Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

The Story of Hizbullah

The Story of Hizbullah
Terbitan: Pustaka Imam Abu Hanifah
Product Code: Pustaka Imam Abu Hanifah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19 x 13 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: The Story of Hizbullah | Penulis: Ali ash-Shidiq | Penerbit: Pustaka Imam Abu Hanifah | Berat: 180g | Muka Surat: 219m/s.


Secara bahasa dan asasnya, perkataan (atau penamaan) Hizbullah adalah merupakan satu kata nama yang sangat mulia. Namun di sebalik kemuliaan dan keagungan namanya, di sana tersimpan sebuah misteri, apatah lagi di ketika itu dinisbatkan kepada sebuah kumpulan bersenjata yang kini semakin tumbuh subur di Lebanon.
 
Di ketika mata dunia tertumpu kepada perperangan yang dikobarkan dan di ketika kita menyaksikan betapa tragisnya nasib ribuan rakyat tidak berdosa di bumi Iraq dan Afghanistan, tiba-tiba pandangan mata kita dipindahkan sebentar ke tanah Lebanon. Para media begitu sibuk membuat liputan berkenaan dengannya. Berkenaan berita: "Hizbullah telah berperang dan berjaya menewaskan Tentera Israel!"
 
Benarkah ini????!
 
Dan dengan tersebarnya berita-berita tersebut juga, ramainya umat Islam tampil memberi sokongan, pujian, dan sorakkan sehingga menjulang/menyanjung tinggi kepada kumpulan yang menamakan dirinya sebagai Hizbullah tersebut. Malah ada yang menghulurkan dana bantuan demi mendukung perjuangan milik kumpulan Hizbullah ini. Soalnya, siapa sebenarnya kumpulan Hizbullah tersebut? Apa pegangan aqidahnya? Apa kaitannya dengan Islam? Siapa tokoh-tokoh mereka?
 
Kerana itulah, buku ini antaranya kami terbitkan bagi membuka mata anda agar mampu melihat hakikat sebenar siapa itu Hizbullah! Ia bukan hanya di Lebanon, tetapi telah juga tersebar ke semenanjung 'Arab lainnya. Siapakah mereka sebenarnya? Adakah anda telah mengenalinya? Apakah hubungan mereka dengan kumpulan Syi'ah si pembunuh dan merupakan musuh Ahlus Sunnah di Iran dan Iraq? Sudahkah anda mengenali perangkap serta muslihat mereka kepada umat Islam di seluruh dunia? Sudahkah anda mengenali sepak terajang mereka terhadap dunia Islam? Silakanlah buka dan baca buku ini dari lembaran demi lembarannya... Saksikanlah, adakah wajar kita meletakkan kekaguman kepada Kumpulan Hizbullah tersebut?

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net