Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sembuh Dengan Satu Titik

Sembuh Dengan Satu Titik
Sembuh Dengan Satu Titik
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.6 x 14.1 x 1.3

ISBN: 9789793942919
Availability: In Stock
Price: RM29.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sembuh Dengan Satu Titik | Penulis: Dr. Wadda' A. Umar | Penerbit: al-Qowam | Berat: 400g | Muka Surat: 258m/s. (soft cover) | ISBN: 978-979-3942-91-9


Tahukah kalian bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

الشِّفَاءُ فِي ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ، وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ، وَكَيَّةِ نَارٍ، وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الكَيِّ

“Kesembuhan itu ada pada tiga perkara: Meminum madu, hirisan/sedutan alat bekam, dan kay (perubatan dengan besi panas). Namun aku melarang umat-ku dari berubat dengan kay.” (Shahih al-Bukhari, no. 5680)

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah bersabda:

خَيْرُ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ

“Sebaik-baik perubatan (perawatan) yang kalian gunakan adalah bekam.” (Musnad Ahmad, no. 12045. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dalam hadis yang lain, sabda beliau:

إِنَّ مِنْ خَيْرِ دَوَائِكُمُ الْحِجَامَةَ

“Sungguh dari jenis ubat yang baik bagi kalian adalah al-hijaamah (bekam).” (Musnad Ahmad, no. 20205)

Demikian hadis-hadis Nabi yang menunjukkan perbekaman adalah sebahagian dari kaedah perubatan yang mendapat anjuran dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara khusus.

Memasang gelas bekam, lalu mengeluarkan darah dari tubuh atau kulit seseorang pesakit bukan masalah yang rumit bagi kebanyakan orang! Tetapi, bukan hanya ini kepakaran yang diperlukan oleh juru bekam.

Banyak perspektif lain yang harus difahami dan dipelajari dalam waktu yang sama supaya seseorang mampu menjadi pakar dalam kaedah rawatan yang dicadangkan oleh Nabi sebagai salah satu konsep pengubatan terbaik ini.

Buku Sembuh dengan Satu Titik, yang ada di tangan anda ini antara rujukan yang baik dalam mendukung asas-asas keahlian dalam bidang rawatan perbekaman.

la membantu para pembaca untuk memahami tentang kaedah-kaedah perbekaman, metode menangani pesakit, dan bagaimana untuk menentukan titik-titik bekam yang efektif. Setiap jenis penyakit, diberikan cadangan penyelesaian titik-titik yang seharusnya dibekam.

Titik-titik bekam di bahagian dada dan perut, punggung, serta kepala dihuraikan beserta fungsi pengubatannya. Titik-titik bekam Nabi pun dipaparkan lengkap dengan fungsi pengubatan dan gambarnya. Yang lebih penting, melalui buku ini, Dr. Wada’ A. Umar rnenjelaskan bahawa ternyata satu titik bekam, dengan izin Allah, mampu menyembuhkan penyakit. Semoga, dengan menela’ah dan menelusuri buku ini, kita semua mampu memahami dan nanti mungkin mampu mempraktikkan terapi bekam secara benar dan profesional. Sekaligus mampu membantu diri kita, keluarga, dan orang-orang di sekeliling yang memerlukan.

Amat sayang kalau kaedah perubatan anjuran Nabi ini diabaikan dan tidak diambil manfaatnya oleh kalangan umat Islam hari ini. Sedangkan pelbagai jenis penyakit berbahaya mampu dipulihkan dengan bantuan rawatan perbekaman yang dilaksanakan berpandukan sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ini. Kosnya murah, selamat, tidak membebankan, dan sudah tentu berpahala kerana berusaha megikuti sunnah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net