Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sebenarnya Siapakah Wahabi Itu?

Sebenarnya Siapakah Wahabi Itu?
Terbitan: Too Bagus
Product Code: Too Bagus
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM37.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sebenarnya Siapakah Wahabi Itu? | Judul Asal ('Arab): Tashih Khatha’ Taarikhi Haula al-Wahabiyah | Penulis: Syaikh Dr. Muhammad B. Sa'ad asy-Syuwairi | Penerbit: Too Bagus | Berat: 300g | Muka Surat: 223m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Buku ini berbicara tentang sejarah munculnya kata wahabi dalam pembicaraan ulama dan kaum muslimin, bahkan ahli sejrah dunia (sama ada yang muslim ataupun yang bukan muslim). Dan sejarah tentang faktor serta sebab-sebab, dan juga tujuan istilah ini diwujudkan. Lalu kemudian ia disandarkan pula kepada dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahhab rahimahullah (1115H-1206H).

Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab memberikan julukan wahabiyah ini kepada dakwah ahlus sunnah wal-jama’ah? Benarkah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah itu wahabi? Dan kenapa dakwahnya disebut wahabiyah dan sejauh manakah kebenarannya? Sehingga salafi pun disebut wahabi?

Soalnya, siapa itu wahhabi? Ada apa di sebalik perkataan wahhabi ini? Kenapa wujud istilah ini? Dari mana ia datangnya?

Buku ini ditulis oleh seorang Doktor Al-Azhar Cairo, Mesir pada tahun 1977 Masehi, dicetak pertama kali di Tithwan Maroko tahun 1407 Hijriyyah, dan cetakan ketiga ini telah diberikan pengantar oleh Rektor Universitas Islam Madinah iaitu Syaikh Soleh B. ‘Abdullah Al-‘Ubud.

Kata Syaikh Dr. Soleh al-‘Ubud di mukaddimah kitab ini:

“Saya berpandangan untuk mencetak buku berharga ini, iaitu “Tashih Khatha’ Taarikhi Haula al-Wahabiyah” karya yang dihormati Dr. Muhammad B. Sa’ad asy-Syuwai’ir.

Ini adalah buku yang isinya sesuai dengan judulnya, menjelaskan kekeliruan sejarah, yang disebabkan kekeliruan tersebut terjadilah tuduhan terhadap Syaikh al-Islam Muhammad B. ‘Abdul Wahhab rahimahullah dan dakwah beliau dalam mengajak umat kepada tauhid. Sebagaimana diketahui bahawa dakwah tauhid adalah dakwah para Rasul, dari awalnya sampai penutup para Rasul, iaitu Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Terjadilah salah faham yang dimanfaatkan oleh musuh-musuh Islam dan musuh kaum Muslimin untuk memecah-belah antara kaum Muslimin, dan mencabik-cabik perpaduan dalam kalangan mereka. Semoga buku berharga ini memiliki fungsi yang besar dalam menghilangkan kesamaran dan juga untuk meluruskan pemahaman yang salah, serta menyingkirkan niat-niat yang rosak.” (Mukaddimah kitab “Tashih Khatha’ Taarikhi Haula al-Wahabiyah”). [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net