Judul: At-Tabarruk; Tuntunan Mengambil Berkah | Judul Asal ('Arab): At-Tabarruk Anwaa’uhu wa Ahkaamuhu | Penulis: Syaikh Dr. Nashir bin ‘Abdurrahman bin Muhammad Al-Judai’ | Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafi'i | Berat: 1.3g | Muka Surat: 669m/s. [Disediakan oleh krew Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Buku ini membahaskan kepelbagaian bentuk keberkahan yang terdapat di dalam pelbagai perkara. Seperti keberkahan yang terdapat melalui al-Qur’an al-Karim, keberkahan dengan berzikir, keberkahan barang-barang peninggalan Nabi, keberkahan yang terdapat pada pohon-pohon tertentu, keberkahan Bulan Ramadhan, keberkahan air susu, kuda, kambing, hajarul Aswad, pohon kurma, air zam-zam, tiga masjid, dan pelbagai lagi.
Persoalannya, sejauh manakah setiap perkara/benda itu memiliki keberkahan. Bagaimanakah cara yang tepat menurut al-Qur'an dan as-Sunnah bagi meraih setiap kerbekahan tersebut. Turut dibahaskan adalah sekitar persoalan tabarruk (mengambil atau meraih keberkahan) yang membawa kesyirikkan dan bid’ah, seperti mengambil berkah di makam para wali, pokok, batu-batuan, dan seumpamanya.
Syaikh ‘Abdullah B. ‘Abdurrahman al-Jibrin rahimahullah berkata:
“Sungguh Allah telah memberikan taufiq kepada penulis untuk membahaskan bentuk-bentuk tabarruk yang dilarang, memberikan jalan penyelesaiannya, dan membantah syubhat-syubhat oleh orang-orang yang menyembunyikan kebenaran dan mengajak melakukan tabarruk tersebut.
Pada buku ini, penulis memulakan perbahasannya dengan menyebutkan beberapa bentuk tabarruk yang disyari’atkan dan segala sesuatu yang memiliki keberkahan, sama ada manusia, misalanya ucapan Nabi 'Isa 'alaihis Salam (sebagaimana diungkapkan Allah dalam Al-Qur’an:
“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkahi di mana sahaja aku berada...” (Surah Maryam, 19: 31)
kemudian makhluk-makhluk, tempat-tempat, perbuatan-perbuatan, waktu-waktu tertentu, dan semisalnya.
Penulis juga menjelaskan kesan-kesan pengaruh keberkahan yang ada pada perkara-perkara tersebut. Dan bahawa keberkahan itu tidak perlu disikapi secara ghuluw (melampau lagi belebih-lebihan) dari batas syari’at. Kerana keberkahan itu pada dasarnya berasal dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dia-lah yang memberikan keberkahan kepada bumi dan menentukan kadar makanan setiap makhluk. Seandainya Dia mencabut keberkahan darinya, nescaya hilang-lah keberkahan tersebut.
Keistimewaan lain dari buku ini adalah ia menarik untuk dibaca berikut perinciannya yang tuntas dan mendorong para pembaca agar mengamalkannya (sebagaimana yang disunnahkan). Melalui lembaran-lembaran buku ini, pembaca akan mendapatkan sesuatu yang dapat menyenangkan jiwa dan menghilangkan kesedihan.
Kerana itu, kami menyarankan anda agar membacanya, menerangkan kandungannya, menyebar-luaskannya, dan meringkas hal-hal penting darinya ke dalam beberapa bentuk makalah dan risalah kecil untuk diterbitkan di dalam atau di luar negara sehingga bermanfaat bagi orang yang dekat mahupun yang jauh.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Semoga Dia melimpahkan selawat dan salam-Nya kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, keluarga, dan para sahabatnya.” (Lihat: Mukaddimah dan Kata Pengantar, At-Tabarruk Anwaa'uhu wa Ahkaamuhu)