Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Taubat Surga Pertama Anda

Taubat Surga Pertama Anda
Taubat Surga Pertama Anda Taubat Surga Pertama Anda
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM42.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Taubat Surga Pertama Anda | Judul Asal ('Arab): At-Taubah Wadziifatul 'Umur | Penulis: Syaikh Muhammad B. Ibrahim al-Hamd | Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafi'i | Berat: 850g | Muka Surat: 474m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Setiap anak Adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang selalu melakukan kesalahan adalah yang sentiasa bertaubat."
 
Demikianlah rangkap sabda Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah. Hadits ini mengisyaratkan bahawasanya salah satu di antara tabiat manusia adalah selalu melakukan kesalahan dan ia seiring dengan realiti yang ada. Sama ada kecil atau besar. Betapa banyak manusia yang sering melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah siang dan malam, tanpa terkecuali diri kita sendiri. Lalu apa yang harus kita lakukan demi kebaikan kita semua?
 
Oleh itu, janganlah cemas, bingung, atau bimbang selama kita masih memiliki kesempatan untuk bertaubat kepada-Nya. Hanya taubatlah yang kita perlukan, kerana dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita.
 
Kata Imam Ibnu Mandzur rahimahullah: "Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat ertinya adalah dengan kembali (kepada kebenaran) dan meninggalkan kebiasaan berbuat maksiat dengan menuju ketaatan kepada Allah Ta'ala." (Lisan al-'Arab, 1/233)
 
Namun, yang menjadi pertanyaan adalah: Mahukah kita bertaubat? Bila sepatutnya kita akan memulakannya? Dosa-dosa apakah yang perlu kita insafi? Siapakah yang mahu membimbing kita untuk bertaubat?
 
Maka dengan hadirnya buku ini yang berjudul "TAUBAT SURGA PERTAMA ANDA" buah tangan Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd ini akan berusaha memotivasikan kita semua untuk segera dan sentiasa bertaubat.
 
Buku ini juga menjelaskan kepada kita berkaitan dosa-dosa yang wajib kita taubati. Di samping itu, buku ini juga berusaha untuk membimbing kita dalam memberi tunjuk ajar, menjelaskan cara-cara dan langkah-langkah yang harus ditempuhi dalam menuju taubat yang sempurna. Lebih dari itu, buku ini dilengkapi dengan contoh-contoh yang sangat baik dari kisah-kisah nyata berkaitan orang-orang yang bertaubat dan sebaliknya untuk dijadikan sebagai tauladan untuk orang-orang yang masih hanyut bergelimang dosa. Di antara kisah yang dimuatkan adalah tentang kehidupan Jean Paul, Herbert Spencer, Marilyn Monroe, Christina Onassis, Dalaida, Lady Diana spencer, Madonna, dan Michael Jackson. Serta kisah-kisah yang menjadi contoh yang baik dari orang-orang yang bertaubat dan dikenali adalah seperti kisah Leon Trotsky, Cat Stevens, Hana Tsarwat, dan Muhsin Muhyidin serta isterinya... [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Antara lain kandungan perbahasan buku ini adalah sekitar:
 
1, Maksud taubat,
 
2, Bagaimana taubat dilaksanakan.
 
3, Jenis-jenis dan klasifikasi dosa.
 
4, Dalil-dalil tentang keutamaan dan kelebihan bertaubat serta perintah-perintah taubat.
 
5, Hikmah dan rahsia di sebalik taubat.
 
6, Kesalahan-kesalahan dalam bertaubat dan pembetulannya.
 
7, Persoalan-persoalan umum tentang taubat.
 
8, Amalan-amalan yang menguatkan dan memotivasikan untuk sentiasa bertaubat.
 
9, Taubat sebagai jalan menuju kebahagiaan.
 
10, Contoh-contoh umum kesengsaraan hidup pelaku maksiat.
 
11, Contoh-contoh individu yang menemui jalan taubat dan beberapa contoh keadaan mereka setelah bertaubat.
 
 
 
Semoga kita terselamat dari memiliki penghujung hayat tanpa sempat dan mahu bertaubat. Semoga kita sentiasa diberikan taubat yang sempurna, dan dijauhkan dari pelbagai dosa dan kesalahan dalam hidup ini.
 
Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):
 
"... Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya lagi beruntung." (Surah an-Nuur, 24: 31)

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net