Judul: Kriteria Busana Muslimah | Judul Asal ('Arab): Jilbab Al-Mar’atil Muslimah | Penulis: Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 500g | Muka Surat: 319m/s. (Soft cover) | ISBN: 978-602-8062-596
Suburnya fenomena busana muslimah di kalangan kaum wanita pada hari ini, di Malaysia khasnya, seharusnya sama-sama kita syukuri. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disemak. Iaitu sama ada fenomena ini melonjak naik kerana mengikuti trend, populariti, mahu tampak mempersona, atau kerana mahu tunduk patuh mentaati perintah Allah Subhaanhu Ta’ala? Yang keduanya, sejauh manakah kriteria busana muslimah yang disebut-sebut menjadi fenomena pada hari ini telah benar-benar menepati syari’at Islam?
Oleh kerana itulah, buku ini hadir sebagai pedoman, pembimbing dan pembantu buat mereka yang memiliki semangat yang kuat, hati yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh mengikuti petunjuk wahyu dalam berpakaian, khasnya kaum wanita.
Buku yang ada di hadapan kita ini adalah buku yang membantu dalam menjelaskan secara sistematik, komprehensip, dan lengkap lagi terperinci tentang batasan-batasan, kriteria, serta disiplin adab-adab berpakaian kaum muslimah mencakupi bentuk, ukuran, tekstile, corak, warna, dan model yang sesuai dengan tuntutan dan tuntunan syari’at Islam yang agung demi menjaga martabat kaum wanita dan nilai-nilai kesopanan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Setiap perbahasan yang dipaparkan dijelaskan dengan dalil-dalil yang meyakinkan lagi menguatkan setiap rincian dan kesimpulan. Dan ianya disusun oleh ulama hadis yang terkenal abad ini, yakni Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah.
Semoga bermanfaat.