Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Beginilah Sikap Salaf Terhadap Ahlul Bid'ah dan Buku-buku Mereka

Beginilah Sikap Salaf Terhadap Ahlul Bid'ah dan Buku-buku Mereka
Beginilah Sikap Salaf Terhadap Ahlul Bid'ah dan Buku-buku Mereka Beginilah Sikap Salaf Terhadap Ahlul Bid'ah dan Buku-buku Mereka Beginilah Sikap Salaf Terhadap Ahlul Bid'ah dan Buku-buku Mereka
Terbitan: Penerbit al-Husna
Product Code: Penerbit al-Husna
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.9 x 14 x 0.6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Beginilah Sikap Salaf Terhadap Ahlul Bid'ah dan Buku-buku Mereka | Judul Asal ('Arab): Manhaj as-Salaf fi at-Ta'mal ma'a Kitaab Ahlul Bid'ah | Penulis: Asy-Syaikh Zaid bin Muhammad Al-Madkhali rahimahullah | Penerbit: Penerbit Al-Husna | Berat: 220g | Muka Surat: 122m/s. (Soft Cover)


Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata dalam penegasan beliau tentang prinsip-prinsip ahlis sunnah:

“Berpegang teguh dengan jalan hidup para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, berqudwah (mengambil contoh tauladan) dengan mereka, dan meninggalkan bid’ah. Dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan. Dan hendaklah meninggalkan pertengkaran (argumentasi) dan duduk-duduk bersama pengikut hawa nafsu.”

Manakala kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):

كل من اطلع من حال شخص على شيء وخشى أن غيره يغتر بجميل ظاهره فيقع في محذور ما فعليه أن يطلعه على ما يحذر من ذلك قاصدا نصيحته

“Setiap orang yang mengetahui keadaan seseorang dan dia bimbang orang lain tertipu dengan kebaikan zahir orang tersebut sehingga mengakibatkan orang lain terjebak dalam perkara yang dilarang, maka wajib atasnya supaya memberitahu perkara sebenar yang perlu dijauhi tersebut (kepada masyarakat) dengan maksud nasihat.” (Fath Al-Bari oleh Ibn Hajar, 10/454)

Namun.... Untuk menyikapi ahli bid’ah, ilmu yang kukuh dan ketegasan yang utuh memang sangat diperlukan. Sikap seperti ini perlu diterapkan kerana kesan yang ditimbulkan oleh ahli bid’ah dan bergaul dengan mereka boleh menyebabkan masyarakat terseret ke lembah kesesatan dalam beragama. Kerana ahli bid’ah adalah kelompok-kelompok manusia yang mengambil agama dengan corak pemahaman yang pelbagai lagi menyimpang keluar dari garis manhaj yang haq.

Maka oleh sebab itulah para ulama ahli sunnah wal-jama’ah begitu prihatin dan tidak mengambil remeh hal ini. Ulama ahli sunnah sentiasa berusaha keras dalam menjaga agama ini dari diselewengkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang bertunjangkan hawa nafsu. Mereka juga amat prihatin terhadap masyarakat agar masyarakat terselamat dari pemahaman agama yang sia-sia.

Buku ini memaparkan bimbingan yang sangat baik agar seseorang dapat menyikapi ahli bid’ah secara tepat, tegas, terbimbing, lagi bersesuaian dengan manhaj atau cara pandang ahlus sunnah wal-jama’ah.

Diikuti pula bagaimana seharusnya umat Islam bersikap atau bermu’amalah terhadap buku-buku hasil tulisan mereka (ahli bid'ah).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net