Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Doa & Wirid Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir

Doa & Wirid Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir
Doa & Wirid Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir Doa & Wirid Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir Doa & Wirid Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir Doa & Wirid Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir Doa & Wirid Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir Doa & Wirid Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir Doa & Wirid Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir Doa & Wirid Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20 x 12 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM48.00 RM43.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Doa & Wirid, Disertakan Doa-doa Mengubati Guna-guna dan Sihir Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Al-Ustaz Yazid bin Abdul qAdir Jawas | Ta’liq/Syarah: Penyusun | Tahqiq/Takhrij hadits: Penyusun | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 600g | Muka Surat: 566m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 19.5cm (tinggi) x 11.5cm (lebar) x 2.9cm (tebal) | ISBN: 978-979-3536-18-7 |


Doa, wirid, dan dzikir-dzikir adalah ibadah yang agung. Ia adalah ibadah sekaligus tanda pengagungan dan pengabdian yang tulus kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Setiap orang pasti memerlukannya di pelbagai ketika dan keadaan, sama ada dalam rangka ibadah dan taqarrub mahupun dalam rangka mencari kemaslahatan yakni dalam rangka memohon sesuatu yang diperlukan (dalam kehidupan dunianya mahupun akhiratnya), dalam rangka menolak sesuatu yang tidak disukai, ataupun dalam rangka meraih sesuatu yang disenangi.

Pada hakikatnya kualiti doa dan dzikir yang dipanjatkan tidak hanya bergantung pada letak kesungguhan, tatacara, waktu, serta keikhlasan orang yang mengucapkannya, tetapi juga terikat dengan kaifiyat dan lafaz-lafaznya, apakah bersuaian dengan Sunnah atau tidak? Kemudian disemak pula jangan sampai adanya faktor-faktor penghalang yang menyebabkan doa yang dipohon tertolak.

Di antara yang menjadi sebab terhalangnya doa adalah:

> Mengabaikan petunjuk dari sunnah.

> Makan dan minum dari sumber yang haram.

> Tergesa-gesa dan cepat berputus-asa dalam berdoa.

> Melakukan maksiat dan apa yang diharamkan Allah.

> Meninggalkan kewajiban yang telah Allah wajibkan.

> Berdoa yang isinya mengandungi perbuatan dosa atau memutuskan silaturahm.

> Sambil-lewa dan tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa.

> Lalai dan dikuasai oleh hawa nafsu.

Sebuah doa akan dikabulkan apabila dilakukan dengan tata cara yang benar, di waktu-waktu yang tepat, dan sudah tentu dengan mendahulukan lafaz-lafaz doa dan dzikir-dzikir dari Al-Qur’an & As-Sunnah.

Yang diperintahkan bagi seorang Muslim adalah berdoa dan berdzikir kepada Allah bersesuaian dengan apa yang disyari’atkan agama, yakni antaranya berdoa dan berdzikir kepada Allah dengan doa-doa atau dzikir-dzikir yang ma’tsur yang sahih yang datang dari Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam.

Kerana itu wajib bagi seorang Muslim mengikuti (ittiba’) dengan apa-apa yang telah disyari’atkan oleh Allah dan apa-apa yang telah dicontohkan oleh Nabi-Nya.

Buku ini akan membimbing para pembaca agar dapat berdoa dengan tata cara yang disunnahkan, dan berdoa serta berdzikir dengan doa dan dzikir-dzikir yang sahih dari petunjuk Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Apabila kita telah melaksanakan semua ini dengan benar, sama ada doa tersebut diperkenankan atau tidak, maka Allah pasti akan tetap memberikan ganjaran dan balasan yang besar buat yang terus dan terus berdoa tanpa putus-asa. Kerana tsabit dalam Al-Qur’an dan hadis bahawa Doa itu adalah ibadah, dan doa itu adalah tauhid yang menjadi bukti syukur dan tulus seseorang hamba terhadap Rabb-nya.

Bagi seseorang yang tidak putus-asa dalam berdoa, baginya salah satu dari tiga tawaran (sebagaimana sahih disebutkan dalam sebahagian hadis); (yakni) doanya akan segera dikabulkan pada waktu yang sesuai, atau doanya akan menjadi benteng dari keburukan yang bersesuaian dengan kadar doanya, atau doanya akan disimpan lalu menjadi ganjaran besar yang akan dikurniakan ketika di akhirat nanti.

Dan semoga buku ini dapat menjadi pemangkin buat para pembaca agar tetap bersemangat dalam berdoa dan berdzikir sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul-Nya, serta bersemangat dalam mengamalkan doa-doa dan dzikir-dzikir yang sahih dari Al-Qur’an dan Al-Hadits.

Setiap doa dan dzikir-dzikir yang dipaparkan melalui buku ini telah dipastikan keabsahannya dan telah disertakan pula sumber rujukannya yang autentik dari kitab-kitab hadis yang muktabar. Fadhilat-fadhilat serta keutamaan doa dan dzikir tersebut juga turut disebutkan sebagaimana yang dinyatakan oleh dalil.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net