Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Lum'atul I'tiqad karya Al-Imam Ibnu Qudamah [Syarah oleh 2 Ulama Besar Masa Kini]

Syarah Lum'atul I'tiqad karya Al-Imam Ibnu Qudamah [Syarah oleh 2 Ulama Besar Masa Kini]
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (7(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 3

ISBN: 9789791286145
Availability: In Stock
Price: RM70.00 RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Lum'atul I'tiqad | Judul Asal ('Arab): Syarhu Lum'atul I'tiqad Al-Hadi ila Sabilir Rosyad | Penulis: Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisy rahimahullah (Wafat: 629H) | Syarah: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-'Utsaimin dan Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan | Tahqiq: Dr. Asyraf bin 'Abdul Maqshud bin 'Abdurrahim | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 587m/s. | ISBN: 9789791286145


Buku ini adalah terjemahan dari kitab Lum'atul I'tiqod karya Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H) dengan syarah (penjelasan dan huraian) oleh Syaikh Muhammad bin Soleh Al-'Utsaimin rahimahullah dan Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah.

Ia adalah buah karya bernilai emas milik Al-Imam Ibnu Qudamah (Wafat: 629H) dengan judul Lum'atul I'tiqod Al-Haadii ilaa Sabilir Rosyad. Buku ini adalah antara deretan buku-buku aqidah yang amat penting karya para ulama ahlus sunnah wal-jama'ah di zaman salaf yang masyhur. Ianya membahas intisari aqidah Islam secara tuntas supaya umat Islam dapat memahami aqidah yang benar dan murni.

Kitab-kitab aqidah seumpama ini disusun oleh para salaf (ulama terdahulu) yang antaranya Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah adalah dalam rangka membezakan di antara i'tiqad sebenar ahlus sunnah wal-jama'ah dengan i'tiqad kaum sesat seperti muktazilah, Al-Asya'irah, khawarij, syi'ah, qadariyah, dan yang seangkatan dengannya. Sekaligus merupakan penegasan aqidah sebenar ahlus sunnah wal-jama'ah yang jelas berbeza dengan aqidah kaum yang menyimpang.

Di antara perbahasan yang terdapat dalam buku ini adalah penjelasan terkait asas-asas tauhid, penjelasan al-Asma' wa ash-Shifat Allah 'Azza wa Jalla, kaedah-kaedah memahaminya, methodologi ahlus sunnah dalam berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala, serta beberapa bantahan terhadap sebahagian kelompok yang menyimpang dalam persoalan ini.

Selain itu, turut dibahaskan melalui buku ini adalah soal Qadha dan Qadar, Takdir, iman itu perkataan dan amal, iman kepada Rasul, iman kepada azab kubur, fitnah kubur, hadis-hadis hari kebangkitan, al-hisab, al-mizan, ciri-ciri telaga, ciri-ciri titian/shirath, syafa'at, sifat-sifat syurga dan neraka, hak-hak nabi dan para sahabatnya, hukum mengkafirkan orang Islam atas alasan maksiat, hukum mencela para sahabat, hukum mentaati khilafah, hukum memulaukandan memboikot ahli bid'ah, tanda-tanda ahli bid'ah, seterusnya sehingga kepada perbahasan ringkas tentang ijma', taklid, dan mazhab.

Semoga kehadiran buku ini mampu menjadi tambahan ilmu yang membantu dalam memahami prinsip-prinsip penting aqidah Islam ahli sunnah dengan lebih mendalam lagi sekaligus mampu menjadi benteng penepis pelbagai syubhat berbahaya kerosakan tauhid yang terus menggila pada hari ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net