Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Menuai Pahala Setelah Kematian

Menuai Pahala Setelah Kematian
Menuai Pahala Setelah Kematian
Terbitan: Pustaka at-Tazkia
Product Code: Pustaka At-Tazkia
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 18 x 12 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Menuai Pahala Setelah Kematian | Judul Asal ('Arab): Jarayan Al-Hasanati Ba'da Al-Mamati | Penulis: Syaikh Fahd bin 'Abdurrahman asy-Syuwaib | Penerbit: Pustaka At-Tazkia | Berat: 100g | Muka Surat: 93m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Benarkah pahala masih boleh diraih dan dituai walaupun setelah kematian? Bagaimanakah ia boleh berlaku?
 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
 
"Apabila manusia itu telah meninggal dunia, maka terputuslah amalan-amalannya melainkan tiga perkara, (iaitu) 1 – Anak yang soleh yang mendoakannya, 2 – Sedekah jariyah yang pernah dilakukannya, atau 3 – Ilmunya yang dimanfaatkan." (Shahih Muslim)
 
Selain itu, si mati juga mendapat ganjaran (pahala) dari hasil amal soleh yang dikerjakan oleh anak-anaknya. Ini adalah disebabkan kerana anak-anak itu termasuk ke dalam kategori usaha dan hasil kerja si mati (kedua ibu bapa).
 
Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (maksudnya):
 
"Dan bahawasanya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala) melainkan dari apa yang telah diusahakannya." (Surah an-Najm, 53: 39)
 
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
 
"Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan oleh seseorang itu adalah makanan yang diperolehi (terhasil) dari usahanya sendiri. Sesungguhnya anak itu termasuk dari hasil usahanya." (Musnad Ahmad Tahqiq Syaikh Syu'aib al-Arnauth, no. 24032. Beliau menjelaskan, hadis ini hasan lighairihi)
 
Selain itu, ia turut diperkuatkan dengan beberapa hadis yang lain yang sahih.
 
Maka, apa sahaja amal-amal kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak si mati, maka si mati akan beroleh manfaat (ganjaran pahala) dari perbuatan anak-anaknya tersebut. Selain dari bentuk-bentuk amal ini, apakah ada lagi?
 
Maka, sama-sama kita teliti sendiri berdasarkan sumber-sumber dalil yang sahih dan benar. insyaallah. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net