Judul: Wahabi dan Imperialisme, Mengungkap Asal Usul Istilah “Wahabi” | Judul Asal (‘Arab): Tash-hih Khotho’ Taariikhi Haul Al-Wahaabiyah | Penulis: Syaikh Dr. Muhammad B. Sa’ad Asy-Syuwai’r | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 200g | Muka Surat: 212m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Istilah “Wahabi” telah begitu sering kita dengar. Definisi yang muncul dari penyebutan istilah ini bahawa wahabi adalah suatu kelompok yang dinisbatkan kepada Syaikh Muhammad B. Abdul Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H).
Kelompok ini dianggap merisaukan bagi sebahagian pihak dari umat Islam. Wahabi dianggap pememecah belah umat, talibarut kerajaan Arab Saudi, agen Amerika, kelompok penghancur budaya Arab, dan lain-lain yang pelbagai lagi anggapan serta tuduhan.
Namun, ada pula sebahagian yang lain, mendukung pula dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahbab ini. Begitu banyak tersebar karya-karya bertulis yang menjelaskan bagaimanakah fahaman beliau dalam aqidah dan fiqh. Mereka berusaha membela Syaikh dari pelbagai tuduhan golongan pertama.
Jadi, apa yang hendak kita ketahui adalah dari mana sebenarnya asal-usul istilah “Wahabi” ini? Mengapa terdapat pro dan kontra terhadap dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab atau golongan yang diberi nama Wahhabi ini? Apakah hubungan wahabi dengan imperialisme? Semoga buku ini mampu memuaskan para pembaca untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.
Di antara isi kandungan buku ini adalah:
1 - Sejarah Pemerintahan Utsmaniyah dan Dakwah Mereka Kepada Masyarakat.
2 - Siapakah Wahhabi?
3 - Kolonialisme dan Pertembungan Dakwah.
4 - Pelbagai Syubhat Yang Dilontar Musuh-musuh Islam.
5 - Musuh-musuh dakwah.
6 - Aqidah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahhab.
Selamat membaca dan mengkaji! [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]