Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Habbatus Sauda Cap Kurma Ajwa (210 Kapsul Serbuk)

Habbatus Sauda Cap Kurma Ajwa (210 Kapsul Serbuk)
Habbatus Sauda Cap Kurma Ajwa (210 Kapsul Serbuk) Habbatus Sauda Cap Kurma Ajwa (210 Kapsul Serbuk) Habbatus Sauda Cap Kurma Ajwa (210 Kapsul Serbuk)
Terbitan: Vicomas Internasional
Product Code: Habbatus Sauda (7(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14 x 6 x 6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM40.00

5 or more RM34.00
15 or more RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Item: Habbatus Sauda Cap Kurma Ajwa | Pengeluar: Vicomas Internasional | Jenama: Kurma ajwa | Berat: 0.4kg | Kandungan: 600mg x 210 Kapsul.


Habbatus Sauda atau jintan hitam telah sedia dikenali dan merupakan salah satu makanan yang telah disebutkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam yang mulia. Sekaligus ia merupakan salah satu makanan hasil produk herba yang dianjurkan oleh sunnah.
 
Mengamalkan pemakanan Habbatus Sauda antaranya melalui kajian yang dijalankan ia mampu meningkatkan daya tahan (immunisasi) tubuh, membantu mencegah pelbagai radang kepada sendi, melancarkan peredaran darah, merendahkan kadar serangan jantung serta gangguan radang ginjal, menstabilkan perjalanan dan penghadaman makanan dengan melancarkan proses enzim dalam tubuh. Ia juga mampu mengatasi dan mencegah keracunan bahan kimia asing dalam tubuh.
 
Kini jintan hitam atau habbatus Sauda ini telah dihancurkan dan dikapsulkan bagi memudahkan proses pemasaran dan memakannya. Setiap kapsul mengandungi 600mg habbatus sauda hancur. Setiap botol mengandungi 210 kapsul.
 
Sepintas Lalu Tentang Habbatus Sauda’
 
Di tengah-tengah menyebarnya kepelbagaian jenis penyakit, sebahagian kelompok manusia jenuh berusaha dan begitu optimistik terhadap kehebatan ubat-ubatan kimia buatan (berpandukan kajian). Sehingga muncullah pula pelbagai risiko dan kesan sampingan yang memudharatkan. Dan ini memang bukan suatu yang aneh, kerana kebanyakan ubat-ubatan kimia (synthetic medicine) di farmasi dan klinik atau hodpital adalah termasuk jenis-jenis bahan bersifat khamr (memabukkan) atau dari jenis dadah (drugs). Kos ubat-ubatan jenis ini juga bukanlah rendah.
 
Maka atas faktor tersebut antaranya, kini timbullah pula sebuah usaha untuk menggali rahsia perubatan berasaskan herba lagi alami (natural). Pelbagai kajian dan penelitian dijalankan bagi menyingkap kandungan dan rahsia di sebalik pelbagai tanaman herba. Salah satu jenis herba yang berjaya disingkap rahsia kehebatan dan keberkesanannya adalah Habbatus Sawda’ atau jintan/bijian hitam. Nama saintifiknya disebut sebagai Nigella sativa.
 
Tanaman ini sebenarnya memang telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak zaman peradaban Mesir kuno. Pada masa Islam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pula turut memberikan pengiktirafan bahawa Habbatus Sawda’ ini adalah merupakan ubat atau penawar (Syifaa’) bagi pelbagai jenis penyakit. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَلَيْكُمْ بِهَذِهِ الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ، فَإِنَّ فِيهَا شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ

“Gunakanlah oleh-mu Al-Habbatus Sawdaa’, kerana padanya mengandungi penawar dari segala penyakit, kecuali mati.” (Musnad Ahmad, no. 7287. Sunan at-Tirmidzi, no. 2041. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Dalam riwayat yang lain:

فِي الحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ

“Pada Al-Habbatus Sawdaa’ itu penawar dari segala penyakit kecuali mati.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5688)

Bertitik-tolak dari hadis-hadis ini, para ilmuan Islam sejak awal lagi telah mengambil berat tentang kewujudan dan keutamaan herba bernama Al-Habbatus Sawdaa’ ini.

Ini adalah kerana, Habbatus Sawdaa’ ini adalah sejenis herba yang mendapat pengiktirafan dan isyarat khusus dari wahyu Allah Ta’ala melalui Nabi-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Cuma sayangnya, amat sedikit sekali umat Islam yang menyedari dan mampu mengambil manfaat dari Habbatus Sawdaa’ saat ini, melainkan dari kalangan yang berilmu. Ini juga mungkin kesan dari tindakan mengabaikan dan melalaikan dari mempelajari hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Kini, setelah beberapa abad lamanya, barulah sedikit sebanyak maklumat-maklumat ini kembali dibangkitkan. Kajian-kajian dan penelitian-penelitian terkini dilakukan terhadap isyarat Nabawi tersebut. Akhirnya benar-benar para pengkaji telah menemukan dan membuktikan adanya khasiat kesembuhan di dalam biji-bijian Habbatus Saudaa’. Maka, terbuktilah mukjizat kesembuhan yang diperkatakan dan diisyaratkan oleh baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Demikianlah betapa agungnya maklumat-maklumat yang terkandung dalam wahyu Allah. Sesungguhnya Allah-lah yang menurunkan penyakit, dan Dia juga-lah yang menurunkan penawarnya. Di antaranya dengan Habbatus Sawda’ ini. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net