Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ya Allah, Ampuni Aku...

Ya Allah, Ampuni Aku...
Terbitan: Pustaka Imam Abu Hanifah
Product Code: Pustaka Imam Abu Hanifah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14.1 x 1.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM26.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ya Allah, Ampuni Aku... (Hard Cover) | Penulis: Zainal Abidin Syamsudin | Penerbit: Pustaka Imam Abu Hanifah | Berat: 0.45kg | Muka Surat: 256m/s.


Taubat adalah satu langkah nyata seseorang hamba dalam menyesali dosa-dosanya. Orang yang bertaubat akan sentiasa berusaha menahan dirinya dari kembali melakukan kesalahan/maksiat yang sama berulang-kali.
 
Manusia adalah makhluk yang selalu diancam oleh hawa nafsu dan syahwat yang mengintai dan sentiasa bersedia menyeretnya ke lembah kubangan maksiat. Lalu berlakulah dosa dan diikuti pula penyesalan tanpa kesudahan. Namun, kerap-kali terjadi betapa ramainya yang tidak tahu apa yang mesti dilakukan ketika menyesal dengan perbuatan maksiat yang telah dilakukan. Ramai yang terpinga-pinga bagaimanakah sebenarnya mahu bertaubat, adakah taubat diterima, bagaimana mahu meninggalkan maksiat, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya bertaubat, dan pelbagai lagi persoalan yang timbul di fikiran.
 
Dari sudut lain pula, muncul pula kelompok manusia yang mendabik dada dirinya suci tetapi suka mencela dengan sombong dan merendahkan mereka yang mahu bertaubat kembali ke pangkal jalan yang baik. Dalam satu sisi yang lain, terfikirkah kita bahawa orang yang merasa berdosa/bersalah lalu mahu kembali kepada kebaikan itu adalah jauh lebih baik berbanding orang yang suka mencela orang lain dengan perasan menganggap dirinya sentiasa suci tanpa dosa.
 
InsyaAllah, dengan buku ini selain memberi harapan kepada mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan, ia turut memberikan sebuah penjelasan yang terperinci berkaitan perngertian dan tatacara taubat yang sebenar. Selain itu, buku ini juga mengajak kepada masyarakat awam agar sentiasa bersifat rendah hati, bijaksana, dan memberi motivasi/semangat kepada golongan yang mahu kembali kepada kebaikan.
 
Di antara fokus kandungan buku ini adalah penjelasan berkenaan hakikat taubat, syarat-syarat taubat, tanda-tanda diterimanya taubat, taubat berkalu untuk setiap dosa termasuk dosa tanpa sedar, taubat nasuha, penjelasan tentang bentuk-bentuk maksiat, hakikat syirik dan taubat, perkara-perkara yang mengahalang taubat seperti syirik, bid'ah, kejahilan dan berburuk sangka kepada Allah, kemudiannya buku ini turut menjelaskan berkenaan penawar-penawar maksiat iaitu perbuatan yang dapat menjauhkan diri daripada maksiat. Yang terakhir, buku ini turut membimbing anda melakukan solat Taubat dan amalan-amalan yang dapat menghapuskan dosa. 

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net