Judul: Tarbiyatul Abna’, Bagaimana Nabi Mendidik Anak | Judul Asal (‘Arab): Fiqh Tarbiyatil Abna’ wa Tha’ifatu min Nashaa’ihil Athibba’ | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Musthofa Al-‘Adawi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Syarah & Penjelasan: Penulis| Penterjemah: Ustaz Ahmad Hamdani bin Muslim | Penerbit: Media Hidayah | Berat: 0.55kg | Muka Surat: 392m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.8cm (tinggi) x 14.2cm (lebar) x 1.8cm (tebal) | ISBN: - |
Buku ini diterjemahkan dari kitab asal berjudul Fiqh Tabiyah Al-Abna’ wa Thaifah min Nashaa’ihi Al-Athibba’i, karya Syaikh Musthofa Al-‘Adawi. Buku ini menghimpunkan sebuah perbahasan komprehensif yang sangat penting dan bermanfaat terkait hal-ehwal pendidikan anak-anak bersesuaian kaedah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kaedah-kaedah tersebut mencakup bimbingan dari sudut aqidah, fiqh, adab, dan akhlak.
Kaedah-kaedah dan huraian syarahnya disusun dengan ilmiyah dilengkapi dalil-dalil Al-Qur’an, hadis-hadis (sunnah) yang sahih, diikuti petunjuk (atsar) para Sahabat, Tabi’in, dan fatwa-fatwa para ulama yang mengikuti jejak salafush Shalih.
Semoga dengan kehadiran buku ini, akan dapat membantu para pembaca khasnya para ibu bapa dalam membuat perancangan dan menyusun langkah mendidik anak-anak tercinta. Buku ini turut dilengkapi dengan untaian-untaian nasihat daripada para pakar di dalam bidang kesihatan yang khusus ditujukan untuk para ibu sebagai bimbingan menjaga kesihatan dan membentuk tumbesaran anak-anak.
Secara ringkas, antara yang dimuatkan dalam buku ini adalah seperti:
:: Memahami bahawa hanya Allah satu-satunya yang Maha Memberikan Hidayah.
:: Doa-doa para Nabi dalam rangka mendapatkan zuriat yang soleh/solehah.
:: Adab-adab dalam berdoa.
:: Faktor-faktor kebaikan dan tingkah-laku ibu bapa memberi kesan kepada anak-anak.
:: Doa-doa perlindungan di saat sebelum anak dilahirkan dan sebaik anak dilahirkan.
:: Persediaan menimang cahaya mata diikuti adab-adab dan fiqh menerima kelahiran cahaya mata yang baru.
:: Canda dan kasih-sayang Rasulullah terhadap anak-anak.
:: Memanfaatkan waktu untuk bermain bersama anak-anak.
:: Mendidik anak-anak untuk berbuat taat.
:: Mendidik anak dengan ucapan salam.
:: Mendidik anak-anak bersifat pemurah.
:: Mendidik sifat rasa cinta, kasih, adab, diikuti pendidikan pendidikan untuk bersikap tegas dan saksama.
:: Kepentingan sikap wibawa para ibu bapa di hadapan anak-anak.
:: Hal-hal yang mempengaruhi pendidikan anak.
:: Menerapkan rukun iman dan rukun Islam terhadap anak-anak.
:: Memahami nasihat Luqman kepada anaknya sebagaimana yang dikisahkan di dalam al-Qur’an.
:: Mendekatkan dan menerapkan pendidikan Al-Qur’an kepada anak-anak.
:: Mengajari anak-anak dengan kisah-kisah dalam Al-Qur’an.
:: Mendidik anak-anak untuk bersikap wara’ dan meninggalkan hal-hal yang diharamkan.
:: Anak-anak dan pakaian.
:: Anak-anak dan pernikahan.
:: Hati-hati terhadap ujian anak-anak dalam kehidupan dan agama.
:: Memahami faktor kesihatan dan perkembangan anak-anak.
Semoga bermanfaat.