Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Meneladani Shalat-shalat Sunnah Rasulullah

Meneladani Shalat-shalat Sunnah Rasulullah
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Meneladani Shalat-shalat Sunnah Rasulullah | Judul Asal: Bughyatul Mutathawwi fii Shalatil TathawwuPenulis: Syaikh Muhammad B. Umar Salim Bazmul | Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafii | Berat: 400g | Muka Surat: 255 m/s.


Buku ini membahas dan menjelaskan kepada anda kepelbagaian jenis solat-solat Sunnah anjuran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan hadis-hadis yang sahih.

Selama ini memang banyak kita temui buku-buku yang membentangkan kepelbagaian solat-solat sunnah beredar di pasaran.

Namun, setakat manakah kebenaran dan kesahihan fakta yang dibawakan?

Nah! Inilah permasalahan yang banyak melanda sebahagian besar buku-buku berkaitan solat-solat sunnah. Mereka membawakan sehingga kadang-kadang lebih 300 jenis solat-solat sunnah untuk diamalkan dengan pelbagai bentuk kaifiyat (tata cara) dan keutamaan.

Namun, sejauh manakah kebenarannya? Sedangkan dalam masa sama, mereka langsung tidak menjelaskan sebarang dalil atau sumber autentik yang menguatkan keabsahan solat sunnah yang mereka sebarkan tersebut. Ditambah pula dengan pelbagai tatacara-tatacara pelik tertentu yang menimbulkan pelbagai persoalan sama ada benar pernah dianjurkan oleh Rasulullah atau tidak? Ini seperti perlu dengan bacaan surah sekian, doa sekian, zikir sekian, iringan wirid ribuan kali, fadhilat yang melampau-lampau, ganjaran sekian, janji-janji sekian, dan beberapa bentuk kaifiyat lainnya...

Maka, atas sebab itulah buku ini pun diterjemahkan dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia untuk difahami bagi mereka yang masih memiliki jiwa ilmiyah lagi suka beramal dengan amal-amal yang sahih lagi meyakinkan, sekaligus meneladani Rasulullah dalam setiap amal dan ibadahnya.

Kemudian, hendaklah kita ketahui dan fahami bahawa amal perbuatan yang berhubung dengan hak-hak Allah yang pertama sekali akan dihisab adalah solat berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ، قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيضَةِ، ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ

“Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab dari amalan para hamba di hari Kiamat adalah solatnya, jika baik solatnya maka akan baiklah seluruh amalnya. Jika buruk solatnya maka dia telah gagal dan rugi. Apabila kurang sempurna dari solat yang difardhukan, maka Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Lihatlah adakah hamba-Ku ini memiliki tathowwu’ (solat-solat sunnah) bagi menyempurnakan apa yang kurang  dari yang difardhukan, kemudian barulah dihisab amal-amalnya yang lain.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 413. Sunan An-Nasaa’i, no. 465)

Maka apabila kita dapat memahami hadis ini dengan baik, seharusnya kita tidak memandang enteng atau remeh sekitar amalan solat ini. Bahkan seharusnya lebih giat lagi memperbaiki amal-amal solat tersebut secara khusus, dan amal-amal lain juga secara umum.

Demikian juga terhadap solat-solat sunnah. Kerana selain amal yang paling pertama dihisab kelak adalah solat-solat yang fardhu, maka fahamilah bahawa solat-solat sunnah juga akan dihisab dengan hisab yang teliti. Apabila jika ada yang kurang sempurna dari amal-amal solat yang fardhu, maka ia akan ditampung amal-amal solat yang sunnah.

Jadi, marilah kita baiki keduanya dengan sungguh-sungguh di atas ilmu dan landasan sumber yang sahih dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Agar beroleh manfaat dan keberuntungan. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net