Judul: Ringkasan Nailul Authar | Judul Asal ('Arab): Bustanul Ahbar Mukhtashar Nailul Authar | Penulis: Imam asy-Syaukani rahimahullah | Tahqiq/Peringkas: Syaikh Faishal B. 'Abdul 'Aziz Alu Mubarak | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 4.3kg | Muka Surat: 4 Jilid lengkap.
"Feqah telah dilunakkan untuk Syaikh al-Majd sebagaimana dilunakkannya besi untuk Daud." Demikian ungkapan Syaikh Ibnu Malik ketika mengulas buku Muntaqa al Akhbar buah karya Syaikh al-Majd (590-652H). Buku itu berisikan hadis-hadis hukum yang dihimpun dari pelbagai kitab hadis, terutamanya Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, Musnad Imam Ahmad, Jami' at-Tirmidzi, Sunan an-Nasa'i, Sunan Abi Daud, dan Sunan Ibni Majah di samping kitab-kitab hadis lainnya.
Kerana pengumpulan hadis-hadis dengan kombinasi judul bab yang sangat tepat dan lengkap, maka selama berabad-abad lamanya buku itu menjadi rujukan para ulama, terutama sekali ketika mencari dalil-dalil hukum. Kemudian buku ini disyarah, dijabarkan, atau diberi huraian oleh Imam asy-Syaukani rahimahullah (1172-1250H) sehingga menjadilah Nailul Authar. Buku ini pun diburu oleh ramai para penuntut ilmu kerana ia menghimpunkan kepelbagaian pendapat fiqh dari pelbagai pihak sekitar masalah-masalah hukum pada topik-topik yang disajikan pada buku Muntaqa al-Akhbar, sehingga nilainya pun semakin bertambah-tembah.
Setelah sekian ratus tahun lamanya Nailul Authar ikut menghiasi khazanah keilmuan kaum muslimin, dari semenjak pertama kali diterbitkan hingga sekarang, pelbagai pihak mengusulkan agar dibuatkan ringkasannya. Alhamdulillah, akhirnya buku ini pun diringkaskan oleh Syaikh Faishal bin 'Abdul 'Aziz Alu Mubarak menjadi Bustanul Ahbar Mukhtashar Nail Al-Authar, yang edisi terjemahannya kini diberi judul Ringkasan Nailul Authar.