Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Thohurun Insya Allah... Menjadi Pribadi Yang Tegar di Tengah Badai Duka

Thohurun Insya Allah... Menjadi Pribadi Yang Tegar di Tengah Badai Duka
Thohurun Insya Allah... Menjadi Pribadi Yang Tegar di Tengah Badai Duka Thohurun Insya Allah... Menjadi Pribadi Yang Tegar di Tengah Badai Duka Thohurun Insya Allah... Menjadi Pribadi Yang Tegar di Tengah Badai Duka
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM22.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Thohurun Insya Allah... | Judul Asal ('Arab): Tuhfatul Maridh | Penulis: 'Abdullah bin 'Ali al-Ju'aitsin | Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafi'i | Berat: 450g | Muka Surat: 302m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Pohonlah kesihatan

Kata Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

Pohonlah keampunan dan kesihatan kepada Allah. Kerana sesungguhnya tiada satu pun kurniaan yang lebih baik bagi seseorang setelah keimanan melainkan kesihatan. (Hadis Riwayat an-Nasaa'i dan Ibnu Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami' ash-Shaghir, no. 3632)

Demikianlah apa yang disarankan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri. Malah Nabi sendiri selalu berdoa kepada Allah di setiap pagi dan petangnya agar diberikan padanya nikmat kesihatan. Dari sini menunjukkan bahawa manusia itu tidak dianjurkan agar meminta kesakitan, sebaliknya diminta agar memohon kesihatan. Namun tetap wajib bersabar seandainya ditimpa musibah berupa kesakitan.

Bahkan sebahagian ulama mengungkapkan:

Aku lebih menyukai kesihatan yang dapat aku syukuri berbanding ujian berupa musibah yang harus aku hadapi dengan penuh kesabaran. (Hannad, Az-Zuhd, m/s. 254)

Demikianlah sedikit gambaran tentang keutamaannya sihat.

Banyaknya ujian

Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan:

Para ulama menjelaskan bahawa orang-orang yang beriman akan mendapatkan banyak ujian (berupa musibah), sama ada pada tubuhnya, keluarganya, ataupun hartanya. Ujian-ujian tersebut berfungsi sebagai penghapus dosanya dan untuk mengangkat darjatnya. Manakala bagi orang-orang kafir, sedikit sekali mendapat ujian berupa musibah. Kalaupun mereka mendapatkan banyaknya musibah, tetap itu tidak menghapuskan dosa-dosanya. Sebaliknya, dia tetap membawa semua dosa-dosanya yang pernah dikerjakannya di hari kiamat nanti. (Syarah Shahih Muslim, 17/158)

Kata Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

Benar-benar pahala yang besar itu berserta dengan ujian yang besar. Dan sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum maka Dia pasti menguji mereka. Sesiapa sahaja yang redha atas ujian tersebut, maka dia mendapatkan keredhaan Allah, dan sesiapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah. (Sunan at-Tirmidzi, no. 2396)

Beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda:

Tidak seorang Muslim pun yang tertimpa hal-hal yang menyakitkan sama ada berupa penyakit ataupun yang lainnya melainkan Allah akan menggugurkan dengannya dosa-dosanya sebagaimana pepohonan menggugurkan daun-daunnya. (Shahih al-Bukhari, no. 5647. Shahih Muslim, no. 2571)

Demikian sebahagian dari hadis-hadis dan ungkapan yang memotivasikan umat Islam yang beriman yang dilanda musibah dan kesakitan. Buku ini mengungkapkan lebih banyak lagi terapi nabawi dalam mengharungi kepelbagaiab musibah yang menimpa berupa kesusahan dan kesakitan.

Penulis dengan usahanya yang amat baik telah menghimpunkan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai dorongan yang memotivasikan kita semua dalam mengharungi pelbagai musibah yang mungkin tidak terjangkakan. Beliau menjelaskan di sebalik taqdir yang berlaku, pasti ada kebaikan yang hendak Allah kurniakan. Dan bahkan ujian dan musibah itu sendiri adalah taqdir Allah Subhanahu wa Ta'ala bertujuan menguji para hambanya dan membersihkannya dari banyaknya noda dosa yang mengotori.

Penulis kemukakan dalam awal perbahasan bukunya ini dengan maksud di sebalik ujian yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ke atas para hambanya, apa hikmah-hikmahnya, bagaimana seharusnya kita menyikapinya, dan apakah ada khabar gembira di sebaliknya.

Kemudian penulis jelaskan pula pentingnya sabar dalam mengharungi setiap musibah yang melanda. Dan sabar adalah kunci kebahagiaan sekaligus terapi kedukaan. Penulis kemukakan tentang keutamaan dan bentuk-bentuk sabar sebagaimana diungkapkan al-Qur'an, al-hadis, dan pandangan dari kalangan ulama salaf (generasi awal).

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi (ini) adalah milik Allah; diberikan kepada sesiapa yang dihendaki-Nya dari kalangan hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah al-A’raaf, 7: 128)

Dalam ayat yang lain, Allah Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tidak terkira.” (Surah az-Zumar, 39: 10)

Dalam sebuah hadis, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999)

Orang-orang beriman yang sempurna dan tulus keimanannya akan sentiasa baik urusannya kerana dia sentiasa bersyukur dan bersabar. Dia sentiasa berada pada kedudukan redha dan merasa cukup. Baginya, kesenangan yang diterima adalah anugerah, manakala musibah yang menimpa pula adalah ujian yang mampu menaikkan kedudukannya serta membuahkan pahala tanpa batasan dari sisi Allah.

Seterusnya penulis teruskan lagi tulisannya dengan dorongan dan motivasi berharga dalam mengharungi musibah dan kesakitan yang menimpa. Penulis kemukakan hadis-hadis yang menjelaskan bahawa bagi setiap penyakit itu adalah ujian dari Allah Ta'ala, dan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Penulis juga menjelaskan bahawa tidak perlu takut dengan kematian, sebaliknya bersedialah untuk mengharungi saat-saat kematian dengan cara yang benar yang mana setiap manusia akan menghadapinya. Namun tidak pula kita boleh meminta-minta agar usia segera ditamatkan.

Sabar dapat dimaksudkan sebagai pengurusan diri untuk tetap melaksanakan ketaatan terhadap Allah berdasarkan apa yang disyari’atkan dan menahan diri dari apa-apa yang diharamkan-Nya serta bersikap redha terhadap setiap ketentuan taqdir-Nya tanpa berkeluh-kesah atau melampaui batas. Oleh itu, sabar di sini terbahagi kepada tiga keadaan iaitu sabar dalam menjalani ketaatan, sabar dalam menahan diri terhadap kemaksiatan, dan sabar dengan setiap ketentuan taqdir dari Allah Ta’ala.

Kemudian penulis jelaskan pula tentang terapi syar'iyah berupa doa-doa penyembuhan sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam mencari kesembuhan terhadap penyakit yang dihadapi. Penulis juga kemukakan doa-doa anjuran sunnah dalam mengharungi kesusahan, kegusaran, dan kesedihan. Bahkan doa-doa ini adalah senjata yang memotivasikan diri setiap hamba untuk lebih dekat kepada Tuhannya.

Kata Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

Sesungguhnya doa itu bermanfaat untuk meringankan musibah yang telah diturunkan dan mencegah datangnya musibah yang belum diturunkan. Maka hendaklah kalian selalu berdoa wahai hamba-hamba Allah. (Sunan at-Tirmidzi, no. 3548)

Kemudian penulis teruskan bentangan bahasannya dengan terus mengajak para pembaca meningkatkan semangat untuk terus mendekatkan diri kepada Allah, lebih-lebih lagi di saat datangnya musibah. Penulis membimbing pentingnya takut hanya kepada Allah, memperbanyakkan istighfar dan taubat, berbaik sangka terhadap Allah, optimis terhadap datangnya sihat, jauhi para dukun dan tukang ramal, tidak disibukkan dengan dunia sehingga melupakan kematian sebagai tujuan, dan perlunya menjauhi sikap berkeluh-kesah dan mengadu-domba sesama makhluk.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan beristighfarlah kepada Rabb-mu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kepada kamu kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan, dan Dia memberi kepada setiap yang memiliki keutamaan, keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab di hari yang besar (Kiamat).” (Surah Huud, 11: 3)
 
Disebutkan dalam sebuah hadis:
 
“Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir, tetapi dinilai dhaif oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)
 
Di akhir buku penuh motivasi ini, penulis masukkan perbahasan sekitar pentingnya agar ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala tetap dikerjakan walaupun dalam keadaan penuh kesakitan dan penderitaan. Penulis bimbing sama bagaimana seharusnya melaksanakan ibadah dalam keadaan tertimpa musibah dan kesakitan. Contohnya, bagaimana harus bersuci ketika sakit, solat ketika sakit, berpuasa, dan bagaimanakah pula ibadah haji hendak dilaksanakan bagi orang yang sakit... [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Tela'ahlah buku bernilai ini. Sungguh benar-benar di dalamnya terkandung sebuah motivasi berharga dan terapi nabawi yang menyembuhkan jiwa bagi setiap insan beriman yang sedang mengharung badai musibah.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net