Judul: Penjelasan Hadits-hadits Hukum Dari Kitab Umdatul Ahkam | Judul Asal ('Arab): Tanbihul Afham bi Syarah 'Umdatil Ahkam | Penulis: Syaikh Muhammad bin Soleh al-'Utsaimin rahimahullah | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 1.25kg | Muka Surat: 741m/s. (Hard Cover)
Dalam menjalani ajaran Islam, tentu kita perlu merujuk kepada hukum-hakam yang telah diturunkan oleh Pembuat Syariat, iaitu Allah 'Azza wa Jalla. Hukum-hukum ini telah disampaikan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam berupa al-Quran dan hadis-hadis yang kemudian dijelaskan oleh para ulamanya sehingga mampu difahami dan diamalkan oleh umat.
Sungguh amat berbeza orang-orang yang mengamalkan kehidupan dan agamanya dengan ilmu dan tanpa ilmu. Bukankah Allah telah berfirman: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar: 9)
Buku ini adalah penjelasan, syarah, dan huraian hadis-hadis yang terdapat dalam kitab "'Umdatul Ahkam min Kalam Khairil Anaam" karya Al-Hafiz Abu Muhammad 'Abdul Ghani B. 'Abdurrahman Al-Maqdisi yang disusun oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin rahimahullah. Kitab syarah ini padat berisi huraian penjelasan hadis-hadis hukum Islam bagi perbahasan Thaharah (bersuci), Solat, Zakat, Shaum, dan Ibadah Haji. Paparan yang tersusun tertib di dalamnya amat memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu dalam mencari dalil-dalil hukum. Penjelasan kosakata, asbabul wurud (sebab keluarnya hadis), disertakan biografi nama-nama yang disebut dalam hadis menambahkan lagi nilai istimewa buku ini, tidak sekadar terletak sebatas huraian hadis-hadisnya.
Semoga setelah membaca dan mengamalkan isi buku ini, pembaca dapat merasakan bertambahnya rasa khusyu' dalam beribadah seiring dengan bertambahnya pengetahuan terhadap dasar-dasar hukumnya. Selamat menela'ah.