Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kriteria Busana Muslimah

Kriteria Busana Muslimah
Kriteria Busana Muslimah
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kriteria Busana Muslimah | Judul Asal ('Arab): Jilbab Al-Mar’atil MuslimahPenulis: Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 500g | Muka Surat: 319m/s. (Soft cover) | ISBN: 978-602-8062-596


Suburnya fenomena busana muslimah di kalangan kaum wanita pada hari ini, di Malaysia khasnya, seharusnya sama-sama kita syukuri. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disemak. Iaitu sama ada fenomena ini melonjak naik kerana mengikuti trend, populariti, mahu tampak mempersona, atau kerana mahu tunduk patuh mentaati perintah Allah Subhaanhu Taala? Yang keduanya, sejauh manakah kriteria busana muslimah yang disebut-sebut menjadi fenomena pada hari ini telah benar-benar menepati syariat Islam?

Oleh kerana itulah, buku ini hadir sebagai pedoman, pembimbing dan pembantu buat mereka yang memiliki semangat yang kuat, hati yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh mengikuti petunjuk wahyu dalam berpakaian, khasnya kaum wanita.

Buku yang ada di hadapan kita ini adalah buku yang membantu dalam menjelaskan secara sistematik, komprehensip, dan lengkap lagi terperinci tentang batasan-batasan, kriteria, serta disiplin adab-adab berpakaian kaum muslimah mencakupi bentuk, ukuran, tekstile, corak, warna, dan model yang sesuai dengan tuntutan dan tuntunan syari’at Islam yang agung demi menjaga martabat kaum wanita dan nilai-nilai kesopanan yang diredhai Allah Subhanahu wa Taala.

Setiap perbahasan yang dipaparkan dijelaskan dengan dalil-dalil yang meyakinkan lagi menguatkan setiap rincian dan kesimpulan. Dan ianya disusun oleh ulama hadis yang terkenal abad ini, yakni Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net