Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Meneladani Rasulullah Dalam Berpuasa dan Berhari Raya

Meneladani Rasulullah Dalam Berpuasa dan Berhari Raya
Meneladani Rasulullah Dalam Berpuasa dan Berhari Raya
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 15 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM28.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Meneladani Rasulullah Dalam Berpuasa dan Berhari Raya | Judul Asal ('Arab): Shifatush shaum Nabi fii Ramadhan, Ahkamul 'Iedain fis Sunnatil Muthahharah | Penulis: Salim bin 'Ied Al-Hilali dan 'Ali bin Hasan Al-Halabi | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 360g | Muka Surat: 271m/s.


Betapa terujanya umat Islam dalam menyambut datangnya bulan Ramadhan dan Hari Raya ‘Iedul Fithri serta ‘Iedul ‘Adh-ha sememangnya wajar disyukuri.

Namun demikian, yang perlu diperhalusi daripada mereka adalah munculnya sikap, sambutan, kebiasaan, dan amalan yang dilakukan pada hari-hari tersebut yang jauh dari realiti/hakikat sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sehingga menjadikan sebahagiannya bertentangan pula dengan ajaran Islam yang sebenar.

Umumnya, mereka melakukan semua itu semata-mata kerana mengikuti tradisi dan prasangka (anggapan baik dan ikut-ikutan). Padahal, apa yang wajar dalam setiap urusan ibadah kepada Allah adalah kita wajib mengikuti contoh dan teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dengan menelusuri keteladanan beliau tersebut barulah kita akan dapat memahami hakikat puasa dan hari raya yang sebenar. Kerana pensyari’atan puasa dan hari raya itu adalah berdasarkan agama, datang dari wahyu sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Buku di hadapan kita ini mengupas pelbagai persoalan Ramadhan, praktikal puasa, dan Hari Raya menurut kacamata syari’at Islam. Perbahasannya disajikan secara ilmiyah dengan sumber rujukan secara langsung lagi murni dari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan kefahaman para salaf, lengkap dengan bukti rujukan kitab-kitab muktabar generasi salaf.

Sebagaimana judulnya, buku ini mengajak kita untuk meneladani Rasulullah dalam berpuasa pada bulan Ramadhan, menyambut kedatangannya, dan menghidupkannya dengan ibadah-ibadah yang dicontohkan dan ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Demikian pula, kita diajak untuk menyambut Hari Raya dan merayakannya bersesuaian dengan sunnah-sunnah beliau.

Di antara yang dibahaskan melalui buku ini adalah Keutamaan Puasa dan bulan Ramadhan, sunnah-sunnah dalam berbuka dan bersahur, hukum-hakam puasa, menyambut ramadhan menurut As-Sunnah, niat puasa, perkara yang perlu ditinggalkan ketika berpuasa, persoalan imsak dan sahur, rukhsah bagi orang yang bermusafir dan sakit, perkara-perkara yang sahih dapat membatalkan puasa, qadha’ puasa, kaffarat, diyat/denda, lailatul Qadr, I’tikaf, solat tarawih, hadis-hadis dhaif yang banyak tersebar dalam masyarakat, hari raya sebagai rahmat, mendengar nyanyian anak-anak kecil di hari raya, berhias di hari raya, sunnah-sunnah menuju tempat solat hari raya, lafaz-lafaz takbir hari raya sebagaimana yang diamalkan oleh para salaf, tokok-tambah dalam hari raya (bid’ah), tata-cara solat ‘Ied yang sahih dari Nabi, khutbah hari raya, bagaimana sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat, haiwan korban, dan beberapa lagi yang lain. Semuanya dibentangkan secara ilmiyah.

Keistimewaan buku ini terletak pada kesimpulan setiap hukum dan fiqh yang dibahaskannya yang sangat jelas mendahulukan petunjuk dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah serta ijma’ (kesepakatan) para Sahabat Nabi. Buku ini mengajak para pembaca membebaskan diri dari belenggu taksub kepada adat dan budaya yang tiada kena mengena dengan agama. Di dalamnya penulis juga menambahkan perbahasan tentang hadis-hadis dhaif yang tersebar pada bulan Ramadhan serta memaparkan kebiasaan-kebiasaan masyarakat yang menyimpang yang terjadi pada Hari Raya.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net