Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Meraih Amal Ibadah Sepanjang Tahun, Terjemahan Lathaa'if Al-Ma'aarif karya Al-Hafiz Ibnu Rajab

Meraih Amal Ibadah Sepanjang Tahun, Terjemahan Lathaa'if Al-Ma'aarif karya Al-Hafiz Ibnu Rajab
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah (14(5))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.3 x 17.1 x 3.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM75.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Meraih Amal Ibadah Sepanjang Tahun | Judul Asal: Lathaa’if al-Ma’aarif fiimaa li Mawasim al-Aam min Al-Wadzaa’if | Penulis: Syaikh Al-Islam Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) | Tahqiq: Muhammad bin Sa’id bin ‘Abdu Rabbi Ar-Rasul | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 1.146kg | Muka Surat: 645m/s. (Hard cover)


Inilah salah satu karya hebat Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali. Beliau (penulis) adalah seorang tokoh nama besar dalam dunia kesarjanaan ilmu ahli sunnah wal-jama’ah. Terkenal dengan penguasaan yang mengangumkan dalam pelbagai cabang ilmu terutamanya dalam bidang ilmu hadis dan dikatakan sebagai orang yang paling faham pada zamannya dalam hal-ehwal periwayatan hadis dan susur-galur jalan-jalan sanadnya. Beliau termasuk orang-orang yang sangat sibuk dengan ilmu sehingga menjadikan beliau faqih dan jaguh dalam bidangnya.

Majlis-majlis ilmunya begitu meluluhkan dan menundukkan hati-hati yang menghadirkan diri menurut Ibnu Nashiruddin rahimahullah. Manusia dari kalangan penuntut ilmu berkumpul padanya dan menjadikan beliau sebagai tempat rujukan dan sumber ilmu. Ibnu Rajab Menguasai Al-Qur’an dengan pelbagai periwayatan dan kaedah bacaan. Kitab-kitab beliau tersebar luas ke suluruh dunia dan sampai kepada kita hari ini. Karya tulis beliau terus segar menjadi rujukan, hujjah dan penunjuk jalan bagi kalangan umat terkemudian. Yang antaranya adalah kitab beliau ini, iaitu “Lathaa’if al-Ma’aarif fiimaa li Mawasim al-Aam min Al-Wadzaa’if”.

Beliau adalah Syaikh Al-Islam Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H). Dan salah seorang guru beliau adalah Al-Hafiz Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) yang juga sangat terkenal dan tidak asing lagi namanya serta ketokohannya dalam pelbagai cabang ilmu. Di antara kitab-kitab Al-Hafiz Ibnu Rajab lainnya yang cukup terkenal adalah Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, Syarah Shahih Al-Bukhari (tamat sehingga Kitab Al-Jana’iz), Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi, Al-Qowa’id Al-Fiqhiyah, dan banyak lagi lainnya.

Adapun buku beliau yang telah siap diterjemahkan dan berada di hadapan kita ini adalah salah satu buku beliau yang cukup harum namanya. Sangat menjadi rujukan dan panduan buat para ilmuan dan kalangan penuntut ilmu. Ia merupakan sebuah buku yang sarat dengan kata nasihat, hadis-hadis Nabi, tafsir ayat-ayat Al-Qur’an, keutamaan dan amalan-amalan sunnah berdasarkan orientasi bulan-bulan hijriyah, atsar-atsar (atau mutiara) para salaf, amalan-amalan sunnah yang menjadi pegangan para salaf, nukilan kisah-kisah sejarah di zaman salaf, penekanan prinsip-prinsip dalam beragama, peringatan-peringatan terhadap bahayanya menyimpang dari agama, contoh-contoh amalan kaum yang menyimpang tetapi dianggap benar, penjelasan tentang manhaj dalam beramal, dan diakhiri dengan tulisan tentang seruan untuk segera bertaubat sebelum pergi menemui Allah.

Secara garis besarnya, penulis memulakan kitabnya dengan perbahasan keutamaan dzikir mengingat Allah, keutamaan majlis-majlis dzikir, keutamaan majlis ilmu, kemudian masuk kepada perbahasan prinsip-prinsip dalam beramal. Penulis membahaskan di dalamnya amalan-amalan sunnah berdasarkan susunan bulan sebagai fokus besarnya. Sehingga para pembaca dapat meraih manfaat yang cukup luas dari aspek kepelbagaian amalan sunnah mengikuti bulan-bulan hijriyah sepanjang tahun, sejarah-sejarah dan jejak para salaf yang berlaku dalam bulan-bulan berkaitan, pesan-pesan para salaf berhubung bulan-bulan tertentu, rentetan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan-bulan tersebut, dan pelbagai lagi lainnya termasuk hal-hal berkaitan penyucian jiwa, tahdzir dan peringatan, pentingnya prinsip, manhaj, dan aqidah. Selain itu, isu hangat seperti bid’ah-bid’ah yang dianggap sebagai sebahagian dari agama oleh sebahagian kelompok sesat juga turut dibahaskan dengan mengikuti tema perbahasan bulan-bulan hijriyah. Dan beliau akhiri kitab beliau ini dengan perbahasan taubat dan seruan agar bersegera kepadanya sebelum berakhirnya usia.

Renungan Untuk Semua

Setiap insan sudah tentu melalui detik demi detik kehidupan dan hari demi hari perjalanan di dunia ini. Ia berlangsung dengan begitu pantas.

Demikianlah kehidupan. Setiap kita berpindah dari pagi ke petang, dan dari petang hingga ke malam, kemudian dari malam kembali ke waktu pagi semula. Akan tetapi, adakah setiap Muslim sentiasa ingat untuk bermuhasabah menyemak dirinya di setiap sela-sela hari-hari yang dilewatinya?

Amal-amal apakah yang telah dia kerjakan pada setiap waktu dan harinya? Amalan apakah yang membuka perjalanan di setiap harinya dan amalan apa pula yang menutup harinya?

Inilah yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia. Dia melepasi hari-hari yang panjang, tetapi jarang sekali memerhatikan dengan amal apa dia penuhi hari-hari dan usianya. Sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia belanjakan, dan tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2417. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Maka, tanyakanlah kepada diri kita sendiri, sepanjang matahari terbit dan tenggelam, sepanjang putaran siang dan malam, sepanjang waktu bangun dan tidur kembali, apakah amal-amal kebaikan yang telah kita kerjakan sehingga kelak mampu menyelamatkan kita di hari hisab. Apakah amal-amal yang kita kerjakan tersebut selari dengan tuntutan agama sebagaimana terdapat dalam lembaran-lembaran sunnah yang sahih?

Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ (10) كِرَامًا كَاتِبِينَ (11) يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ

“Sedangkan sesungguhnya di sisi kamu ada (Malaikat-malaikat) yang mengawasi (perbuatanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (amal pekerjaan itu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Infithaar, 82: 10-12)

Jadi, sejauh manakah kita telah mendapati dan merasakan bahawa diri ini sentiasa diawasi?

Seandainya orang-orang yang lalai itu menyedari, nescaya mereka akan memelihara diri dan menjaganya dari jalan-jalan kebinasaan. Sayangnya, sedikit sekali orang yang sedar, dan sedikit sekali orang yang berhati-hati terhadap jalan tersebut.

Maka dari itu, hendaklah setiap Muslim dan Muslimah sentiasa memerhatikan keadaan dirinya, memperbanyak dzikir kepada Allah, memohon tambahan fadhilah (keutamaan) dan keberkahan serta memohon sifat istiqomah di atas petunjuk-Nya, dan untuk bersegera dalam amal soleh.

Bersegeralah untuk memperbaiki diri, dan mintalah taufiq kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala menuju jalan kebahagiaan.

Dan bagi orang-orang mengisi hari-harinya dengan kelalaian dan kesia-siaan... Ketahuilah, bahawa dirimu tidak akan dibiarkan begitu saja! Kalian akan dihitung atas semua amalanmu dengan perhitungan yang tidak tertinggal sedikit pun!

Ketahuilah bahawa Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri hanya kepada-Ku.” (Surah Adz-Dzariyat, 51: 56)

Maka seorang muslim hendaklah memerhatikan setiap saat yang dia lalui. Jangan sampai waktu itu terbuang sia-sia tanpa ada nilai ibadah di sisi Allah.

Sesungguhnya waktu yang berlalu tidak akan mungkin  kembali selamanya. Ironinya, setiap orang pasti sedih dan sayu ketika kehilangan hartanya, namun amat sayang apabila sedikit sekali yang merasa sedih dan gusar ketika umurnya terbuang bertahun-tahun lamanya. Padahal umur kita di dunia sangat singkat. Dan baik buruknya kita mengisi umur tersebut akan menentukan kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang di akhirat sana.

Maka dari itu, perhatikanlah... Bagaimana seharusnya kita mengisi usia perjalanan di dunia yang sementara ini dengan cara yang benar. Bagaimana utusan Allah telah mengajarkannya kepada kita? Bagaimana sunnah-sunnahnya? Apa ilmu-ilmu yang perlu kita ketahui dalam melaksanakan amal-amal yang bermanfaat dan bernilai ibadah serta kebajikan di sisi-Nya? Apa pula syarat-syarat diterimanya amal?

Oleh itu, inilah salah sebuah buku yang mampu menggugah jiwa dan menghidupkan semangat untuk beramal di atas panji-panji sunnah yang shahihah. Sebuah penjelasan jelas dan terang dalam mengajak umat kembali kepada As-Sunnah dan meninggalkan bid’ah-bid’ah yang penuh kesia-siaan lagi memberat-beratkan.

Buku yang amat sesuai dijadikan sebagai rujukan ilmu dan panduan dalam mengisi usia kehidupan sepanjang hari.

Maka, selamat menuai ilmu penuh barakah yang dicatatkan Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali ini dan selamat beramal di atas sunnah yang shahihah. Semoga Allah merahmati beliau dan kita semua.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net