Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hadits-hadits Lemah & Palsu Di Sekitar Kita (Terjemahan Al-Manaarul Muniif)

Hadits-hadits Lemah & Palsu Di Sekitar Kita (Terjemahan Al-Manaarul Muniif)
Terbitan: Pustaka Salafiyah
Product Code: Pustaka Salafiyah (13(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.8 x 15.5 x 0.9

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hadits-hadits Lemah & Palsu Di Sekitar Kita | Judul Asal ('Arab): Al-Manaarul Muniif fi ash-Shahiih wadh-Dha’iif | Penulis: Imam Ibnul Qayyim rahimahullah | Penerbit: Pustaka Salafiyah | Berat: 400g | Muka Surat: 192m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Sesungguhnya tidaklah tersamar bagi setiap orang yang masih berhati bersih dan berakal sihat, bahawa Sunnah Nabawiyah memiliki kedudukan yang sangat agung, salah satu landasan berhujjah yang begitu kukuh sebagaimana al-Qur’an al-Kariim.

Sunnah Nabawiyah merupakan penjelas dan penafsir bagi ayat-ayat al-Qur’an, ia menerangkan perkara-perkara yang umum, yang samar, memberi perincian untuk perkara tertentu, memberi batasan tertentu, memberikan prinsip dalam memahami al-Qur’an, dan beberapa hal lainnya lagi.

Dan Al-Qur’an sendiri telah menegaskan bahawa Sunnah-sunnah Nabawiyah wajib diikuti.

Allah telah menurunkan adz-Dzikr, iaitu al-Kitab dan as-Sunnah, dan Allah telah menjamin akan menjaganya dengan penjagaan yang sempurna bersesuaian dengan kesempurnaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sesungguhnya Allah maha Menjaga dan Mengawasi atas segala sesuatu.

Dan di antara bentuk penjagaan Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap sunnah-sunnah Nabawiyah adalah dengan menjadikan di antara manusia itu para ulama ahli hadis. Mereka adalah termasuk bala tentera Allah dalam mempertahankan sunnah-sunnah Nabi-Nya.

Muncul sejumlah besar dari kalangan ulama terdahulu yang mulia dan diberkahi, yang membela sunnah Nabi, melindungi benteng Nubuwwah dari para penyeludup yang berusaha menyusupkan sesuatu yang dinisbatkan sebagai sebahagian dari nubuwwah, sedangkan ia bukan darinya. Para pemalsu dan pereka hadis-hadis sedikit pun tidak didiamkan oleh para ulama hadis.

Dengan penjagaan inilah, manusia akan semakin baik dalam berittiba’ kepada sunnah Nabawiyah dan semakin sempurna pula hidayah yang diraihnya, sehingga mereka akan selamat.

Di antara barisan ulama yang awal dalam membicarakan bidang penjagaan periwayatan sunnah-sunnah ini setelah era sahabat-sahabat Rasululah adalah seperti Syu’bah B. Al-Hajjaj, Muhammad B. Sirin, ‘Abdullah B. Al-Mubarak, Hisyam ad-Dustuwa’i, Ma’mar, Yahya al-Qaththan serta para pelajar mereka seperti Yahya B. Ma’in, Ali B. Al-Madini, Ahmad B. Hanbal, dan ramai lagi yang kemudian diikuti oleh para imam setelahnya seperti Al-Bukhari, Muslim, Abu Zur’ah, Abu Hatim, at-Tirmidzi, dan lain-lain.

Merekalah di antara barisan ulama yang tampil menjelaskan antara sunnah yang sahih dari yang lemah dan palsu. Merekalah yang menentang para pereka, pemalsu, dan para penyeleweng sunnah-sunnah Nabi.

Hadis-hadis palsu walaupun di dalam maknanya ada kebaikan, ia termasuk sesuatu yang bathil dan dusta. Sunnah-sunnah yang direka oleh para pemalsu mampu menyesatkan golongan yang inginkan kebaikan, namun tak punya ilmu. Ia akan memecah-belahkan barisan umat Islam dan membuahkan banyak salah faham terhadap Islam.

Maka atas sebab itulah para ulama yang tegar dan manpan ilmunya sejak zaman silam tidak pernah duduk diam terhadap kemunculan sunnah-sunnah atau hadis-hadis yang palsu. Mereka benar-benar mewaspadai hal tersebut.

Sehingga Imam Sufyan ats-Tsauriy berkata:

“Para Malaikat adalah penjaga langit, dan ahli hadis adalah penjaga bumi.”

Ini menggambarkan betapa kuatnya usaha yang mereka lakukan dalam menjaga sunnah-sunnah Nabi.

Sebahagian mereka juga menngungkapkan, “Setiap agama memiliki pasukan berkuda, dan pasukan berkuda bagi umat ini adalah para ahli hadis.”

Tidak sedikit kitab-kitab yang terhasil dan ditulis bagi tujuan mempertahankan sunnah-sunnah Nabi yang sahih sekaligus menjelaskan sunnah-sunnah yang palsu lagi diada-adakan.

Dan di antaranya adalah kitab milik Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) ini. Sebuah kitab yang terkenal dengan judul Al-Manarul Munif fi ash-Shahih wadh-Dha’if.

Dalam kitab ini Imam Ibnul Qayyim membawakan hadis-hadis dengan disertai penyebutan-penyebutan kaedah-kaedah dan dasar-dasar yang sangat jelas yang akan meningkatkan kadar sensitiviti kita tatakala diperdengarkan hadis-hadis yang dipalsukan atas nama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Ibnul Qayyim membentangkan ciri-ciri penting bagaimana kita akan mengenal sesebuah hadis yang tertolak (yang tidak sahih), sama ada yang dha’if mahupun yang palsu. Kemudian beliau turut menyertakan sama contoh-contoh yang cukup bermanfaat, yang sebahagian dari kita mungkin tidak pernah menyangka bahawa hadis-hadis tersebut sebenarnya adalah palsu dan tidak sahih sama sekali.

Ibnul Qayyim membentangkan sebanyak 50 Pasal perbahasan dalam kitabnya ini, yang mana 19 darinya adalah khusus menjelaskan ciri-ciri mengenal hadis-hadis yang tidak sahih.

Jadi, semoga dengan hadirnya buku ini akan menjadikan kita lebih peka dan prihatin terhadap kewujudan hadis-hadis yang tidak sahih dan tidak benar di sekeliling kita. Hanya mereka yang diberi ilmu, taufiq, dan hidayah oleh Allah-lah yang akan mampu membezakannya sekaligus akan mampu berjalan di atas jalan yang selamat. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net