Judul: Sehari Di Kediaman Rasulullah | Judul Asal: Yauman fii Baitir Rasulullahi Shallallahu 'alaihi wa Sallam | Penulis: Syaikh 'Abdul Malik B. Muhammad al-Qasim | Penerbit: Darul Haq | Berat: 180g | Muka Surat: 126m/s.
Marilah kita telusuri kembali kurun yang telah berlalu, membuka lembaran-lembaran silam, membaca, dan meneliti dengan penuh muhasabah kisah-kisah kehidupan di kediaman Rasulullah.
Dengan menela’ah buku ringkas ini, insyaAllah besar manfaatnya. Kita akan mengadakan kunjungan istimewa, iaitu kunjungan ke rumah kediaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui untaian kata dan kalimat. Singgah-lah ke rumah beliau barang sehari atau sebentar. Melihat-lihat keadaan di rumah beliau serta beberapa kisah tentangnya. Guna mengambil pelajaran dan ibrah yang akan menjadi pelita dalam amal perbuatan kita.
Kehidupan Rasulullah adalah kehidupan yang penuh teladan bagi umat, acuan dakwah sekaligus sebagai pedoman hidup. Beliau adalah teladan dalam ketaatan, dalam ibadah, dalam mu’amalah, dan dalam berakhlak mulia. Maka amat rugilah kalau kita tidak memperuntukkan kesempatan berkunjung ke sana.
Seiring dengan pesatnya kemajuan ilmu pengetahuan akhir-akhir ini, manuskrip-manuskrip yang dibaca kaum Muslimin pun semakin banyak. Kita dengan mudah dapat mengunjungi Timur dan Barat dengan hanya menela’ah buku-buku dan tulisan-tulisan, melalui filem-filem, dan pelbagai bentuk rujukan lainnya.
Sedangkan bukankah kita lebih wajar untuk berkunjung ke kediaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara syar’i berbanding ke tempat yang lainnya. Di sana ada teladan, di sana ada warisan ilmu dan petunjuk yang ditinggalkan. Semoga dengan mengunjunginya akan mampu menumbuhkan rasa cinta syar’i yang mendalam.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
“Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya sendiri, dan manusia seluruhnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 15. Muslim, no. 44)
InsyaAllah, dengan buku ini kita akan menelusuri kisah-kisah teladan di rumah Rasulullah. Kita akan melihat sifat-sifat Rasulullah sebagaimana digambarkan dalam hadis-hadis yang sahih, mengenal tutur kata indah beliau, melihat bentuk kediaman rumah beliau, mengenal para sahabat beliau secara ringkas, bagaimana aktiviti beliau seharian di rumah, keindahan akhlak beliau di samping anak-anak dan isteri beliau, keharmonian rumah kediaman beliau, melihat canda beliau, tidurnya beliau, solat-solat sunnah beliau, bangunnya beliau, tangis dan tawa beliau, kasih-sayang beliau, makanan beliau, hubungan beliau dengan sesama jiran tetangga, cara beliau melayani tamu, dan yang lain-lainnya.
InsyaAllah, buku ini termasuk buku-buku yang akan membuat kalian berliangan air mata ketika membacanya.