Judul: Rasulullah Berkisah Tentang Surga & Neraka | Judul Asal ('Arab): Washf al-Jannah wan Naar min Shahih as-Sunnah wal-Akhbar | Penulis: Syaikh Wahid 'Abdus Salam Bali | Penerbit: Pustaka At-Tazkia | Berat: 200g | Muka Surat: 216m/s. (Soft cover)
Setiap orang tentu memiliki cita-cita yang akan menjadi acuan dan tujuan dari setiap apa yang diusahakannya. Setinggi apa cita-cita tersebut, sebesar itu jugalah usaha yang dicurahkan.
Berbeza dari orang-orang kafir, cita-cita orang yang beriman tidak hanya berkaitan dengan keinginan duniawi. Tetapi melangkaui masa depan sehingga ke masa akhirat. Mukmin sejati akan mencurahkan segenap usahanya untuk meraih kebahagiaan tidak hanya di dunia, tetapi juga di akhirat.
Dalam usaha ini, al-Qur'an dan as-Sunnah telah penuh dan sarat berisi motivasi dan bimbingan. Pelbagai potret dan gambaran nikmat tentang Syurga dan tentang siksanya Neraka. Ia disebutkan dengan begitu terperinci dan jelas.
Untuk melihat sendiri penjelasan dan gambaran Syurga dan Neraka berpandukan perkhabaran yang paling sahih dan benar, maka ambillah perkhabaran tersebut dari al-Qur'an dan al-hadis yang sahih. Maka, inilah antara buku yang menjelaskan persoalan tersebut.