Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Jilbab Wanita Muslimah

Jilbab Wanita Muslimah
Jilbab Wanita Muslimah
Terbitan: Pustaka at-Tibyan
Product Code: Pustaka At-Tibyan
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM24.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Jilbab Wanita Muslimah | Judul Asal ('Arab): Jilbab Al-Mar'atil Muslimah | Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Pustaka Imam As-Tibyan | Berat: 300g | Muka Surat: 211m/s.


Suburnya fenomena busana muslimah di kalangan kaum wanita pada hari ini, di Malaysia khasnya, seharusnya sama-sama kita syukuri. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disemak. Iaitu sama ada fenomena ini melonjak naik kerana mengikuti trend, populariti, atau tunduk patuh kepada perintah Allah Ta'ala? Yang keduanya, sejauh makanah kriteria busana muslimah yang disebut-sebut menjadi fenomena pada hari ini telah benar-benar menepati syari'at dan tuntutan Islam?
 
Oleh kerana itulah, buku ini hadir sebagai pembimbing dan pembantu buat mereka yang memiliki semangat yang kuat, hati yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh mengikuti petunjuk wahyu dalam berpakaian, khasnya kaum wanita.
 
Buku yang ada di hadapan kita ini adalah buku yang membantu dalam menjelaskan secara sistematik, komprehensip, dan lengkap lagi terperinci tentang batasan-batasan, kriteria, serta standard adab berpakaian kaum muslimah mencakupi bentuk, ukuran, tekstile, corak, warna, dan model yang sesuai dengan tuntutan dan tuntunan syari’at Islam yang agung demi menjaga martabat kaum wanita dan nilai-nilai kesopanan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala.
 
Buku ini mampu menjadi pembimbing yang baik bagi kaum wanita yang benar-benar ikhlas inginkan diri dan auratnya sentiasa terjaga rapi dari pandangan orang yang tidak halal dan dalam masa sama ikhlas mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Fahamilah bahawa menutup aurat itu bukan sekadar membungkus dan membaluti tubuh dengan kain-kain tertentu, tetapi ia lebih luas dari itu. Malah perlu diteliti baik-baik bahawa membalut atau membungkus tubuh itu berbeza dengan menutup aurat. Sama-sama kita fahami lebih lanjut lagi melalui buku ini, insyaAllah...
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net