Judul: Mengapa Kita Menolak Syiah | Penulis: Rasul B. Dahri | Berat: 150g | Muka Surat: 68m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Memandangkan gerakan Syi'ah yang semakin membimbangkan dan berkembang biak terutamanya di Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia, maka penulis pun berusaha menyiapkan sebuah tulisan bagi menjelaskan serba-sedikit tentang gerakan bahaya kelompok sesat Syi'ah ini. Fahaman Syi'ah bukan sahaja merosakkan aqidah, ibadah, dan akhlak umat Islam, tetapi ia juga akan turut memusnahkan struktur politik Islam sekaligus merosakkan keamanan sedia ada. Dalam politik, Syi'ah sering menanamkan fahaman pemberontakan dan radikal yang ditancapkan melalui dasar-dasar aqidah mereka.
InsyaAllah tulisan ini akan terus disambunmg dari satu siri ke satu siri seterusnya seiring dengan keperluan. Antara yang dikupas melalui siri pertama ini adalah mengenal Syi'ah dan sikap tasyaiyu', mengenal siapa 'Abdullah B. Saba', Sikap Syi'ah terhadap Nabi, Khalifah, Para Sahabat, Ahli Sunnah, dan Ahlul Bait. Kemudian seterusnya, penjelasan tentang Ahlul Bait di sisi Syi'ah dan Ahlus Sunnah, hubungan Syi'ah dan fahaman taqiyyah, Dasar-dasar iman menurut ahlus sunnah, syi'ah dan muktazilah,. Kemudian penjelasan tentang Syi'ah mengubah al-Qur'an, Syi'ah mengutuk jenazah, hakikat imamah dan hadis nabi, kerjasama Ikhwanul Muslimin dengan Syi'ah, Sikap Syi'ah terhadap ahlus sunnah, dan sebab-sebab diterimanya Syi'ah di rantau ini. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]