Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah (Al-'Awaashim minal Qowaashim)

Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah (Al-'Awaashim minal Qowaashim)
Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah (Al-'Awaashim minal Qowaashim)
Terbitan: Pustaka Sahifa
Product Code: Pustaka Sahifa (11/6)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 3

ISBN: 9789791286138
Availability: In Stock
Price: RM44.00 RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah | Judul Asal ('Arab): Al-'Awaashim minal Qowaashim, fii Tahqiiq Mawaaqif Ash-Shohaabah Ba'da Wafaat NabiPenulis: Imam Al-Qadhi Abu Bakar Ibnul 'Arabi rahimahullah (Wafat: 543H) | Tahqiq & Ta'liq: Asy-Syaikh Muhibbuddin Al-Khatib, Prof. Dr. Mahmud Al-Istambuli, dan Al-Maktab As-Salafi | Penerbit: Pustaka Sahifa | Berat: 0.9kg | Muka Surat: 409m/s. (Soft cover) | ISBN: 9789791286138


Sebuah nama yang telah menjadikan sejarah Islam suram dan bergolak, 'Abdullah bin Saba' (Ibnu Saba’), seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam dengan tujuan untuk merosakkan Islam dari dalam, sebagaimana agama Nashrani juga pernah dimasuki oleh seorang Yahudi yang berpura-pura menjadi Nashrani.

Lelaki yang sangat keji ini bergerak dalam kegelapan (secara rahsia), bertindak mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang jahil ke tengah-tengah kaum Muslimin. Mereka inilah yang menabur fitnah kebencian dan pemberontakan ke atas khalifah 'Utsman bin 'Affan radhiyallahu 'anhu. Akhirnya hasil perancangan Ibnu Saba' inilah Khalifah 'Utsman telah dibunuh secara zalim dan keji.

Dalam kekecohan yang terjadi di antara para sahabat besar dan utama: 'Ali bin Abi Tholib, 'Aisyah, Az-Zubair bin Al-Awwam, dan Thalhah bin Ubaidillah (radhiyallahu 'anhum); si Yahudi dan kelompoknya ini jugalah di antara yang mengobarkan api peperangan dan pertelingkahan di antara mereka. Begitu juga dalam perselisihan yang berlaku di antara khalifah 'Ali radhiallahu 'anhu dengan Mu'awiyah radhiallahu 'anhu yang telah banyak mengorbankan banyak nyawa kaum Muslimin, manusia durjana ini dan para pengikutnyalah yang telah sekali lagi berada di sebalik peristiwa itu.

Semua ini adalah kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala, untuk suatu hikmah yang hanya diketahui oleh-Nya.

Di dalam agama Nashrani, mereka telah dipecahkan kepada kelompok-kelompok yang banyak. Demikian pulalah yang terjadi di dalam kalangan kaum muslimin, mereka berusaha memecah-belahkan kesatuan kaum muslimin sebagaimana mereka telah berjaya memecah-belahkan agama Nashrani. Disebabkan fitnah-fitnah mereka reka dan kobarkan ini, kaum muslimin akhirnya terpecah menjadi beberapa firqah dan kelompok; antaranya muncul kelompok Syi'ah, Khawarij, Qadariyyah, Tarekat, dan yang lainnya. Namun, mereka yang tetap teguh berpegang dengan prinsip yang benar dan sentiasa menyemak fakta dengan methodologi yang sahih, mereka tidak akan mampu diperkotak-katikkan!

Maka, inilah di antara fokus buku ini. Penulis tampil ke tengah-tengah kaum Muslimin dengan karya yang ilmiyah bagi menjernihkan keadaan dan membersihkan pelbagai salah-faham terhadap sejarah para sahabat yang diputar-belitkan oleh musuh-musuh dalam selimut tersebut, penulis berusaha meluruskan catatan sejarah tentang pertikaian dan fitnah yang telah terjadi sejak kewafatan Rasullullah Shalallahu 'alaihi was Salam sehingga ke era Bani 'Umayyah.

Buku ini ditulis oleh seorang ulama dan imam besar kaum Muslimin bernama Al-Imam Al-Qadhi Abu Bakr atau lebih dikenali sebagai Al-Imam Ibnul 'Arabi (Wafat: 543H) untuk menjelaskan sifat-sifat kemuliaan yang dimiliki oleh para sahabat Rasulullah dan menyingkap apa yang disusupkan (berupa pembohongan pelbagai fakta dan sejarah) ke atas para sahabat Nabi yang mulia.

AI-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi Al-Maliki rahimahullah, penulis Al-'Awashim min al-Qawashim ini adalah salah seorang imam kaum Muslimin. Di antara fuqaha' (ulama fiqh) dalam mazhab Imam Malik yang pelbagai pendapat-pendapatnya menjadi rujukan dan pegangan serta teladan bagi mereka. Beliau adalah salah seorang guru kepada Al-Qadhi 'Iyadh rahimahullah (yang merupakan seorang Qadhi/imam besar juga), penulis kitab Asy-Syifa' fi at-Ta’rif bi Huquq Al-Musthofa, juga salah seorang Syaikh (guru) kepada Ibnu Rusyd rahimahullah seorang ulama dan ahli fiqh, ayah Abu Al-Walid.

Bukunya Al-'Awashim min Al-Qawashim ini adalah di karya terbaiknya dan sentiasa menjadi rujukan kelompok kebenaran dan membuat gusar pihak musuh (ahli bid'ah), sekaligus merupakan anugerah Allah yang membersihkan pelbagai salah faham dalam sejarah umat Islam terutamanya dalam memahami peristiwa pertelingkahan para sahabat yang terjadi disebabkan oleh angkara Yahudi dan kaum Syi'ah. Beliau menulisnya pada tahun 536H, pada ketika beliau berada dalam fasa kematangan yang sempurna setelah kota-kota besar dibanjiri oleh karya-karyanya dan anak-anak muridnya yang menjadi imam yang dicontohi di zamannya.
.

- Sinopsis disediakan oleh Atsar Online Bookstore - 

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net