Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Aqidah Salaf Ash-habul Hadits karya Imam ash-Shobuni

Aqidah Salaf Ash-habul Hadits karya Imam ash-Shobuni
Terbitan: Gema Ilmu
Product Code: Gema Ilmu (10(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.9 x 13.9 x 0.9

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Aqidah Salaf Ash-habul Hadits | Judul Asal (‘Arab): ‘Aqidatus Salaf wa Ash-habul Hadits | Penulis Asal: Imam Abu ‘Utsman Ash-Shabuni rahimahullah (Wafat: 449H) | Tahkrij dan Ta’liq: Abul Yamin al-Manshuri | Penerbit: Gema Ilmu | Berat: 280g | Muka Surat: 162.


Kitab ‘Aqidatus Salaf wa Ash-habul Hadits adalah salah satu di antara kitab-kitab klasik yang menyentuh atau menggariskan prinsip-prinsip utama lagi asas aqidah ahli Sunnah wal-jama’ah. Memberikan gambaran penting kepada para pembaca sekitar persoalan manhaj dan aqidah yang benar. Menjadi pembeza di antara  manhaj aqidah yang benar dengan aqidah yang bathil, iaitu antara aqidah ahli sunnah dengan aqidah para ahli bid’ah!

Ia disusun (diikrarkan) oleh Imam Abu ‘Utsman Ismail bin ‘Abdurrahman Ash-Shobuni rahimahullah (373H-449H), salah seorang ulama besar di zamannya, juga guru kepada para ulama besar lainnya seperti imam Al-Baihaqi (Wafat: 468H), Abu Ishaq Al-Isfiraini, dan Ibnu Furak. Beliau adalah seorang ulama aqidah, ulama fiqh, dan ulama hadis yang tegar dalam menjaga dirinya di atas hujah, istiqomah, tawadhu', dan merupakan imam teladan di zamannya!

Imam Al-Baihaqi berkata tentang Abu ‘Utsman:

“Abu ‘Utsman adalah Syaikhul Islam yang sejati, dan Imam kaum Muslimin yang sebenar!”

Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

“Abu ‘Utsman ash-Shobuni adalah seorang penasihat, ahli tafsir, pengarang/penulis, seorang imam, dan guru di Khurasan pada zamannya.”

Alhamdulillah, salah satu kitab beliau yang terkenal, iaitu ‘Aqidatus Salaf Ash-habul Hadits ini kini diterbitkan dalam bentuk bercetak. Kemudian lengkap diterjemahkan dan sampai ke hadapan kita hari ini. Ia termasuk jajaran kitab-kitab yang amat penting untuk dimiliki setiap penuntut ilmu dan para individu ahli sunnah yang komited terhadap manhaj, aqidah yang haq, dan para ulamanya.

Kalaulah tidak ditelusuri, tidak dibaca dan difahami kitab-kitab karya ulama teladan ini, bagaimana akan dapat kita membezakan di antara aqidah ahli sunnah yang tulen dengan kepelbagaian aqidah menyimpang lainnya yang banyak berlegar di sekeliling kita hari ini? Bagaimana akan dapat kita bezakan di antara aqidah ahli sunnah dengan muktazilah, khawarij, syi’ah, qadariyah, sufi, dan sebagainya dari kalangan firqah-firqah menyimpang yang menyamar sebagai pejuang kebenaran? Sedangkan aqidah-aqidah menyimpang tersebut tetap wujud sehingga hari ini dengan kepelbagaian jenama-jenama mempersona yang pelbagai.

Oleh itu, tidak dapat tidak, kita perlu berpedoman dengan petunjuk para ulama agar tidak tertipu dan terpedaya, terutamanya para ulama generasi awal, yang telah jauh lebih awal dan telah faham benar dalam mengenal tipu-daya serta makar kaum sesat. Apatah lagi banyaknya kumpulan-kumpulan sesat pada hari ini mengaku sebagai ahli sunnah dan konon sebagai pembawa kebenaran! Dan tokoh-tokoh penyesat juga turut dinobat sebagai ulama pada hari ini oleh kebanyakan masyarakat yang jahil terhadap hakikat ilmu yg benar.

Maka, saksikanlah penghujahan dan bantahan ke atas aqidah-aqidah bathil yang banyak berlegar pada hari ini. Yang mana bantahan dan penghujahannya telah datang semenjak 1400 tahun yang lalu semenjak datang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kemudian ditegaskan lagi oleh para ulamanya, yang antaranya adalah Imam Abu ‘Utsman Ismail B. ‘Abdurrahman Ash-Shobuni rahimahullah (Wafat: 449H). Maka, manfaatkanlah dan janganlah lepaskan peluang untuk menela’ah sekaligus mengambil ilmu darinya...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net