak pula merosak agama secara langsung, akan tetapi hanya mengusik faktor luaran (fizikal). Adapun Ahlul Bid’ah maka mereka merosakkan hati (aqidah dan agama) secara langsung.” (Majmu’ al-Fatawa, 28/231-232)

Beliau rahimahullah (Wafat: 728H) juga turut mengatakan:

وَمَنْ كَانَ مُحْسِنًا لِلظَّنِّ بِهِمْ - وَادَّعَى أَنَّهُ لَمْ يَعْرِفْ حَالَهُمْ - عَرَفَ حَالَهُمْ فَإِنْ لَمْ يُبَايِنْهُمْ وَيُظْهِرْ لَهُمْ الْإِنْكَارَ وَإِلَّا أُلْحِقَ بِهِمْ وَجُعِلَ مِنْهُمْ

“Dan sesiapa yang selalu berprasangka baik terhadap ahli bid’ah - dan mengaku belum mengetahui keadaan mereka - kenalkanlah ahli bid’ah tersebut padanya. Maka sekiranya dia telah mengenalnya tetapi tidak menampakkan penolakan terhadap mereka, gabungkanlah ia bersama-sama mereka dan anggaplah ia dari kalangan mereka juga.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu' al-Fatawa, 2/133)

Berikut dinukilkan sebahagian dari perkataan salaf (ulama generasi awal) terhadap ahli bid'ah, antaranya:

Yahya B. Sa’id al-Qath-than rahimahullah (Wafat: 198H) menceritakan:

لَمَّا قَدِمَ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ الْبَصْرَةَ: جَعَلَ يَنْظُرُ إِلَى أَمْرِ الرَّبِيعِ يَعْنِي ابْنَ صُبَيْحٍ , وَقَدْرَهُ عِنْدَ النَّاسِ، سَأَلَ: أَيُّ شَيْءٍ مَذْهَبُهُ؟ قَالُوا: مَا مَذْهَبُهُ إِلَّا السُّنَّةُ قَالَ: مَنْ بِطَانَتُهُ؟ قَالُوا: أَهْلُ الْقَدَرِ قَالَ: هُوَ قَدَرِيٌّ.

“Ketika Sufyan Ats-Tsauri tiba di Bashrah, beliau melihat kepada keadaan ar-Rabie’ B. ash-Shabiih dan kedudukannya di sisi manusia. Lalu dia bertanya, “Apakah mazhab dia (mazhab ar-Rabie’)?” Jawab mereka, “Tidak lain mazhabnya adalah as-Sunnah.”

Kata Sufyan, “Siapakah teman-temannya?” Kata mereka, “Ahli Qadar (Qadariyah).” Lalu berkata Sufyan, “Jika demikian maka DIA ADALAH QADARI”.” (Ibnu Baththah, Al-Ibaanah al-Kubra, 2/452, no. 421)

Kemudian di kitab yang sama, Ibnu Baththah rahimahullah (Wafat: 387H) meriwayatkan:

قِيلَ لِلْأَوْزَاعِيِّ: إِنَّ رَجُلًا يَقُولُ: أَنَا أُجَالِسُ أَهْلَ السُّنَّةِ، وَأُجَالِسُ أَهْلَ الْبِدَعِ، فَقَالَ الْأَوْزَاعِيُّ: هَذَا رَجُلٌ يُرِيدُ أَنْ يُسَاوِيَ بَيْنَ الْحَقِّ وَالْبَاطِلِ.

“Dikatakan kepada Imam al-Auza’i, sesungguhnya seorang lelaki berkata, “Aku duduk dengan Ahlus Sunnah dan aku juga duduk dengan Ahli Bid’ah.”

Maka kata Imam al-Auzaa’i, “Ini adalah lelaki yang hendak menyamakan di antara al-Haq (kebenaran) dengan kebathilan.” (Ibnu Baththah, Al-Ibaanah al-Kubra, 2/456, no. 430).

Maka, insyaAllah melalui buku ini kita akan melihat keadaan dan gambaran yang lebih jelas lagi bagaimanakah seharusnya kita bersikap terhadap ahli bid'ah, iaitu dari kalangan para tokoh kesesatan lagi menyimpang. Di antara yang dibahaskan oleh buku ini adalah, maksud dan tujuan agama dalam al-Hajr (memboikot ahli bid'ah), jenis-jenis al-Hajr, sifat-sifat al-Hajr, kedudukan al-Hajr dalam perkara aqidah, syarat-syarat al-Hajr, dalil-dalil yang menegaskan tentang al-Hajr, sikap para sahabat dalam menyikapi ahli bid'ah, sikap terhadap orang yang berbaik-baik dengan ahli bid'ah, dan yang lainnya yang berkaitan. Semoga bermanfaat. [Disediakan oleh krew Atsar Ent.]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net