Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Temasya Ke Syurga karya Ibnul Qayyim

Temasya Ke Syurga karya Ibnul Qayyim
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM70.00 RM67.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Temasya Ke Syurga | Judul Asal ('Arab): Hadi al-Arwaah ila Biladil Afraah | Penulis: Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Penerbit: Darul Falah | Berat: 0.9g | Muka Surat: 534m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Buku Hadil Arwaah ila Biladil Afraah (Tamasya ke Surga) ini, adalah hamparan kasih-sayang Allah 'Azza wa Jalla yang tidak bertepi. Dengan keluasan rahmat-Nya, seorang hamba yang memiliki iman sekecil atom atau dosa berkarat dimasukkan ke syurga dan diberikan kekayaan sepuluh kali lipat raja-raja di dunia dengan syafa’at Ar-Rahman (yang maha Penyayang). Sebaliknya, sekalipun seseorang memiliki amal soleh sebanyak tujuh puluh nabi, tidak akan cukup baginya memasuki Syurga Ar-Rahman, jika hanya berbekalkan amalnya dan mencampakkan rahmat Allah. Sungguh kenikmatan-kenikmatan Syurga yang tidak sedikit pun terlintas dalam benak manusia dan tiada-tara bandingnya, tidak dapat dirasakan sekalipun dengan amalan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam.
 
Bagaimana dapat dibayangkan, rumah penghuni Syurga yang dibina Allah dengan Tangan-Nya sendiri berbentuk istana. Yang bahannya berupa batu-bata dari emas dan perak, yang atapnya 'Arasy ar-Rahman (Allah yang maha Penyayang), yang pepohonannya dari emas dan perak sebening kaca; yang buah-buahannya lebih lembut dari keju dan lebih manis dari madu; yang sungai-sungainya mengalirkan susu, madu dan arak yang tidak memabukkan; yang keindahan wajah penghuninya seperti rembulan dengan umur tiga puluh tiga tahun; yang kenderaannya kuda dan unta bersayap yang terbang menghantarkan ke mana sahaja mereka suka; yang isteri-isteri mereka bidadari yang disucikan dan cantik jelita; dan segala kenikmatan yang tidak terbayangkan. Apalagi bila Allah menyingkapkan tirai-Nya, dan terlihatlah Wajah-Nya Yang Maha Agung sebagai nikmat nombor satu yang mengatasi segala nikmat di Syurga.
 
Itulah sekelumit gambaran dari enam puluh sembilan bab perbahasan Syurga terlengkap karya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah. Buku ini memuatkan banyak sekali hadiss-hadiss yang marfu’ kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, atsar-atsar mauquf para sahabat, misteri-misteri yang ada dalam ayat-ayat al-Qur’an, kata-kata mutiara, penjelasan terhadap pelbagai masalah dan penguat terhadap prinsip-prinsip al-Asma’ dan al-Sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika pembaca membacanya, maka imannya meningkat dan Syurga terlihat dengan sejelas-jelasnya olehnya. Seakan-akan ia menyaksikan Syurga dengan mata kepalanya. Buku ini menghantarkan orang-orang yang memiliki keazaman tinggi terhadap taman-taman indah di Syurga dan sekaligus membimbing orang yang bersemangat tinggi ini kepada kehidupan baru di mahligai-mahligai megah di Syurga. Insya Allah, Andalah orangnya.
 
Secara umumnya, buku ini adalah sebuah buku yang menghimpunkan dalil-dalil baik dari al-Qur'an mahupun as-Sunnah dengan gambaran sebenar tentang betapa indahnya suasana di Syurga, antaranya dengan makanan dan minumannya, rumah-rumahnya, tanahnya, tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanamannya, istananya, mahligainya, sungai-sungai dan airnya, awam-awannya, hujannya, bidadarinya yang jelita, nyanyian bidadari, dan pelbagai lagi bentuk-bentuk nikmat yang tidak mampu digambarkan walaupun telah habis segala nikmat kita cuba bayangkan dengan sedaya-upaya.
 
Maka, hayatilah kehebatan, kemegahan, dan keindahan Syurga melalui buku ini berpandukan dalil-dalil nyata dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Semoga kita sama-sama semakin ghairah sekaligus meningkatkan kerja-usaha kita untuk memasukinya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net