Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Subulus Salam Syarah Bulughul Maram

Subulus Salam Syarah Bulughul Maram
Subulus Salam Syarah Bulughul Maram
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 0

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM260.00 RM180.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Subulus Salam Syarah Bulughul Maram | Judul Asal ('Arab): Subulus Salam Syarah Bulughul Maram | Penulis: Imam Muhammad bin Ismai'il Ash-Shan'ani | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 5.4kg | Muka Surat: 3 Jilid lengkap (Hard cover)


Kitab Subulus Salam merupakan sebuah karya besar daripada imam Ash-Shan’ani rahimahullah. Kitab ini merupakan syarah (huraian dan penjelasan hadis) dari kitab Bulughul Maram karya Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah yang mengumpulkan hadis-hadis berkaitan hukum-hakam (fiqh). Kitab Subulus Salam sangat masyhur di kalangan umat Islam daripada pelbagai mazhab dan golongan, kerana rangkuman kandungannya berkenaan hadis-hadis hukum-ahkam yang sangat-sangat diperlukan umat Islam untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan. Ia merupakan di antara salah satu khazanah fiqh Islam yang amat penting bukan sahaja kepada para pengkaji, tetapi juga kepada para penuntut ilmu dan golongan awam sama ada sebagai salah satu set buku atau kitab yang dipelajari atau sebagai koleksi rujukan.
 
Di antara kelebihan kitab ini di samping membawakan kepada anda perbahasan yang baik, sistematik, gaya penulisannnya dan olahannya yang sempurna, ia turut dilengkapi dengan takhrij hadis berdasarkan takhrij yang dilakukan oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah. Ini bertujuan supaya kita tidak ragu-ragu lagi dengan status hadis-hadis yang dikemukakan oleh buku ini selain memudahkan rujukkan atau semakkan.
 
Kandungan mengikut jilid:
 
Jilid 1 – Kitab Thaharah (bab air, bejana, kaedah menghilangkan najis, bab wudhu', bab mengusap khuf, adab buang air, hukum mandi, tayammum, haidh. Kitab Solah (waktu-waktu solat, azan, syarat-syarat solat, sutrah, bab masjid, sifat-sifat solat, pelbagai solat-solat sunnah, hukum musafir, solat Juma'at, dan bab pakaian). & Kitab Jenazah.
 
Jilid 2 – Kitab Zakat (zakat fitrah, sedekah, pembahagian zakat). Kitab Puasa, Kitab Haji, Kitab Jual Beli (persoalan khiyar, riba', pinjaman, perjanjian, hutang, ghasab, wakaf, hibah, syuf'ah, sewaan, belian, fara'aidh, wasiat, wadi'ah). Kitab Nikah (kafa'ah dan memilih, pergaulan suami isteri, maskahwin, walimah, pembahagian giliran isteri, khulu').
 
Jilid 3 – Kitab Thalaq, Kitab Rujuk (ila', zhihar, kaffarat, li'an, iddah dan ihdad, penyusuan, nafkah, asuhan. Kitab Jenayah (dendan, menuntut darah dan sumpah, memerangi pemberontak, memerangi pelaku kejahatan, memburu orang murtad). Kitab hudud (hukuman pelaku zina, penuduh zina, hukum pencuri, hukum peminum arak). Kitab Jihad (bab jizyah, gencatan senjata, hukum pertandingan dan memanah). Kitab Sumpah & Nadzar. Kitab Qadha (bab syahadah, ad-Da'awi (ancaman), dan bayyinat (bukti)). Kitab al-Itq' (memerdekakan hamba, mudabbar, mukatab, dan ummu walad). Kitab al-Jami’ (bab etika, al-birru, shilah, zuhud, wara', peringatan terhadap akhlak tercela, anjuran berakhlak mulia, bab dzikir dan doa).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net