Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mereka Adalah Para Shahabiyah, Kisah-kisah Wanita Menakjubkan

Mereka Adalah Para Shahabiyah, Kisah-kisah Wanita Menakjubkan
Mereka Adalah Para Shahabiyah, Kisah-kisah Wanita Menakjubkan
Terbitan: Pustaka at-Tibyan
Product Code: Pustaka At-Tibyan
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM58.00 RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mereka Adalah Para Shahabiyah, Kisah-kisah Wanita Menakjubkan | Judul Asal ('Arab): Nisaa' Haular Rasuul | Penulis: Syaikh Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu Nashr asy-Syalabi | Penerbit: Pustaka at-Tibyan | Berat: 800g | Muka Surat: 368m/s (Hard cover).


Buku yang hadir untuk tatapan jiwa, peribadi dan pancarindera kita ini adalah sebuah buku yang mengisahkan tentang wanita-wanita agung yang keluar dengan cemerlang dari sebuah institusi yang tidak mungkin lagi ditemui pada hari ini. Iaitulah institusi di mana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah pendidik dan pembimbingnya. Kisah-kisah wanita agung bergelar Shahabiyah (para wanita yang sezaman, mengenali (bertemu), beriman dengan ajaran Rasulullah dengan baik, dan wafat dalam keadaan mukminah).

Buku ini memuatkan kisah-kisah wanita teladan dari generasi awal umat Islam yang penuh keimanan dan semangat cinta agama yang sangat tinggi. Kita akan melihat contoh-contoh yang sangat baik, mulia, meruntun jiwa lagi mengagumkan. Daripada merekalah lahirnya pejuang-pejuang Islam yang menjadi pewaris menyebarkan agama serta berjihad ke serata dunia sehingga risalah-risalah agama sampai kepada kita hari ini. Lihatlah bagaimana mereka menerima didikan Rasulullah dengan penuh tekun dan taat, lihat semangat mereka dalam mencintai Allah dan Rasul-Nya, bagaimana mereka menjaga diri dan kehormatan mereka, bagaimana mereka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak, seorang hamba Allah, dan sebagai seorang suami. Lihat pula usaha, pengorbanan, semangat dan perjuangan mereka dalam mengembangkan, menyebarkan dan mempertahankan agama. Semua itu adalah keteladanan yang sangat patut untuk kita semua ambil sebagai pedoman.

Buku ini hadir antaranya sebagai wadah motivasi para wanita dan pemuda di luar sana. Buku ini memaparkan kisah-kisah teladan menakjubkan. Buku ini membimbing kita bagaimana seharusnya membimbing seorang wanita dan bagaimana sifat-sifat wanita sebenarnya di sisi Islam itu sendiri. Buku ini dimulakan dengan melihat kedudukan wanita dari sudut pandang beberapa kelompok manusia seperti dari sudut pandang orang-orang Yunani kuno, Romawi, Parsi, China, Yahudi, India, Nashrani (Kristian), dan bangsa 'Arab Jahiliyyah.

Kemudian, buku ini memulai perbahasannya dengan menjelaskan bentuk penjagaan, kedudukan dan pemuliaan seorang wanita di sisi Islam. Dimulakan pula seterusnya dengan kisah-kisah Isteri Nabi kita dari kisah Khadijah binti Khuwalid, Saudah, 'Aisyah, Hafshah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Ramlah, Zainab, Shafiyyah, Juwairiyah, dan Maimunah.

Turut dimuatkan adalah bagaimana peribadi Rasulullah sebagai seorang suami yang ceria, berwibawa, dan setia. Diikuti pula dengan kisah puteri-puteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dimuatkan pula berkenaan peribadi Rasulullah sebagai seorang ayah dan datuk. Kemudian, kisah-kisah mereka diteruskan dengan kisah para shahabiyah yang utama seperti Asma' binti Abu Bakr, Fathimah, Ummu Kultsum, Sumayyah, Ummu Sulaim, Ummu Waraqah, Asy-Syifa' binti Al-Harith, Ummu Hakim, Ummu Fadhl dan ramai lagi lainnya.

Dan buku ini kemudiannya diakhiri dengan tanggungjawab para wanita terhadap diri, agama, keluarga dan masyarakat. Kemudian diikuti dengan bentuk-bentuk serangan para orientalis dan musuh-musuh Islam terhadap para wanita masa kini. Yang terakhir sekali turut dimuatkan adalah pandangan sebenar Islam terhadap isu poligami yang sering menimbulkan kontroversi, penceraian, dan kedudukan wanita di sisi kaum lelaki.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net