Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Menggugat Demokrasi & Pemilu (Pilihan Raya)

Menggugat Demokrasi & Pemilu (Pilihan Raya)
Terbitan: Pustaka Salafiyah
Product Code: Pustaka Salafiyah (10(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 15.5 x 1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Menggugat Demokrasi & Pemilu | Judul Asal (Arab): Tanwiir adz-Dzulumaat bi Kasyfi Mafaasid wa Syubuhaat al-Intikhaabaat | Penulis: Syaikh Muhammad bin ‘Abdillah al-Imam hafizahullah | Penerbit: Pustaka Salafiyah | Berat: 440g | Muka Surat: 280m/s. (Soft cover)


Demokrasi adalah sistem politik (atau pemikiran) yang terbina di atas prinsip kekuasaan rakyat. Iaitu dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat. Demokrasi diasaskan dari pemikiran falsafah Greek Kuno. Kata Plato, sumber kekuasaan bagi sistem demokrasi adalah rakyat.
 
Kata demokrasi adalah merujuk kepada perkataan Greek δημοκρατία (dimokratia) yang membawa maksud “pentadbiran oleh rakyat” terbina dari perkataan δήμος (dēmos), yang merujuk kepada “masyarakat atau rakyat” dan κράτος (kratos), “perundangan, atau penguasaan”. Ia mula dibentuk (diasaskan) kira-kira pada pertengahan abad ke 5 sebelum Masihi dalam sistem pentadbiran Greek.
 
Demokrasi menurut tulisan Robert A. Dahl ialah “Sistem politik yang memberi kepada rakyat jelata untuk membuat keputusan secara terbuka”. (Rujuk: Mazahib Fikriyah Mu’assirah oleh Muhammad Qutb, 1/178 - Daar Asy-Syuruq, 1984)
 
Secara ringkasnya, demokrasi adalah suatu sistem di mana rakyat berkuasa terhadap pentadbiran yang dibentuk.
 
Pada hari ini, pemerintah mungkin dilantik melalui sistem demokrasi berpilihanraya. Politik yang terbentuk terikat dengan hak kebebasan bersuara atau suara ramai (majoriti). Inilah sebahagian bentuk dari wajah-wajah demokrasi. Ia merupakan sistem yang berasal dari kaum kuffar jahiliyah. Bukan termasuk sebahagian dari Islam. Kaedah-kaedah yang dipraktikkan sistem demokrasi ini telah melahirkan banyak perbahasan dan kritikan dari kalangan ulama ahli sunnah wal-jama’ah kontemporari.
 
Demokrasi tidak akan dapat dipisahkan dengan adanya pilihan raya bagi menegakkan calon-calon dan suara rakyat di parlimen. Di parlimen, mereka akan bersama-sama memperjuangkan suara dan aspirasi (kehendak) rakyat seraya mempertahankan perlembagaan.
 
Antara Islam dan Demokrasi
 
Di antara tulisan yang baik dalam menjelaskan sistem demokrasi berpilihanraya dari sudut pandang Islam adalah buku berjudul Tanwiir azh-Zhulumaat bi Kasyfi Mafaasid wa Syubuhaat al-Intikhaabaat oleh Syaikh Abu Nashr Muhammad bin ‘Abdillah al-Imam hafizahullah. Buku ini turut mendapat pengiktirafan daripada Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddis Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah (Wafat: 1423H), tokoh ulama hadis Yaman yang merupakan guru kepada penulis.
 
Kata Syaikh Muqbil rahimahullah dalam kata pengantar buku ini:
 
“Buku ini adalah buku yang barakah di mana Syaikh Muhammad al-Imam membuat bantahan ke atas para hizbiyyun (pentaksub parti-parti) dengan cara yang baik. Aku tidak melihat ada buku lain yang sama baik dalam kupasan perbahasannya. Semoga Allah membalas kebaikan kepada saudara kita, Syaikh Muhammad, dan memberinya taufiq agar bertambah bersemangat dan kuat dalam membela agama dan ahlus sunnah. Semoga Allah melindungi kita dan beliau dari segala keburukan.
 
Dan alhamdulillah, kini buku yang baik ini ia telah pun diterjemahkan.
 
Pada hari ini, manusia telah menjadikan hak kebebasan bersuara sebagai hukum kehidupan. Bahkan ideologi ini telah mula diimani oleh kebanyakan umat Islam di muka bumi ini. Mereka menetapkan hukum di dalam kehidupan baik di dalam agama secara umum, atau sebahagian dari juzuknya seperti dalam politik berdasarkan kepada suara majoriti dan melalaikan hak yang sepatutnya ditegakkan dari hak-hak Allah serta hak-hak sesama manusia menurut syariat Islam. Seolah-olah demokrasi telah menjadi agama yang baru menggantikan Islam di sisi mereka.
 
Sedangkan Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
 
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
 
Sesiapa yang mencari agama selain dari Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Ali 'Imran, 3: 85)
 
Asas sejarah politik demokrasi yang diamalkan kebanyakan negara dunia pada hari ini berasal dari tamadun Yunani Greek. Ia memiliki slogan, “Dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat” iaitu kekuasaan rakyat, dari rakyat, dan untuk rakyat. Sebaliknya, Siyasah Islam secara umumnya adalah “Dari Allah, untuk Allah, kerana Allah.” Siyasah di dalam Islam adalah sebahagian dari agama yang syumul. Ia tidaklah dilaksanakan melainkan kerana mencari keredhaan Allah, sebagai wasilah mendekatkan diri kepada Allah, sebahagian bentuk amalan dalam rangka mentaati Allah, mencari mashlahat untuk agama dan ummah, tetapi bukan kerana mencari redha manusia atau menghidupkan hukum-hukum manusia yang menggantikan hukum-hukum Allah atau yang berlawan dengan hukum-hakam-Nya.
 
Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
 
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
 
Maka demi Rabb-mu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa Sallam) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah An-Nisaa’, 4: 65)
 
Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyatakan berkenaan ayat ini:
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dengan diri-Nya yang Maha Mulia, bahawa seseorang tidaklah beriman sehingga dia berhukum kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam setiap perkara. Hukum apa yang beliau putuskan, itulah kebenaran yang wajib untuk dipatuhi secara bersungguh-sungguh, zahir dan batin.” (Shahih Tafsir Ibnu katsir, 2/572)
 
Selain itu di ayat yang lain, Allah Subhanhu wa Taala berfirman:
 
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
 
Dan tidaklah patut bagi mereka yang mukmin dan tidak pula bagi yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka benar-benar dia telah sesat dengan sesat yang nyata.” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 36)
 
Menurut Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafidzahullah di dalam Kitab Tauhidnya, Orang yang meyakini bahawa selain petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih sempurna dari petunjuk baginda, atau hukum yang lain lebih baik dari hukum beliau. Seperti orang yang mengutamakan hukum para thaghut di atas hukum Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mengutamakan hukum atau perundangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.” (Kitab Tauhid, 1/69 - Darul Haq, Cet. 13/3/2006)
 
Demokrasi berpilihanraya membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat untuk terlibat dalam pemilihan atau perlantikan pemimpin bagi sesebuah negara Islam. Sekaligus ia adalah pemberian hak membuat hukum dan perundangan secara bebas. Sehingga sesiapa sahaja sama ada yang muslim atau yang kafir, yang berilmu atau yang jahil, yang zalim atau yang adil, yang amanah atau yang khianat, yang soleh atau yang fasiq, yang berpendidikan atau sebaliknya, diberikan hak begitu sahaja untuk terlibat secara langsung melantik siapa sahaja pemimpin yang mereka cenderungi.
 
Sedangkan Allah subhanahu wa Taala berfirman:
 
قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
 
Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 100)
 
Sedangkan dalam Islam, menggubal atau menetapkan hukum sama ada di dalam pemerintahan atau selainnya, ia perlu dipandukan kepada hak-hak Allah, iaitu hukum-hakam syariat-Nya sebagaimana yang termasuk di dalam lembaran kitab Suci Al-Quran dan perkataan-perkataan Rasul-Nya, Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam. Itulah dustur (perlembagaan) dalam beragama sebagai seorang mukmin! Bukan mencari dustur-dustur lainnya dari suara-suara rakyat, parlimen, atau agama-agama kufur lainnya.
 
Menurut ‘Abdul Wahhab Khallaf rahimahullah (Wafat: 1357H):
 
Siyasah Asy-Syar’iyyah adalah proses pentadbiran yang selari dengan syara’, yang mana perjalanan urus-tadbirnya menjaga kepentingan rakyat melalui ruang lingkup daulah Islam dengan cara-cara yang dapat menjamin tercapainya kemaslahatan (kebaikan) umum, dapat menolak pelbagai bentuk kerugian, dan tidak melanggar syari’at Islam serta kaedah-kaedah asasinya, walaupun tidak selari dengan apa yang diutarakan oleh para imam mujtahid.” (Siyasah Asy-Syar’iyah oleh ‘Abdul Wahhab Khallaf, m/s. 15. Rujuk: ‘Abdul Malik Ramadhani Al-Jazairi dalam Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 142-143)
 
Kemudian di dalam berpolitik, pemilihan pemimpin bukanlah perkara kecil dan remeh. Ia melibatkan kriteria kelayakan dan kemampuan yang benar-benar diakui untuk tugasnya menjaga agama dan urus tadbir masyarakat. Jadi, urusan kepimpinan tidak sebegitu mudah diperjudikan dan diserahkan kepada sesiapa sahaja bebas untuk membuat pilihan, untuk berkempen, untuk bersuara, atau apatah lagi untuk memerintah.
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
 
أَفَنَجْعَلُ الْمُسْلِمِينَ كَالْمُجْرِمِينَ (35) مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
 
Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang-orang kafir). Atau adakah kamu (melakukan demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan?” (Surah al-Qalam, 68: 35-36)
 
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
 
Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Surah az-Zumar, 39: 9)
 
Ingatlah, suara majoriti bukanlah penentu bagi sebuah kebenaran, apatah lagi sebagai yang memiliki hak mengatur hukam-hakam kehidupan beragama. Bahkan Allah Subhanahu wa Taala menyebutkan di dalam al-Quran:
 
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
 
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka (dugaan akal) belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am, 6: 116)
 
Sebaliknya, kebenaran itu ada pada Qolallaahu wa qolaarrasul, iaitu firman Allah dan sabda Nabi. Itulah kebenaran yang dipegang oleh kaum beriman, iaitu umat yang bertauhid di mana pun ia berada di atas muka bumi ini.
 
Maka, ikutilah kupasan dan perbahasan ilmiyah selanjutnya berkaitan hukum demokrasi dari sudut pandang Islam melalui buku ini. Bagaimana seharusnya kita bersikap terhadapnya. Benarkah kita telah terjerat di dalamnya sehingga tidak mampu keluar lagi? Dapatkan jawabannya di dalam risalah penuh ilmiyah ini. Banyak sekali penjelasan ilmiyah sekitar syubhat, kebathilan, kesesatan, dan kemungkaran demokrasi berserta dengan penjelasan asal sejarah munculnya demokrasi di dunia. InsyaAllah semua ini akan dibentangkan melalui buku ini oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Abdillah Al-Imam hafizhahullah.
 
Dan di antara kemungkaran atau kerosakan yang dibawa oleh demokrasi berpilihan-raya sebagaimana diungkapkan penulis (Asy-Syaikh Muhammad Al-Imam) adalah;
 
Syirik kepada Allah,
 
mempertuhankan suara orang ramai,
 
memperjuangkan hak kebebasan bersuara,
 
menganggap atau mengimani bahawa syariat Allah tidak lengkap,
 
mengajak masyarakat agar tunduk dengan perundangan jahiliyyah,
 
memecah-belahkan hubungan sesama kaum muslimin, menghancurkan aqidah al-wala’ wal bara’,
 
merosakkan hubungan dan adab terhadap pemerintah yang diatur oleh Islam,
 
menyelisihi syari’at Islam dalam mengatur masyarakat,
 
menyuburkan amalan kepuakan (kepartian),
 
membangkitkan rasa taksub terhadap parti masing-masing,
 
menghidupkan semangat ashabiyyah,
 
sebuah sistem yang mahal belanjanya sekaligus menyuburkan pembaziran,
 
menyibukkan masyarakat ke dalam hal yang bukan urusan mereka,
 
mementingkan kuantiti (bukan kualiti),
 
membuka pintu kepada para musuh untuk menguasai negara dan kaum muslimin,
 
menghidupkan jiwa pemberontakan akibat bebasnya bersuara,
 
fitnah wanita,
 
membuka ruang keterlibatan kaum kafir atau musuh Islam untuk menguasai negara,
 
menabur janji-janji dusta demi meraih undi,
 
mendahulukan hak rakyat untuk mendapat sokongan,
 
pengabaian terhadap tauhid (kerana mahu menjaga kerusi/undi),
 
fitnah harta dan kuasa,
 
rosaknya prinsip-prinsip keadilan yang dituntun oleh Islam,
 
fitnah kempen,
 
fitnah gambar,
 
membuka jalan pemberontakan dan demonstrasi ke atas pemerintah,
 
dan banyak lagi lainnya yang anda boleh lihat sendiri melalui buku ini.
 
Di samping itu penulis juga turut menjawab banyak syubhat-syubhat yang digunakan oleh para pencandu demokrasi dan pilihan raya untuk menghalalkannya. Asy-Syaikh Muhammad Al-Imam juga tidak lupa menutup bukunya ini dengan beberapa bentuk teguran dan nasihat-nasihat bermanfaat untuk orang yang ikhlas dalam mencari agama khususnya para penuntut ilmu agar tidak disibukkan dengan demokrasi dan pilihan raya sebaliknya terus istiqomah menguasai ilmu-ilmu dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net