Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mendidik Anak Bersama Nabi

Mendidik Anak Bersama Nabi
Terbitan: Pustaka Arafah
Product Code: Pustaka Arafah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16.4 x 3.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM75.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mendidik Anak Bersama Nabi | Judul Asal ('Arab): Manhaj At-Tarbiyyah An-Nabawiyyah lit-ThiflPenulis: Syaikh Muhammad Nur 'Abdul Hafiz Suwaid | Penerbit: Pustaka Arafah | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 592m/s.


Pada hari ini ada sebahagian dari kalangan umat Islam yang bercita-cita mendidik anaknya agar mengikuti David Beckham, Rooney, Ronaldo, P. Ramlee, Saloma, Bill Gates, Michel Dell, Stevan Covay, atau dari kalangan para artis, pelakon, dan tokoh-tokoh barat lainnya. Tetapi dia lupa bagaimana para tokoh-tokoh hebat Islam dari kalangan generasi awal mendidik anak-anak. Malah, dia juga lupa bagaimana Nabi mewasiatkan agar mendidik anak-anak.
 
Bukankah Nabi adalah pendidik terhebat dalam sejarah manusia? Beliau seorang tokoh dan contoh teladan yang telah melahirkan manusia dari generasi sahabat yang merupakan generasi terbaik. Terbaik dalam aspek iman, aqidah, tauhid, kekuatan, ibadah, pendidikan, politik, akhlak, karektor, dan teladan-teladan lainnya.
 
Malah, kepada merekalah Allah memerintahkan kita agar mengikuti dan mengambil contoh.
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
 
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
 
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku (Nabi), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.”.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 31)
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah berfirman:
 
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
 
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahdzaab, 33: 21)
 
Kemudian di ayat yang lain pula, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
 
وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
 
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka Syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)
 
Maka, marilah kita mengikuti Nabi dalam mendidik anak-anak kita. Atau inilah yang dikatakan sebagai, Mendidik Anak Bersama Nabi.
 
Pendidikan anak-anak
 
Masalah pendidikan boleh dikatakan termasuk masalah yang paling rumit yang dihadapi oleh para ibu/bapa, institusi pendidikan dan pengajaran, dan pakar-pakar psikologi.
 
Gejala moral dan akhlak anak-anak semakin meruncing pada zaman ini. Ramai ibu bapa yang semakin bimbang dan risau terhadap persoalan Aqidah, peribadatan, dan akhlak anak-anak. Maka dari itulah, para pakar melihat bahawa kaedah pendidikan anak-anak sebenarnya memainkan peranan yang begitu penting dalam persoalan ini. Pendidikan awal anak-anak oleh ibu bapa merupakan input awal bagi menghasilkan output terbaik pada kemudian hari. Dari sudut itulah, seharusnya kita memikirkan bagaimanakah sebenarnya kaedah/methode yang terbaik dalam usaha mendidik anak-anak?
 
Di sini, buku ini tampil sebagai salah satu buku yang memberi garis panduan dalam persoalan mendidika anak berpandukan tatacara Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan para salaf (generasi awal dari kalangan para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in). Buku ini membentangkan susunan perbahasan berpandukan dalil-dalil yang kukuh dari al-Qur'an mahu pun as-Sunnah. Disertakan dengan kefahaman para ulama generasi awal dari para sahabat tabi'in, dan seterusnya. Turut disertakan juga atsar-atsar (perkataan dan nasihat bimbingan para sahabat dan tabi'in) yang berkaitan dalam perkara ini. Demikianlah, anda lihat sendiri kandungannya dan hasilnya.
 
Dan untuk mencapai hasil yang baik, sudah tentu bukan perkara yang mudah. Ia perlukan ilmu, bimbingan, kesabaran, dan kesungguhan.
 
Ketahuilah bahawa Ibu/bapa adalah orang-orang yang paling bertanggung-jawab penuh terhadap pendidikan anak-anak mereka. Mereka perlu konsisten memegang konsep Islam dalam mendidik anak-anak mereka, insyaAllah mereka akan melahirkan anak-anak yang tumbuh dalam keislaman yang diberkahi.
 
Tetapi sebaliknya, jika dari kedua ibu/bapanya tidak konsisten, dan tidak sabar serta tidak punya ilmu dalam memberi pendidikan dan penjagaan terhadap anak-anak mengikut didikan Islam yang benar, maka di sana nantilah punca kepada masalah akan berkembang. Kerana guru pertama lagi utama bagi setiap anak-anak adalah kedua ibu/bapanya. Merekalah yang mencorakkan peribadi, karektor, dan jatidiri seorang anak. Bagaimana aqidahnya, ibadahnya, akhlaknya, dan pendidikan-pendidikan lainnya.
 
Ini adalah sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
 
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ البَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ
 
“Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah (Islam), lalu ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani (Kristian), atau Majusi, sebagaimana seekor haiwan ternakan melahirkan anaknya yang sempurna sifat, adakah kamu rasa akan ada yang mejadikannya cacat dengan sendirinya?!” (Shahih al-Bukhari, 1358. Muslim, no. 2658)
 
Di samping itu, ibu/bapa jugalah yang menjadi contoh dan idola pertama bagi anak-anak. Mereka perlu menunjukkan akhlak dan contoh terbaik. Sekiranya mereka gagal memberi contoh dan tauladan yang baik, maka anak-anaklah yang bakal menerima dan menyerap kesannya. Kerana, anak-anak yang berjiwa fitrah bersih lagi suci, tidak ada yang akan diikuti dan dijadikan contoh dalam membina pertumbuhan dan perkembangan karektornya melainkan orang-orang di sekitarnya.
 
Setelah itu, ibu/bapa juga wajib mengetahui hak-hak dan kewajiban anak-anak, kemudian melaksanakannya bersesuaian dengan perintah Allah Ta‘ala dan Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan cara bertahap dan konsisten, dengan kesabaran, dengan ilmu yang benar, sehinggalah mereka membesar menjadi pemuda dan pemudi yang matang.
 
Ditambah lagi dengan suasana hari ini yang begitu mencabar dalam membina peribadi anak-anak disebabkan banyaknya pengaruh dan faktor persekitaran yang kurang kondusif dan jauh dari nilai-nilai Islam, maka ibu/bapa perlu lebih tegas dan prihatin. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain, sebaliknya ibu dan bapalah yang perlu lebih dahulu berusaha memperbaiki diri dan menekuni ilmu-ilmu yang benar sebagai bekal pengajaran. Jangan bermudah-mudah menyerahkan anak-anak kepada orang lain seperti ke pusat-pusat asuhan, kepada para amah atau orang gaji, ke taska-taska atau seumpamanya.
 
Sebaliknya, pastikanlah anak-anak anda dididik oleh orang-orang yang berilmu dan berkarektor baik lagi melazimi sunnah-sunnah Rasulullah. Iaitu yang mampu memberi contoh tauladan yang baik. Dan tidak lain, ibu dan bapanyalah yang perlu berusaha ke arah itu. Maka, insyaAllah buku ini bakal membimbing para ibu dan bapa sekalian.
 
Maka, buku yang kami ketengahkan ini bakal membantu anda untuk tujuan tersebut dan bakal membuka lembaran corak berfikir yang mungkin selama ini jarang diambil berat oleh ibu/bapa. Dan mungkin ada sebahagian perkara yang amat sering dilupakan oleh mereka lantaran sibuk dengan urusan dunia luar.
 
Di antara fokus utama perbahasan buku ini adalah seperti:
 
1, Tanggungjawab pendidikan.
2, Memilih ibu yang baik untuk anak-anak.
3, Keutamaan keluarga yang soleh.
4, Sifat seorang pendidik.
5, Kesan dan pengaruh karektor ibu bapa terhadap anak-anak.
6, Sunnah-sunnah ketika menerima kehamilan.
7, Sunnah-sunnah ketika menyambut kelahiran.
8, Hukum-hakam berkaitan anak-anak kecil seperti hukum air kencing, hukum dan sunnah menyusukan bayi, hak-hak pengasuhan, dan lainl-lain.
9, Pembinaan aqidah dan jati diri anak-anak.
10, Pembinaan ibadah, mendekatkan anak-anak dengan masjid, melatih mengenal Allah.
11, Mencorak anak-anak dalam pergaulan, kaedah memilih guru, dan teman.
12, Mendidik anak-anak agar ringan tulang.
13, Adab terhadap ibu bapa, keluarga, guru, dan masyarakat.
14, Melatih anak-anak dalam menuju kehidupan.
15, Pembinaan adab bersosial.
16, Pembinaan perasaan dan kasih-sayang.
17, Pembinaan jasmani dan fizikal.
18, Pembinaan karektor, akhlak, intelektual, pengajian bahasa, dan daya hafalan.
19, Menanamkan rasa cinta terhadap Allah dan Rasul-Nya.
20, Mengenal Islam.
21, Pembinaan kesihatan dan pemakanan.
22, Pembinaan dan pendidikan seksual.
23, Berbakti kepada ibu bapa.
24, Tips-tips mendidik anak dengan cara Nabi.
25, Membina keyakinan anak-anak.
 
Dan banyak lagi lainnya, insyaAllah. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
 
InsyaAllah, buku ini bakal membantu para pembaca, khususnya para ibu/bapa yang bersungguh-sungguh untuk mendidik anak-anak mereka dengan methode dan pendidikan Islam. Mengikuti methode al-Qur'an, as-Sunnah, dan petunjuk yang dijelaskan oleh Rasulullah, para sahabatnya, dan para ulama semenjak generasi awal hingga kini. InsyaAllah, setiap nukilan hadis dan atsar disertakan sekali rujukan dan sumber ambilannya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net