Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tafsir Fathul Qadir karya Imam asy-Syaukani

Tafsir Fathul Qadir karya Imam asy-Syaukani
Tafsir Fathul Qadir karya Imam asy-Syaukani Tafsir Fathul Qadir karya Imam asy-Syaukani
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 55

ISBN: 9786022360230
Availability: In Stock
Price: RM1,780.00 RM1,280.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tafsir Fathul Qadir karya Imam asy-Syaukani | Judul Asal ('Arab): Fathul Qadir: Al-Jaami’ Baina Fanni ar-Riwaayah wa ad-Diraayah min ‘Ilm at-Tafsiir | Penulis: Imam Muhammad B. 'Ali asy-Syaukani | Tahqiq: Sayyid Ibrahim | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 16kg | Muka Surat: 12 Jilid lengkap. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Alhamdulillah, ini adalah hasil terjemahan lengkap set kitab tafsir Fathul Qadir: Al-Jaami’ Baina Fanni ar-Riwaayah wa ad-Diraayah min ‘Ilm at-Tafsiir. Ia adalah sebuah Kitab Tafsir al-Qur’an yang ditulis oleh Imam Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H).

Beliau adalah seorang imam besar, mujtahid, berguru pula dengan ulama besar yang antaranya Imam Muhammad B. Ismail ash-Shan’ani rahimahullah. Imam asy-Syaukani merupakan Qadhi dan Hakim di negeri Yaman, mujaddid Islam, tegas memerangi syirik, bid’ah, dan golongan yang menyimpang. Beliau adalah seorang Ulama ahli hadis, ahli tafsir, sejarahwan, Seorang ahli sunnah, memiliki banyak karya tulis bernilai tinggi lagi bermanfaat untuk umat Islam. Dan di antaranya adalah kitab tafsir ini.

Beliau adalah pembela mazhab salaf di masanya. Walaupun pada mulanya beliau tumbuh membesar dalam kelompok mazhab Syi’ah Zaidiyah, tetapi berkah ketekunan dan semangat telahan beliau terhadap ilmu yang benar, akhirnya beliau kembali ke mazhab yang benar, iaitu mazhab ahli sunnah wal-jama’ah sebagaimana yang dipegang oleh generasi salafus soleh.

Setelah itu, beliau pun menulis kitabnya yang terkenal dengan judul as-Sail al-Jarrar al-Mutadaffiq ‘ala Hada’iq al-Azhar. Di dalam kitab tersebut Imam asy-Syaukani mengkritik seluruh pemikiran dan pendapat kelompok Syi’ah Zaidiyah, serta menelanjangi pelbagai pembohongan yang diada-adakan oleh kelompok Zaidiyah. Sekaligus menegakkan mazhab salaf ahli sunnah wal-jama’ah.

Imam asy-Syaukani juga terkenal dengan karya hebatnya yang mensyarahkan hadis-hadis berkaitan fiqh dan hukum hakam, iaitu Nail al-Authar. Karya ini membuktikan tahap keilmuan beliau dalam mengeluarkan huraian hadis-hadis dan melakukan ijtihad tanpa terikat kepada mana-mana sikap taksub kepada mazhab fiqh tertentu melainkan terhadap dalil-dalil.

Karya Ilmiyah milik Imam asy-Syaukani mencecah sekitar 278 judul dalam pelbagai cabang ilmu. Pada hari ini, kebanyakan dari karya-karya tersebut masih dalam bentuk manuskrip di atas lembar-lembar kertas bertulis tangan yang belum tercetak dan ditahqiq. Akan tetapi, hasil berkah dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala, sebahagian kitab-kitab beliau yang penting dan masyhur telah mula tercetak, tersebar, dan dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan golongan. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Di antara karya-karya beliau yang terkenal adalah seperti:

1. Fathul Qadir yang merupakan kitab tafsir yang sangat bernilai. Dan kitab inilah yang sedang berada di hadapan saudara hasil terjemahannya.

2. Al-Fawa’id al-Majmu’ah fii al-Ahaadits al-Maudhu’ah. la menyempurnakan kitab ini yang merupakan karya para ulama silam seperti Ibnul Jauzi, Al-‘Iraqi, dan as-Suyuthi. la memberi pencerahan terhadap kesalahan-kesalahan yang ada.

3. Nail al-Authar Syarah Muntaqa al-Akhbar yang merupakan antara barisan kitab beliau paling terkenal dan paling penting. Kitab ini turut menjadi rujukan utama bagi setiap penuntut ilmu.

4. As-Sail al-Jarrar al-Mutadaffiq ‘ala Hada’iq al-Azhar. Sebuah kitab yang di dalamnya beliau membuat kritikan terhadap Madzhab Syi’ah Zaidiyah dan mewariskan kesimpulan-kesimpulan ijtihadnya yang penting. Kitab ini menjadi kitab terbaik dalam bidang fiqh perbandingan.

5. Irsyad al-Fuhul, sebuah kitab dalam bidang ushul fikih.

6. Tuhfah adz-Dzakirin. Kitab yang mengumpulkan dzikir-dzikir berdasarkan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

7. Al-Fath ar-Rabbani min Fatawa al-Imam asy-Syaukani.

8.  Wabl Al-Ghamam 'ala Syifa Al-Awam fi Naqdhi Madzhab Az-Zaidiyyah.

9. ... dan banyak lagi kitab-kitab beliau yang lainnya yang sangat bermanfaat.

Pujian Ulama terhadap Imam asy Syuakani

Imam ‘Abdul Hayyi al-Kattani rahimahullah menyebutkan, “Beliau adalah seorang imam; penutup ahli hadis di belahan timur, tokoh ilmuan, peneliti (ahli tahqiq), pakar ijtihad, dan seorang hakim. Beliau umpama tahi lalat di wajah abad yang silam; air bah di kening masa; meniti manhaj keilmuan yang ramai orang sebelumnya buta terhadapnya. Beliau dianugerahi kelancaran pena dan bakat kepimpinan yang belum pernah digoreskan pena lainnya. Beliau adalah kebanggaan negeri Yaman, dan bahkan bangsa Arab.”

Al-Kattani juga mengatakan, “Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menganugerahkan kepada asy-Syaukani tiga perkara yang aku tidak tahu adakah ianya terhimpun pada orang lain di zaman akhir ini. Pertama, keluasan ilmu dengan kepelbagaian jenis dan bahagiannya. Kedua, banyaknya murid yang pandai menela’ah dan bersemangat luar biasa. Tiga, banyak karya yang dihasilkannya.”

Sayyid ‘Abdurrahman B. al-Ahdal rahimahullah menyatakan, “Pemimpin pada era kami dalam seluruh bidang keilmuan; tokoh pidato di era kami dalam menjelaskan segenap hakikat kata-kata dan makna-makna. Beliau merupakan al-Hafiz, al-Musnid, al-Hujjah, pemberi petunjuk dalam menerangkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad secara jelas, beliau adalah kemuliaan Islam, iaitu Muhammad bin Ali Asy-Syaukani.”

Al-‘Allamah Imam Al-Alusi rahimahullah, yang merupakan penyusun kitab Tafsir Ruh al-Ma’ani fii Tafsir al-Qur’an wa as-Sab’u al-Matsani. Beliau mengatakan, “... kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala mentakdirkan bagi mereka kebanggaan yang setara, kemuliaan Islam, kebaikan di setiap malam dan siang hari, iaitu al-Qadhi Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani. Dengannya, Allah menghancurkan bid’ah, menghapuskan kesesatan, serta mengalahkan para pengikut agama dan mazhab yang batil seperti mazhab Syi’ah Zaidiyah, dan sebagainya, sehingga keimanan dan segenap aspeknya tumbuh subur di Yaman.” [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net