Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sunan ad-Darimi

Sunan ad-Darimi
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 10

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM220.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sunan ad-Darimi | Judul Asal ('Arab): Sunan ad-Darimi | Penulis: Al-Hafiz abu Muhammad 'Abdullah B. 'Abdurrahman ad-Darimi as-Samarqandi rahimahullah (Wafat: 255H) | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 3kg | Muka Surat: 2 Jilid lengkap. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Imam ad-Darimi rahimahullah adalah salah seorang ulama ahli sunnah wal-jama'ah. Beliau terkenal, memiliki kepakaran, serta mendapat pujian dalam bidang hadis, fiqh, dan tafsir. Beliau mendapat pujian dari para ulama yang sezaman dengannya dan yang setelahnya seperti Imam Ahmad B. Hanbal, Ibnu Abi Syaibah, Muhammad B. Ibrahim asy-Syairazi, Abu Hatim B. Hibban, dan al-Khatib al-Baghdadi. Beliau banyak meriwayatkan dari para ulama seperti Yazid B. Harun, Ya'la B. Abid, Ja'far B. Aun, Muhammad B. Yusuf al-Firyabi, dab lain-lain.
 
Para ulama hadis lainnya juga banyak mengambil hadis daripada beliau. Ini seperti Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi, al-Bazzar, Muhammad b. Yahya, Abu zur'ah, dan ramai lagi yang lainnya.
 
Imam ad-Darimi selain menyusun kitab Sunan Ad-Darimi ini, beliau juga disebutkan sebagai penyusun kitab At-Tafsir, Al-Jami' ats-Tsulasiyyat fii al-Ahadits, dan selainnya dalam bidang fiqh. [Disediakan oleh krew Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
 
Di antara pujian ulama terhadap beliau, antaranya dari 'Utsman B. Abi Syaibah, kata beliau:
 
"Walaupun ramai manusia memuji ketajaman akalnya, kekuatan hafalannya, dan kegigihan beliau dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, individu bernama 'Abdullah B. 'Abdurrahman (ad-Darimi) ini sebenarnya memiliki keupayaan lebih dari apa yang mereka jangkakan." (Siyar A'lam an-Nubala', 12/226)
 
Muhammad B. Ibrahim B. Manshur asy-Syairazi berkata:
 
"'Abdullah (ad-Darimi) adalah seorang individu yang memiliki akal yang tajam dan memiliki keteguhan yang tinggi terhadap agama. Tiada satupun individu yang menyamai keunggulannya dalam karektor, ilmu dirayah, daya hafalan, ibadah, dan kezuhudannya. Beliau berjuang dengan hebat demi mempopularkan ilmu hadis di Wilayah Samarqand dan membanteras habis-habisan para pendusta. Selain itu, beliau juga adalah seorang ulama yang begitu terkenal dalam bidang tafsir, fiqh, dan menguasai pelbagai disiplin ilmu-ilmu Islam." (Siyar A'lam an-Nubala', 12/227)
 
Dan kitab yang berada di hadapan pembaca ini adalah salah satu kitab tinggalan beliau yang sempat sampai kepada kita pada hari ini. Iaitu kitab sunan yang membukukan sebahagian hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengikut methode susunan fiqh. Ia merupakan salah satu warisan khazanah Islam yang berharga, tidak kurang hebat, dan tidak kalah pentingnya bagi yang mampu mengambil manfaat daripadanya.
 
Walaupun demikian, sebagaimana yang diperingatkan oleh para ulama, kitab Sunan ad-Darimi ini tidak terlepas dari menghimpunkan di dalamnya selain hadis-hadis sahih, iaitu ia menghimpunkan sama hadis-hadis yang dha'if (lemah), mursal, dan maudhu' (palsu). Oleh itu, bagi edisi terjemahan ini, ia diambil dari edisi tahqiq (hasil penelitian) dan takhrij (penjelasan status hadis) oleh Syaikh Muhammad B. 'Abdul 'Aziz al-Khalidi sebagaimana pada nota kakinya bagi menjelaskan di antara mana hadis-hadis yang sahih dan mana yang selain itu dari hadis-hadis yang tidak sahih dan bermasalah.
 
Semoga bagi yang berhajat menambah ilmu, meluaskan bacaan, dan meraih manfaat darinya tidak tersalah sangka terhadap hadis-hadis yang dihimpunkan di dalamnya di antara yang sahih dengan tidak. Wallahu a'lam. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net