Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Ahlus Sunnah

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Ahlus Sunnah
Terbitan: Pustaka At Taqwa
Product Code: Pustaka At-Taqwa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.9 x 1.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Ahlus Sunnah | Penulis: Yazid 'Abdul Qadir Jawas | Penerbit: Pustaka at-Taqwa | Berat: 700g | Muka Surat: 312m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Amar ma'ruf nahi munkar adalah suatu yang dengannya Allah menurunkan kitab-kitab-Nya dan mengutus Rasul-rasul-Nya serta sebahagian dari asas-asas agama. Ia merupakan kewajiban yang dibebankan Allah kepada ummat Islam bersesuaian dengan kemampuannya.
 
Allah Ta'ala berfirman, "Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." (Surah Ali 'Imran, 3:110)
 
Rasulullah bersabda, "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya - dan itulah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)
 
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, "Allah Ta'ala menjelaskan bahawa umat Islam adalah umat terbaik bagi umat manusia. Mereka paling banyak memberi manfaat dan paling banyak berbuat baik kerana menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan mereka berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta mereka untuk menegakkan kebenaran. Maka perkara tersebut merupakan suatu bentuk manfaat yang paling sempurna bagi makhluk."
 
Betapa pentingnya amar ma'ruf nahi munkar, maka orang yang hendak melakukannya wajib mengetahui tata cara, ketentuan-ketentuan, batasan-batasan, kaedah-kaedah, dan adab-adabnya. Kerana tanpa ilmu yang benar, kebaikan sudah tentu tidak akan dapat dibezakan dari kebathilan. Demikian pula sebaliknya. Hanya dengan ilmu, kita akan dapat mengenal mana satu kebaikan, dan mana satu adalah kemungkaran.
 
Berapa ramai yang mahu menggapai kebaikan dan mahu mengubah kemungkaran agar menjadi kebaikan, namun disebabkan kejahilan bukanlah kebaikan yang diraih, bahkan sebaliknya kemungkaran menjadi bertambah parah. Kemungkaran tidak juga bertambah reda. Maka, amar ma'ruf nahi mungkar perlulah direalisasikan di atas ilmu dan kaedah-kaedah yang benar. Agar ia menjadi amalan berupa ibadah di sisi Allah.
 
Sebagaimana yang diperkatakan oleh ‘Umar B. ‘Abdul ‘Aziz rahimahullah (Wafat: 101H):
 
مَنْ عَبَدَ اللهَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ مَا يُفْسِدُ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلِحُ
 
“Sesiapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan adalah lebih banyak dari apa yang dia perbaiki.”
 
Begitu juga sebagaimana ucapan Mu’adz B. Jabal radhiyallahu ‘anhu:
 
العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ
 
“Ilmu adalah pemimpin bagi amal dan amalan itu mengikuti di belakangnya.” (Ibnu Taimiyah, al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Mungkar, m/s. 15)
 
Amar ma'ruf nahi mungkar tidak dilaksanakan dengan emosi, semata-mata kemarahan, dan sikap terburu-buru. Sebaliknya ia dilaksanakan di atas tiket kesabaran.
 
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):
 
“Dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar, lalu bersabarlah terhadap apa yang akan menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Surah Luqman, 31: 17)
 
Maka perhatikanlah baik-baik, agar setiap niat baik kita untuk mencapai sesebuah kebaikan itu direalisasikan di atas manhaj ilmu dan tindakan yang tepat pada tempat dan ketikanya. Agar ia mampu membuahkan pahala dan meraih maslahah, bukan hanya sia-sia lagi memberi dosa. Sama-sama-lah kita semak melalui buku ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net