Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fathul Majid Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid

Fathul Majid Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid
Fathul Majid Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid Fathul Majid Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (7(6))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM110.00 RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fathul Majid Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid | Judul Asal ('Arab): Fathul Majid Syarh Kitabit Tauhid | Penulis: Syaikh 'Abdurrahman bin Hasan Alu Asy-Syaikh | Takhrij: Syaikh Furaih bin Shalih Al-Bahlal | Penerbit: Darul Haq | Berat: 2.1kg | Muka Surat: 1300m/s. (Hard cover)


Tidak asing lagi kalimah Laa Ilaaha Illallah bagi kita selaku umat Islam. Namun, mengenal kalimat tersebut dengan sebatas lafaz sahaja tidaklah memadai. Kalimat tauhid ini harus difahami berserta dengan makna, rukun-rukunnya, dan tuntutannya.

Masih ramai yang tidak mengerti tuntutan kalimat tersebut dengan benar, sehingga ramai yang mengucapkannya sedang dalam masa sama masih tetap bergelumang dengan pelbagai jenis kesyirikan. Inilah yang sangat dikesalkan dan sangat dibimbangi, sedang tauhid adalah semulia-mulia tujuan dan sebesar-besar perkara. Tauhid yang murni adalah syarat sahnya segala jenis amalan. Tanpa tauhid yang benar, amalan akan menjadi sia-sia dan tertolak. Bahkan tauhid adalah anak kunci ke syurga! Di akhirat kelak Allah akan mengampuni para hamba yang datang kepada-Nya dengan membawa pelbagai dosa-dosa walaupun dosa-dosa tersebut sebesar dunia dan seisinya, namun Allah tidak mengampuni dosa syirik!

InsyaAllah, kitab ini adalah antara yang terbaik dalam membahaskan persoalan syirik dan cara menangkisnya, lengkap dan menyeluruh berserta dengan dalil-dalil yang ilmiyah sebagai penjelasan buat kita semua. Ketahuilah bahawa dosa-dosa syirik adalah suatu bentuk kesalahan paling besar di sisi Allah dan tidak akan diampunkan oleh-Nya sekiranya tidak bertaubat sehingga mati. Ancaman Allah begitu besar sekali terhadap pelaku syirik. Maka, wajarlah kita menjauhinya dengan mengenali perangkap-perangkapnya dengan sungguh-sungguh seraya menjauhinya sedaya-upaya kita agar kita sekali-kali tidak terjebak ke dalamnya.

Kitab Fathul Majid ini merupakan sebuah kitab yang disusun sebagai sebuah Syarah (huraian dan penjelasan lengkap) kepada Kitab Tauhid susunan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab rahimahullah. Sebuah kitab yang begitu baik di dalam membahaskan kepentingan tauhid yang bersih murni dari kepelbagaian bentuk syirik yang membahayakan dan membinasakan. Segala bentuk dasar kesyirikan diperbincangkan melalui kitab ini dengan begitu terperinci lagi mendalam.

Semoga bermanfaat buat semua.

Keistimewaan edisi Terjemahan/Terbitan ini adalah:

1 - Disertakan matan (teks) lengkap Kitab At-Tauhid Alladzi Huwa Haqqullah 'Ala al-Abid, susunan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab.

2 - Fathul Majid, syarah kepada kitab At-Tauhid.

3 - diberikan ta'liq dan hasyiah (komentar dan penjelasan tambahan) oleh Syaikh Muhammad Hamid Al-Faqi, di mana sebahagian besar dari ta'liq beliau tersebut beliau ambil dari Qurrah al-Uyun al-Muwahhidun, hasil karya penulis Fathul Majid sendiri.

4 - Ta'liq ini kemudian dimuraja'ah (disemak/diulangkaji) oleh Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz dan beliau memberikan catatan dan komentar yang sangat penting kepada beberapa masalah penting.

5 - Hadis-hadis di dalam Kitab at-Tauhid ini ditakhrij berpandukan kepada banyak sumber.

6 - Editor (Penerbit Pustaka Sahifa) melengkapkan kitab ini dengan risalah Takhrij Ahadis Muntaqadah fi Kitab at-Tauhid, karya Syaikh Furaih bin Soleh Al-Bahlal, yang merupakan takhrij pembelaan ke atas sejumlah hadis di dalam Kitab At-Tauhid yang dipertikaikan oleh sebahagian kelompok manusia.

7 - Buku ini dilengkapi dengan daftar istilah ilmiyah, lengkap dengan makna dan definisinya.

8 - Disertakan dengan biografi Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net