Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bantahan Terhadap Kitab At-Tashwirul Fanniy fil Qur'an Karya Sayyid Quthub

Bantahan Terhadap Kitab At-Tashwirul Fanniy fil Qur'an Karya Sayyid Quthub
Terbitan: Pustaka Ar-Rayyan
Product Code: Pustaka ar-Rayyan
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19.1 x 12.4 x 0.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bantahan Terhadap Kitab At-Tashwirul Fanniy fil Qur'an Judul Asal (Arab): Nadzoraat fii Kitaab at-Tashwiirul Fanniy fil Qur'anil-Kariim li Sayyid Quthub |Penulis: Syaikh Dr. Rabe' bin Hadi Al-Madkhali | Penerbit: Pustaka ar-Rayyan | Berat: 160g | Muka Surat: 124m/s.(Soft cover)


Di sebahagian negara, termasuk negara kita Malaysia, nama Sayyid Quthub bukanlah satu nama yang asing. Terutamanya di kalangan para aktivis harakah (pergerakan) Islam. Beliau adalah seorang tokoh yang dianggap oleh para pengikut dan para pentaksubnya sebagai asy-Syahid, ulama tersohor, ahli tafsir, ahli fikir, dan reformis. Beliau bak cendikiawan besar dalam dunia Islam di sisi para pemujanya. Demikian tinggi pujian dan sanjungan ke atas beliau, seakan-akan beliau kosong dari kesalahan sehingga tidak boleh diusik sedikitpun.
 
Sayyid Quthub, beliau pada hakikatnya mengusung dan menyebarkan sejumlah pemikiran dan ideologi yang berbahaya. Ideologi yang merosak pemikiran umat Islam. Pemikiran yang beliau bawa melalui pelbagai hasil tulisnya begitu berseberangan jauh dengan syari'at Islam yang murni. Atas nama hak kebebasan, beliau mengolah ayat-ayat al-Qur'an semahunya. Ayat-ayat al-Qur'an ditakwil sekehendak hatinya tanpa merujuk kepada manhaj yang benar, tanpa melihat apakah tafsir para salaf untuk ayat-ayat tersebut. Bahkan beliau mengadaptasikan pemikiran orang-orang kafir dan fikrah-fikrah sesat ke dalam pemahaman beliau terhadap ayat-ayat al-Qur'an. Lalu fikrah-fikrah sesat ini disebarkan oleh beliau dan para pemujanya di pelbagai negeri melalui hasil karyanya.
 
Maka, dari sinilah letak pentingnya usaha pencerahan terhadap bahaya pemikiran yang beliau bawa. Antara yang banyak membongkar dan menjelaskan bahayanya ideologi pemikiran Sayyid Quthub ini adalah Syaikh Dr. Rabe' B. Hadi al-Madkhali hafidzahullah. Dan buku yang sedang anda tatap ini adalah salah satunya. Buku ini membongkar betapa lancangnya tangan Sayyid Quthub dalam usaha beliau menyamakan ayat-ayat Allah sebagai umpama seni muzik, adegan filem, ayat-ayat sihir, dan lainnya. Bahkan di buku-buku Sayyid quthub yang lain tidak kurang parah dan dahsyatnya. Namun, itulah hakikatnya buku-buku beliau (Sayyid Quthub) terus mendapat sambutan lantaran jahilnya masyarakat terhadap al-haq.
 
Maka, lapangkanlah dada, jauhkanlah sikap taksub, kembalilah kepada kebenaran di atas prinsip-prinsipnya yang benar.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net