Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Politik Islam Ta'liq Siyasah Syar'iyah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah

Politik Islam Ta'liq Siyasah Syar'iyah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM34.00 RM28.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Politik Islam Taliq Siyasah Syariyah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah | Judul Asal (Arab): At-Taliq Siyasah Asy-Syariyyah fii Ishlah Ar-Raiyyah li Syaikhul Islam Ibni Taimiyyah | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 500g | Muka Surat: 382m/s. (Soft cover) [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) menukilkan:

فقال ابن عقيل السياسة ما كان فعلا يكون معه الناس أقرب إلى الصلاح وأبعد عن الفساد وإن لم يضعه الرسول صلى الله عليه و سلم ولا نزل به وحي

“Menurut Ibnu ‘Aqil, siyasah syar’iyyah itu adalah apa jua tindakan yang mampu mendekatkan manusia (rakyat) kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan walaupun tidak ditegaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak diturunkan wahyu padanya.” (Ibnul Qayyim, at-Turuq al-Hukumiyat, m/s. 17)
 
Menurut ‘Abdul Wahhab Khallaf rahimahullah (Wafat: 1357H):
 

فالسياسة الشرعية هي تدبير الشئون العامة للدولة الإسلامية بما يكفل تحقيق المصالح ودفع المضار مما لا يتعدى حدود الشريعة وأصولها الكلية، وإن لم يتفق وأقوال الأئمة المجتهدين

“Siyasah asy-Syar’iyyah adalah proses pentadbiran yang selari dengan syara’, yang mana perjalanan urus-tadbirnya menjaga kepentingan rakyat melalui ruang lingkup daulah Islam dengan cara-cara yang dapat menjamin tercapainya kemaslahatan (kebaikan) umum, dapat menolak pelbagai bentuk kerugian, dan tidak melanggar syari’at Islam serta kaedah-kaedah asasinya, walaupun tidak selari dengan apa yang diutarakan oleh para imam mujtahid.” (‘Abdul Wahhab Khallaf, Siyasah Syar’iyah, m/s. 15. Rujuk: ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jazairi, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 142-143)

Demikianlah sekilas nukilan kesimpulan ulama berkaitan siyasah syar'iyah secara umum. Nampak ringkas, namun di sebalik itu terbeban sebuah tanggungjawab yang besar. Sehingga Nabi mengingatkan melalui sabdanya:
 

مَا مِنْ عَبْدٍ اسْتَرْعَاهُ اللَّهُ رَعِيَّةً فَلَمْ يَحُطْهَا بِنَصِيحَةٍ إِلَّا لَمْ يَجِدْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ

“Tidaklah seorang hamba yang diangkat oleh Allah sebagai pemimpin ke atas orang-orang yang dipimpinnya, kemudian ia tidak menjaga mereka dengan nasihatnya, melainkan ia tidak akan mencium aroma (wanginya) Syurga.” (Shahih al-Bukhari, no. 7150)

Namun pada ketika ini, menjadi pemimpin bukanlah suatu yang menggerunkan, bahkan kalau boleh semua orang mahu jadi pemimpin! Seolah-olah telah dipahatkan sebagai cita-cita semenjak awal. Puluhan Parti Politik diisytiharkan. Pelbagai manifesto diisytiharkan. Ratusan janji diucap dan dicanangkan. Pelbagai manipulasi dan tipu-daya politik dipertontonkan. Semuanya mendakwa, “Sayalah yang paling layak menjadi orang nombor satu.” “Sayalah yang paling layak memimpin kamu semua.” “Parti sayalah yang paling layak menjadi kerajaan.” Dan banyak lagi slogan dan janji-jani seumpamanya...
 
Demikianlah realiti hari ini. Setiap kita menyaksikannya hal tersebut di pelbagai media massa, sama ada cetak, elektronik, mahupun maya.
 
Tanpa terasa, hampir setiap kita hanyut dalam dogengan kisah-kisah dan rencah poltik. Setiap golongan mula tampil memberikan komentar dan pendapat, kritik, dan pujian mahupun tazkiyah, serta jangkaan-jangkaan siapa yang akan menjadi pemenang. Seolah-olah seperti pakar dan penganalisa politik semasa, yang mengetahui secara jelas dan detail setiap selok-belok dunia politik. Seolah-olah dialah ulama, dialah professor, dialah wartawan, dia jugalah penganalisa politik terkenal.
 
Nah, buku yang ada di tangan anda ini adalah buku yang memberikan bimbingan bagaimana seharusnya sikap politik yang benar sebagai seseorang muslim. Isi buku ini sangat menarik untuk disemak, kerana begitu banyak pelajaran penting yang wajib diketahui oleh kita semua kalau benar mahu memahami politik yang islami secara saksama. Sama ada dari kalangan para pemimpin, penggubal undang-undang, penguat-kuasa, para eksekutif, penuntut ilmu, ataupun masyarakat biasa. Bahkan kandungan buku milik Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah ini sering sekali menjadi rujukan dan nukilan para ulama kontemporari.
 
Di antara fakta bentangan buku ini, dikemukakan kepada siapa seharusnya jawatan diberikan, bagaimana memilih penjawat/pemimpin yang layak jika memang tidak ada yang paling layak, serta bagaimana mengetahui orang yang paling layak untuk mengambil jawatan. Hukum-hakam perundangan sesebuah negara, hukum-hakam pemerintahan dan kepolitikan, sebab musabab kitab ini disusun, hubungan dan tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat, pengurusan harta negara, hudud dan perundangan sesama manusia, hukum tazir, jihad terhadap kaum kafir, dan banyak lagi yang lainnya.
 
Perbahasan-perbahasan lainnya secara umum tentu lebih menarik untuk disemak sehingga tidak salah kalau anda memiliki buku ini.
 
Ditambah lagi, buku ini ditulis oleh seorang ulama besar kurun ke 7 hijrah, iaitu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) yang kemudian diberi tambahan catatan bermanfaat lainnya oleh Syaikh al-faqih Muhammad B. Soleh al-Utsaimin rahimahullah.
 
Kefaqihan kedua-dua tokoh ini yang melangkaui dua zaman berbeza, pastinya mampu menjadi jaminan mutu buku ini. Sehingga kita tidak ragu-ragu lagi untuk menjadikannya sebagai salah satu rujukan utama dalam berpolitik.
 
Selamat membaca, semoga anda menjadi politikus sejati! [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net