Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fiqih Zakat Kontemporer

Fiqih Zakat Kontemporer
Fiqih Zakat Kontemporer
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM42.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fiqih Zakat Kontemporer | Judul Asal ('Arab): Fataawa fii Ahkaamiz Zakaah | Penulis: Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 700g | Muka Surat: 429m/s.


Islam dibina di atas lima rukun, salah satunya adalah kewajiban mengeluarkan zakat. Di samping itu, ia juga menjadi wahana untuk menumbuhkan sikap prihatian di antara satu sama lain.
 
Antara lain hikmah pengeluaran zakat adalah keupayaannya untuk menguatkan ikatan kasih-sayang di antara yang kaya dengan yang miskin, kerana jiwa itu difitrahkan untuk mencintai sesiapa yang berbuat baik kepadanya.
 
Zakat akan membersihkan dan menyucikan jiwa serta menjauhkannya dari sifat yang tercela. Ia akan membiasakan seorang muslim memiliki sifat dermawan, pemurah, dan lemah lembut kepada orang yang memerlukannya. Zakat juga akan mendatangkan keberkahan, tambahan dan pengganti. Ini sebagaimana maksud firman Allah Ta'ala, "Apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya. Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." (Surah Saba’, 34: 29)
 
Zakat adalah hak Allah, sehingga ia tidak boleh diberikan melainkan kepada orang-orang telah ditetapkan oleh-Nya sebagai yang berhak menerimanya. Adalah kewajiban atas setiap muslim untuk memberikan zakatnya kepada yang berhak menerimanya bersesuaian dengan tuntunan yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedemikian penting urusan zakat dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim, maka kita tidak boleh sama sekali mengabaikannya.
 
Namun, masih ramai di antara kaum muslimin yang belum mengerti seluk-belok zakat sebagaimana yang digariskan oleh syari’at. Banyak pertanyaan yang masih sering mengusik benak dan fikiran.
 
Tidak perlu bimbang, buku “Fiqih Zakat Kontemporari” ini hadir untuk membimbing anda dalam menunaikan zakat berdasarkan petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Buku ini merupakan himpunan fatwa dan soal jawab dengan seorang ulama yang tidak perlu diragukan tentang kapasiti keilmuan serta integritinya, iaitu Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net