Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, Sejarah Lengkap Kehidupan Nabi

Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, Sejarah Lengkap Kehidupan Nabi
Terbitan: Akbar Media
Product Code: Akbar Media
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 27.1 x 20.5 x 5

ISBN: 9786029215144
Availability: Out Of Stock
Price: RM147.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, Sejarah Lengkap Kehidupan Nabi | Judul Asal ('Arab): As-Siirah An-NabawiyahPenulis: Al-Imam Ibnu Hisyam rahimahullah | Takhrij: Disertakan takhrij hadis oleh Syaikh Al-Albani pada riwayat terpilih | Penerbit: Akbar Media | Berat: 1.5kg | Muka Surat: 763m/s (Hard cover)


Sebelum kedatangan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bangsa Arab umumnya belum memiliki kelengkapan bahan dan kaedah yang baku dalam merakam sejarah dan biografi tokoh-tokoh, melainkan hanya dengan cara saling mewarisi dan meriwayatkan cerita-cerita yang berkembang sesama mereka.
 
Setelah itu, muncullah sumber yang baru dengan kedatangan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan dimulai dakwah oleh beliau. Beliau menyampaikan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis kepada para sahabatnya, lalu para sahabatnya menyampaikan dan mewariskan pula kepada para tabi'in, dan begitulah seterusnya sehingga berkembang menjadi sebuah ilmu dalam bidang periwayatan. Lalu kemudian sampailah pula kepada kita pada hari ini melalui metode periwayat dan penulisan.
 
Sirah Nabawiyah ini adalah rakaman sejarah agung di zaman Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, biografi beliau, persekiran beliau, masyarakat Arab, perjalanan dakwah beliau, kisah-kisah peperangan, kisah turunnya wahyu dan latar belakang turunnya ayat, tentang kisah-kisah pahit dan duka sejarah dakwah Rasulullah, dan banyak lagi. Ia merupakan sebuah buku dengan metode penceritaan yang merakamkan sejarah semenjak fasa sebelum datangnya Rasulullah di tanah Arab hingga ke era kewafatan Rasulullah dan perlantikan Abu Bakr sebagai khalifah menggantikan beliau.
 
Umumnya, membaca dan menghayati sirah/sejarah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bukanlah sekadar sebagai bahan bacaan dan untuk mendapatkan informasi berkenaan Rasulullah, tetapi lebih dari itu semua. Iaitu bertujuan untuk meneladani sifat dan tatacara kehidupan beliau dalam segala perkara, mengambil ‘ibrah (iktibar/pelajaran) darinya dan menerapkannya dalam kehidupan seharian kita.
 
Bahkan lebih dari itu, memahami dan menelusuri kisah-kisah beliau, sekaligus mengenal beliau dengan lebih dekat sehingga mencintai beliau adalah merupakan tanda keimanan. Tidak-lah kita mencintai beliau dengan kecintaan yang benar melainkan akan dikurniakan Allah ke hati-hati kita nikmat manisnya iman. Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
 
ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
 
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, ia akan merasa manisnya iman. Iaitu Allah dan Rasul-Nya menjadi yang paling dicintainya dari selain keduanya, mencintai seseorang kerana Allah semata-mata, dan benci jika dikembalikan kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Shahih al-Bukhari, no. 16)
 
Maka, di antara wasilah mendapatkan rasa cinta terhadap Rasul-Nya, yang sekaligus menjadi jalan menunju Allah, adalah dengan menekuni perjalanan hidup dan siri dakwah beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Bukan hanya sekadar omongan kosong cinta dan kasih, tetapi tiada penghayatan dan tidak memiliki ilmu tentangnya. Sebaliknya kecintaan perlulah diiringi dengan dukungan ilmu dan kefahaman dari sumber yang benar.
 
Makanya, buku ini merupakan salah satu rujukan yang tidak kurang pentingnya bagi tujuan meneliti hal yang dimaksudkan. Di dalamnya mengandungi kupasan yang menarik berkenaan sekitar sejarah kehidupan bangsa arab, fasa-fasa peperangan, kehidupan agama, sosial, budaya, politik, ekonomi, geografi, suku kaumnya, dan beberapa kerajaan yang wujud ketika itu. Turut dipaparkan juga adalah sekitar latar belakang kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara lengkap dan terperinci kemudian ditutup dengan paparan detik-detik terakhir kehidupan beliau serta gambaran sifat dan budi pekerti beliau.
 
Karya Ibnu Hisyam ini adalah di antara kitab-kitab monumental dan sebahagian dari rujukan utama dalam bidang sirah dalam sejarah dunia Islam. Walaupun di sana ada beberapa kritikan terhadapnya dalam isu periwayatan, namun hal tersebut tidak sebegitu mudah digunakan untuk menjatuhkan kredibiliti kitab ini begitu sahaja. Kerana memang tak mudah untuk mendapatkan sumber yang memang benar-benar 100% autentik. Sebaliknya, ia perlu dipadu dan diadun dengan dukungan dari sumber-sumber yang lain yang saling menguatkan. Manakala riwayat-riwayat yang memang terbukti lemah dan menyelisihi riwayat-riwayat kitab sahih, itu ditinggalkan berdasarkan kaedah ilmu, bukan hawa nafsu.
 
Apatah lagi, kitab Sirah Ibnu Hisyam ini memang telah menjadi rujukan para ulama dan ilmuan Islam sejak sekian lama. Ia menjadi sebuah kitab yang merekodkan banyak kisah-kisah dalam Islam pada zaman Rasulullah bersama-sama para sahabatnya. Para ulama mengambil dan menukil darinya. Walaupun demikian memang ada sebahagian kisah yang perlu berhati-hati padanya, kerana memang jelas tidak sahih dan bertentangan dengan riwayat-riwayat yang jelas sahih dari sumber-sumber yang lain. Oleh yang demikian, dapat kita perhatian sebahagian ulama tampil menjelaskan letak duduk sebahagian dari kisah-kisah di dalamnya.
 
Kitab Sirah Ibnu Hisyam ini dikritik oleh sebahagian pihak hari ini kerana beliau meriwayatkan daripada Ibnu Ishaq yang merupakan gurunya. Para ulama berbahas panjang tentang kedudukan beliau disebabkan ada sebahagian ulama yang menjarh atau mengkritiknya.
 
Tentang hal ini cukup dinukilkan kesimpulan oleh Dr. Mahdi Rizqullah tentang beliau (Ibnu Ishaq):
 
“Secara ringkasnya, majoriti ahli hadis sepakat menilai hadis-hadis yang diriwayatkan Ibnu Ishaq berada pada kedudukan (status) hasan li dzaatihi apabila ia menyebutkan dengan jelas perawi pertamanya, meriwayatkannya dengan isnad yang bersambung, dan para perawinya tsiqah. Yang demikian adalah kerana Ibnu Ishaq sering melakukan wahm atau mengaku mendengar sendiri hadis yang diriwayatkan dari orang yang disebutkan namanya.” (Mukaddimah buku As-Siirah An-Nabawiyyah fii Dhau'il Mashaadir al-Ashliyyah: Diraasat Tahliiliyyah)
 
Walau pun demikian, secara umumnya, kitab sirah Ibnu Hisyam adalah sebuah kitab sirah yang agung dan masyhur. Menjadi rujukan dunia Islam semenjak dahulu. Penyusunnya adalah Abu Muhammad Abdul Malik B. Hisyam rahimahullah, atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Hisyam, wafat pada tahun 213Hijriyah. Seorang tokoh sirah atau periwayat sejarah dalam bidangnya dengan metodenya tersendiri.
 
Pada kitab edisi ini, ia disertakan sekali dengan takhrij dan penjelasan status hadis-hadis yang terpilih berdasarkan takhrij Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah.
 
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net