Item: Habbatus Sauda 200 Kapsul Minyak Al-Hijaz (Habasyah Quality) | Pengeluar: Al-Hijaz | Jenama: Zait Saudana Al-Hijaz | Berat: 0.4kg | Kandungan: 0.55ml x 200 Kapsul minyak Habbatus Sauda (100% Asli Habasyah) | Kelulusan (Badan Pengawasan Obat dan Makanan, Indonesia): POM TR 093301681 | Kelulusan Majlis Ugama Indonesia (M.U.I): LP POM MUI No. 00260027540104.
Habbatus Sauda atau jintan hitam telah sedia dikenali dan merupakan salah satu makanan yang telah disebutkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang mulia. Sekaligus ia merupakan salah satu makanan hasil produk herba yang dianjurkan oleh sunnah.
Habbatus sauda’ ini adalah sejenis bunga herba yang terdapat dan tumbuh subur di kawasan-kawasan mediteranian atau gurun, iaitu di sekitar wilayah-wilayah timur tengah dan asia barat. Ia adalah herba yang sangat terkenal sejak zaman dahulu kala, malah diamalkan oleh generasi arab di zaman Nabi dan mendapat pula rekomendasi dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Mengamalkan memakan Habbatus Sauda antaranya melalui kajian yang dijalankan ia mampu meningkatkan daya tahan (immunisasi) tubuh, membantu mencegah pelbagai radang kepada sendi, melancarkan peredaran darah, merendahkan kadar serangan jantung serta gangguan radang ginjal, menstabilkan perjalanan dan penghadaman makanan dengan melancarkan proses enzim dalam tubuh. Ia juga mampu mengatasi dan mencegah keracunan bahan kimia asing dalam tubuh.
Seiiring dengan kemajuan serta perkembangan kajian dan teknologi hari ini, kini jintan hitam atau habbatus Sauda ini telah pun hadir dalam bentuk kapsul minyaknya yang lebih mudah diambil dan cepat dihadamkan. Sekaligus mampu memberi kesan dan aliran dalam badan yang lebih pantas. Para pengamal makanan herba seperti habbatus sauda ini juga khususnya, insyaAllah tidak perlu lagi risau dan bimbang dengan rasa pahit dan kelat yang terdapat padanya. Kerana ia telah hadir sedia dimakan dalam bentuk yang lebih mudah, iaitu dalam bentuk kapsul. Malah lebih dari itu, ia adalah dalam bentuk cecair yang cepat hadam.
Lebih-lebih lagi, sebahagian besar khasiat habbatus sauda ini memang terletak pada patinya yang mampu dikeluarkan dalam bentuk minyak ini.
Minyak Habbatus Sauda ini, selain diamalkan dengan cara makan, ia juga boleh dimanfaatkan sebagai minyak sapuan untuk luka-luka ringan pada kulit atau tubuh.
Bagi set ini, setiap kapsul mengandungi 0.55ml minyak habbatus sauda. Setiap botol mengandungi 200 kapsul.
Sepintas Lalu Tentang Habbatus Sauda’
Di tengah-tengah menyebarnya kepelbagaian jenis penyakit, sebahagian kelompok manusia jenuh berusaha dan begitu optimistik terhadap kehebatan ubat-ubatan kimia buatan (berpandukan kajian). Sehingga muncullah pula pelbagai risiko dan kesan sampingan yang memudharatkan. Dan ini memang bukan suatu yang aneh, kerana kebanyakan ubat-ubatan kimia (synthetic medicine) di farmasi dan klinik atau hodpital adalah termasuk jenis-jenis bahan bersifat khamr (memabukkan) atau dari jenis dadah (drugs). Kos ubat-ubatan jenis ini juga bukanlah rendah.
Maka atas faktor tersebut antaranya, kini timbullah pula sebuah usaha untuk menggali rahsia perubatan berasaskan herba lagi alami (natural). Pelbagai kajian dan penelitian dijalankan bagi menyingkap kandungan dan rahsia di sebalik pelbagai tanaman herba. Salah satu jenis herba yang berjaya disingkap rahsia kehebatan dan keberkesanannya adalah Habbatus Sawda’ atau jintan/bijian hitam. Nama saintifiknya disebut sebagai Nigella sativa.
Tanaman ini sebenarnya memang telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak zaman peradaban Mesir kuno. Pada masa Islam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pula turut memberikan pengiktirafan bahawa Habbatus Sawda’ ini adalah merupakan ubat atau penawar (Syifaa’) bagi pelbagai jenis penyakit. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
عَلَيْكُمْ بِهَذِهِ الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ، فَإِنَّ فِيهَا شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ
“Gunakanlah oleh-mu Al-Habbatus Sawdaa’, kerana padanya mengandungi penawar dari segala penyakit, kecuali mati.” (Musnad Ahmad, no. 7287. Sunan at-Tirmidzi, no. 2041. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)
Dalam riwayat yang lain:
فِي الحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ
“Pada Al-Habbatus Sawdaa’ itu penawar dari segala penyakit kecuali mati.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5688)
Bertitik-tolak dari hadis-hadis ini, para ilmuan Islam sejak awal lagi telah mengambil berat tentang kewujudan dan keutamaan herba bernama Al-Habbatus Sawdaa’ ini.
Ini adalah kerana, Habbatus Sawdaa’ ini adalah sejenis herba yang mendapat pengiktirafan dan isyarat khusus dari wahyu Allah Ta’ala melalui Nabi-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Cuma sayangnya, amat sedikit sekali umat Islam yang menyedari dan mampu mengambil manfaat dari Habbatus Sawdaa’ saat ini, melainkan dari kalangan yang berilmu. Ini juga mungkin kesan dari tindakan mengabaikan dan melalaikan dari mempelajari hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Kini, setelah beberapa abad lamanya, barulah sedikit sebanyak maklumat-maklumat ini kembali dibangkitkan. Kajian-kajian dan penelitian-penelitian terkini dilakukan terhadap isyarat Nabawi tersebut. Akhirnya benar-benar para pengkaji telah menemukan dan membuktikan adanya khasiat kesembuhan di dalam biji-bijian Habbatus Saudaa’. Maka, terbuktilah mukjizat kesembuhan yang diperkatakan dan diisyaratkan oleh baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Demikianlah betapa agungnya maklumat-maklumat yang terkandung dalam wahyu Allah. Sesungguhnya Allah-lah yang menurunkan penyakit, dan Dia juga-lah yang menurunkan penawarnya. Di antaranya dengan Habbatus Sawda’ ini.