Judul: Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam | Judul Asal ('Arab): Kitaabush Shaum min Kitaab Fath Dzil Jalaali wal Ikram Syarah Bulughul Maram | Penulis: Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 1000g | Muka Surat: 658m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Puasa dalam maksud syara' adalah ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan cara menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Puasa ini adalah ibadah yang padanya didirikan berdasarkan syarat-syaratnya, hukum-hukumnya, dan adab-adabnya. Ia dilaksanakan sebagai ibadah dan dalam rangka bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya di atas.
Ini adalah sebuah buku yang diterbitkan hasil dari satu siri Syarah kitab Bulughul Maram karya Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah. Ia membukukan huraian dan syarahan atas hadis-hadis berkaitan hukum-hakam puasa dalam kitab Bulughul Maram karya al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H).
Semoga dengan beredarnya buku ini, ia akan menambahkan lagi siri khazanah maklumat ilmu-ilmu Islam dalam kalangan masyarakat hari ini. Terutamanya dalam hal-ehwal berkaitan hukum-hakam puasa. Dalam dunia ilmu Islam, kita tidak boleh hanya berpuas hati terhadap satu dua sumber rujukan, tetapi seharusnya terus mempertingkatkan kadar keilmuan kita dari masa ke semasa, dari satu buku ke satu lainnya dengan bersungguh-sungguh demi menyelami ilmu-ilmu Allah Ta'ala. Semakin banyak ilmu yang ditela'ah, maka akan semakin tenang dan terbukalah dada kita terhadap agama ini. Akan semakin mudahlah untuk kita melaksanakan ibadah-ibadah kepada Allah dengan cara yang benar sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Rauslullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sekaligus sebagai tanda cinta kepada Allah dan meraih kedekatan terhadap-Nya.
Semoga buku ini menjadi salah satu siri buku ilmu yang bermanfaat, Ameen. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]