Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

29 Prinsip Ahlus Sunnah Dalam Islam (Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad)

29 Prinsip Ahlus Sunnah Dalam Islam (Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad)
Terbitan: Maktabah al-Huda
Product Code: Maktabah Al-Huda
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.5 x 15.3 x 1.1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM25.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: 29 Prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama'ah Dalam Islam (Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad) | Judul Asal ('Arab): Syarh Ushul As-Sunnah Imam Ahmad | Penulis Asal: Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) | Syarah: Syaikh Prof. Dr. Robe' B. Hadi al-Madkhali hafidzahullah | Penerbit: Maktabah Al-Huda | Berat: 300g | Muka Surat: 220.


Kitab ini adalah salah satu di antara kitab-kitab klasik yang menyentuh atau menggariskan prinsip-prinsip utama lagi asas aqidah ahli Sunnah wal-jama'ah. Memberikan gambaran penting kepada para pembaca sekitar persoalan manhaj dan aqidah. Menjadi pembeza di antara  manhaj aqidah yang benar dengan aqidah yang bathil, iaitu antara aqidah ahli sunnah dengan aqidah para ahli bid'ah!
 
Ia disusun (diikrarkan) oleh Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H), salah seorang ulama besar dari jajaran imam 4 mazhab. Beliau adalah seorang ulama aqidah, ulama fiqh, dan ulama hadis yang menghafal dan menguasai jutaan hadis-hadis dalam satu masa!
 
Alhamdulillah, kitab beliau ini kini diterbitkan dalam bentuk bercetak dengan diberi syarah (penjelasan) oleh Syaikh Prof. Dr. Robe' B. Hadi al-Madkhali hafidzahullah. Kitab yang amat penting untuk dimiliki setiap penuntut ilmu dan para individu ahli sunnah yang komited terhadap manhaj para ulamanya.
 
Kalaulah tidak dibaca dan difahami kitab-kitab karya ulama teladan ini, bagaimana akan dapat kita membezakan di antara aqidah ahli sunnah yang tulen dengan kepelbagaian aqidah menyimpang lainnya yang banyak berlegar di sekeliling kita hari ini? Bagaimana akan dapat kita bezakan di antara aqidah ahli sunnah dengan muktazilah, khawarij, syi'ah, qadariyah, sufi, dan sebagainya? Sedangkan aqidah-aqidah menyimpang tersebut tetap wujud sehingga hari ini dengan kepelbagaian jenama-jenama mempersona yang pelbagai.
 
Oleh itu, tidak dapat tidak, kita perlu berpedoman dengan petunjuk para ulama agar tidak tertipu dan terpedaya. Apatah lagi banyaknya kumpulan-kumpulan sesat pada hari mengaku sebagai ahli sunnah dan konon sebagai pembawa kebenaran! Dan tokoh-tokoh penyesat juga turut dinobat sebagai ulama pada hari ini.
 
Maka, saksikanlah penghujahan dan bantahan ke atas aqidah-aqidah bathil yang banyak berlegar pada hari ini. Yang mana bantahan dan penghujahannya telah datang semenjak 1400 tahun yang lalu semenjak datang Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Kemudian ditegaskan lagi oleh para ulamanya, yang antaranya adalah Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah. Lalu kemudian pada hari ini, diangkat, diperingatkan, dan dipertegaskan lagi oleh Syaikh Rabe' B. Hadi hafidzahullah. Maka, manfaatkanlah...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net