Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Ahkam as-Sulthaniyyah, Hukum-hukum Penyelenggaraan Negara Dalam Islam

Al-Ahkam as-Sulthaniyyah, Hukum-hukum Penyelenggaraan Negara Dalam Islam
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16 x 2.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Ahkam As-Sulthaniyyah, Hukum-hukum Penyelenggaraan Negara Dalam Islam | Judul Asal ('Arab): Al-Ahkam as-Sulthaniyyah fii al-Wilaayah ad-Diniiyyah | Penulis: Imam abu al-Hasan Ali B. Muhammad Al-Mawardi rahimahullah (Wafat: 450H) | Penerbit: Darul Falah | Berat: 880g | Muka Surat: 432m/s. (Hard cover)


Al-siyasah (politik) dalam bahasa ‘Arab bererti:

تدبير الأمور والقيام بإصلاحها، يقال: ساس الأمر سياسة أي قام به

Menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Apabila dikatakan Sasa al-‘Amr siyasah bererti ia melaksanakannya.

Dalam hadis disebutkan:

كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء

“Bani Israel telah ditadbir (tasusuhum (mereka disiyasahkan)) oleh para nabi.”

أي تتولَى أمورهم كما تفعل الأمراء والولاة بالرعية

Maksudnya, nabi-nabi menguruskan hal-ehwal mereka sebagaimana yang dilaksanakan oleh para pemerintah yang menguruskan hal-ehwal rakyatnya.

Al-siyasah dari sudut istilah pula memiliki beberapa definisi. Di antaranya adalah mentadbir urusan negara. Juga disebutkan sebagai suatu ilmu atau kemahiran dalam urusan memerintah negara.

Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia memiliki prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang secara keseluruhannya membentuk “ilmu politik”. Politik juga dikatakan sebagai kemahiran kerana ingin ditekankan bahawa dalam realiti perlaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga kepada perlaksanaan sebenar kekuasaan atau kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan berkaitan kaedah-kaedah praktikal yang tertentu.

Sistem politik pula adalah satu struktur yang mengatur hubungan di antara para pemimpin dengan orang bawahan dan ia terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan. Teks bagi sistem politik terdapat dalam perlembagaan di pelbagai negara. Sistem-sistem politik juga berbeza-beza berdasarkan sumber kekuasaan, cara mengatur, dan sturktur negara.

Politik dari perspektif Islam adalah menjaga hal-ehwal rakyat di dalam dan luar negara dengan cara yang tidak bertentangan dengan syara’.

Politik yang syar’i tidak hanya terbatas kepada apa yang disebutkan oleh syara’ secara khusus, tetapi apa yang penting adalah dengan tidak menyalahi teks al-Qur’an, as-Sunnah, ijma’ umat Islam (para ulama), kaedah-kaedah syara’, serta ushul-ushulnya secara umum. (Rujuk: Dr. Khalid al-Anbari, Fiqh as-Siyasah asy-Syar’iyah fii Dhaw al-Qur’an wa as-Sunnah wa Aqaul Salaf al-A’immah, m/s. 9-10)

Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) menukilkan,

فقال ابن عقيل السياسة ما كان فعلا يكون معه الناس أقرب إلى الصلاح وأبعد عن الفساد وإن لم يضعه الرسول صلى الله عليه و سلم ولا نزل به وحي

“Menurut Ibnu ‘Aqil, siyasah syar’iyyah itu adalah apa jua tindakan yang mampu mendekatkan manusia (rakyat) kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan walaupun tidak ditegaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak diturunkan wahyu padanya.” (Ibnul Qayyim, at-Turuq al-Hukumiyat, m/s. 17)

Menurut ‘Abdul Wahhab Khallaf rahimahullah (Wafat: 1357H):

فالسياسة الشرعية هي تدبير الشئون العامة للدولة الإسلامية بما يكفل تحقيق المصالح ودفع المضار مما لا يتعدى حدود الشريعة وأصولها الكلية، وإن لم يتفق وأقوال الأئمة المجتهدين

“Siyasah asy-Syar’iyyah adalah proses pentadbiran yang selari dengan syara’, yang mana perjalanan urus-tadbirnya menjaga kepentingan rakyat melalui ruang lingkup daulah Islam dengan cara-cara yang dapat menjamin tercapainya kemaslahatan (kebaikan) umum, dapat menolak pelbagai bentuk kerugian, dan tidak melanggar syari’at Islam serta kaedah-kaedah asasinya, walaupun tidak selari dengan apa yang diutarakan oleh para imam mujtahid.” (‘Abdul Wahhab Khallaf, Siyasah Syar’iyah, m/s. 15. Rujuk: ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jazairi, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 142-143)

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata lagi,

لا سياسة إلا ما نطق به الشرع فغلط، وتغليط للصحابة، وهذا موضع.. فرط فيه طائفة، وجعلوا الشريعة قاصرة لا تقوم بِمصالح العباد، محتاجة إلى غيرها.. فلما رأى ولاة الأمور ذلك.. أحدثوا من أوضاع سياساتِهم شرًّا طويلاً، وفسادًا عريضًا، فتفاقم الأمر، وتعذر استدراكه.. فإن الله -سبحانه- أرسل رسله، وأنزل كتبه، ليقوم الناس بالقسط، وهو العدل.. فإذا ظهرت أمارته وأسفر وجهه بأي طريق كان، فثم شرع الله ودينه

“Sekiranya politik adalah apa yang disebut oleh syara’ semata-mata, maka ia adalah satu kesilapan dan menyalahi para sahabat. Ini merupakan suatu perkara yang tidak difahami oleh sekumpulan manusia, lalu dengan itu mereka telah menjadikan syari’at itu lemah dan tidak mampu menangani keperluan manusia sehingga ia memerlukan (beralih) kepada yang lain. Maka apabila para pemimpin melihat keadaan ini... mereka pun melakukan kejahatan yang berpanjangan dan kerosakkan yang berleluasa dalam sistem politik mereka, lalu ia menjadi semakin rumit dan sukar untuk ditangani. Sebenarnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengutuskan para Rasul-Nya dan menurunkan Kitab-kitab-Nya supaya manusia dapat berlaku adil... maka apabila terdapat tandanya dan ia nampak jelas dalam apa bentuk sekalipun, maka itulah yang dikatakan syari’at dan agama Allah.” (Ibnul Qayyim, at-Turuq al-Hukumiyat, m/s. 18 – Maktabah Syamilah)

Dr. Khalid al-Anbari menambah, “Maka dengan itu, kita sendiri perlu menambah perundangan yang bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan-tuntutan kehidupan kita dengan syarat kita tidak membenarkan diri kita mencipta undang-undang yang bertentangan dengan nash dan kandungan syari’at, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi amaran kepada kita daripada perkara-perkara tersebut.” (Dr. Khalid al-Anbari, Fiqh as-Siyasah asy-Syar’iyah fii Dhaw al-Qur’an wa as-Sunnah wa Aqaul Salaf al-A’immah, m/s. 10-11)

Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri mengutarakan sebuah nasihat:

فهي تُعْنَى بأحكام الإمارة والقضاء وأحوال الوزارات وتدوين الدواوين وإنفاذ الجيوش وغيرها مما تراه مفصلا في مثل غياث الأمم للجويني، و الأحكام السلطانية للماوردي وكذا لأبي يعلى الفراء، و التراتيب الإدارية لعبد الحي الكتاني وغيرهم. ولا شك في وجوبها شرعا وعقلا، لأن أمور الناس لا تنضبط إلا بإمام عادلا كان أو جائرا، قال ابن حبان البستي ـ رحمه الله ـ: وأنشدني ابن زنجي البغدادي للأفوه الأودي

لا يُصلح الناسَ فوضى لا سَراة لهم  ولا سَـراة إذا جـهّـالهـم ســادوا

والبــيـت لا يـُبتـنـى إلا بـأعـمــدة ولا عـمـاد إذا لم تُــرسَ أوتـــادُ

فإن تـَجـمَّع أوتادٌ وأعمدةٌ وساكنٌ      أدركــوا الأمـــر الـذي كــادوا

تُهدَى الأمور بأهل الرأي ما صلـــحت فإن تَوَلَّت فبالأشرار تنقادُ

وذكر قبلها الحكمة المشهورة: سلطان غشوم خير من فتنة تدوم. قال ابن تيمية: يجب أن يُعرف أن ولاية أمر الناس من أعظم واجبات الدين بل لا قيام للدين والدنيا إلا بها، فإن بني آدم لا تتم مصلحتهم إلا بالاجتماع لحاجة بعضهم إلى بعض، ولا بد لهم عند الاجتماع من رأس ... إلى أن قال: لأنَّ الله تعالى أوجب الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، ولا يتم ذلك إلا بالقوة والإمارة، ولهذا روي: أن السلطان ظل الله في الأرض ويقال: ( ستون سنة من إمام جائر أصلح من ليلة بلا سلطان ) والتجربة تبيِّن ذلك

(Yang disebutkan dengan politik itu) adalah undang-undang pemerintahan, menegakkan keadilan, badan eksekutif sesebuah negara, pembentukan barisan tertinggi negara, pentadbiran ketenteraan dan juga yang selainnya. Perkara ini dengan jelas dapat anda baca dalam kitab Ghiyatul Umam karya al-Juwaini, al-Akham as-Sulthaniyah karya al-Mawardi dan juga (dengan judul yang sama) karya Abu Ya’laa al-Farra’, Taratib al-Idariyah karya ‘Abdul Hayy al-Kattani dan selainnya. Sudah tentu hukumnya adalah wajib, sama ada menurut syari’at atau akal, kerana urusan rakyat banyak yang tidak tersusun dengan baik tanpa ada pemimpin yang adil mahupun yang zalim. Ibnu Hibban al-Busti rahimahullah berkata:

“Ibnu Zanji al-Baghdadi membawakan sebuah syair yang beliau tujukan untuk al-Afwah al-Audi:

Tidak akan selesai urusan manusia tanpa ada pemimpin

Dan tidak ada gunanya apabila orang-orang jahil yang memimpin

Rumah tidak akan terbina tanpa ada tiang

Dan tidak ada gunanya tiang sekiranya bukan dari kayu-kayu yang kukuh

Jika asas tiang dan atap telah terpasang

Barulah penghuninya mendapat keinginan yang hampir terluput

Urusan akan menjadi baik apabila ditangani oleh orang bijaksana

Jika tidak, maka mereka akan dipandu (dipimpin) oleh orang-orang jahil.”

 

Sebelumnya beliau menyebutkan sebuah kata hikmah yang terkenal:

“Penguasa yang zalim lebih baik daripada kekacauan yang tiada henti.”

Ibnu Taimiyyah berkata:

“Setiap orang perlu tahu bahawa mengatur urusan manusia merupakan kewajiban agama yang paling agung. Bahkan agama dan dunia tidak akan menjadi baik tanpa perkara ini. Manusia tidak akan dapat mengatur kepentingan (dan keperluan) mereka apabila tidak bersatu-padu, mereka pasti saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. Dan mereka perlu bersatu di bawah seorang pemimpin.”

Seterusnya beliau mengatakan:

“Allah telah mewajibkan amar ma’ruf nahi mungkar. Dan kewajiban itu tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuatan dan pemerintahan. Oleh sebab itu diriwayatkan dalam sebuah hadis:

“Penguasa adalah naungan Allah di muka bumi.”

Dan disebutkan bahawa:

“Enam puluh tahun di bawah kepimpinan penguasa yang zalim lebih baik daripada semalaman tanpa ada pemimpin.” Pengalaman yang banyak berlalu telah membuktikan hakikat ini.” (Rujuk: ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 143-144)

Beliau juga menjelaskan berkenaan perkataan ‘Abdul Wahhab Khallaf “...walaupun tidak selari dengan apa yang diutarakan oleh para imam mujtahid”:

فإن المقصود به أن السياسة الشرعية ليست حكراً على الأئمة المتقدمين، بل لا بأس من أن يجتهد العالم المتبحّر من أولي الأمر فيما يَجدّ للأمة من نوازل بالقيود السابقة، ولذلك قال: " فالسياسة الشرعية على هذا هي العمل بالمصالح المرسلة؛ لأن المصلحة المرسلة هي التي لم يقم من الشارع دليل على اعتبارها أو إلغائها

Maksudnya adalah: Bahawa politik yang syar’i itu bukanlah hanya tugas para ulama terdahulu semata-mata. Tetapi setiap alim ulama yang luas ilmunya yang mampu berijtihad di dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang sedang dihadapi masyarakat dengan batasan-batasan yang telah disebutkan di atas. Oleh sebab itu beliau menyatakan, “Siyasah syar’iyah termasuk usaha mewujudkan al-mashalih al-mursalah.” Kerana al-maslahah al-mursalah adalah maslahah (kebaikan) yang tidak ditetapkan secara khusus oleh agama. (Rujuk: ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 145)

Secara ringkasnya, tujuan ruang lingkup politik Islam yang paling tinggi dan penting adalah merealisasikan agama Allah (tauhid) dengan amar ma’ruf nahi mungkar serta menjaga urusan masyarakat secara syar’i agar sentiasa mengarah kepada ketaatan (pengabdian diri) terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Politik Islam adalah dari Allah iaitu menjaga amanah-Nya dengan cara-cara yang syar’i, untuk Allah iaitu demi mencari keredhaan-Nya, dan semata-mata kerana Allah (bukan kerana material dan mengharap redha makhluk).

Apabila hak-hak Allah dijaga dan terpenuhi, insyaAllah hak-hak sesama manusia dan makhluk juga akan dapat ditunaikan sebaiknya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Bahawasanya, ini adalah sebuah buku yang membukukan dan membahaskan perlembagaan dan dustur sistem pemerintahan Islam yang pernah berlangsung sejak sekian lama. Sebuah contoh sistem daulah empayar Islam. Dibukukan dan dipersembahkan oleh Imam Abu Al-Hasan Ali B. Muhammad al-Mawardi rahimahullah, atau lebih dikenali dengan nama Imam al-Mawardi (Wafat: 450H).

Penulis menjelaskan bagaimana pemerintahan dalam sejarah Islam dibentuk, pemimpin (khalifah) dilantik, para menteri dilantik, pembentukan tentera dan panglima, perlaksanaan jihad, sistem perundangan, pemimpin dalam solat (para imam), pemimpin haji, amil zakat, pembahagiaan harta negara, pembahagiaan tanah negara, dan banyak lagi lainnya. Bagi yang mahu meneliti lebih dalam tentang sejarah besar dunia, khususnya berkaitan sistem pembentukan politik Islam, maka inilah salah satu bukunya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net