Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Putih Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani

Buku Putih Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Putih Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani | Judul Asal ('Arab): Asy-Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani Wa Arauhu Al-I'tiqadiyah wa Ash-Shufiyah | Penulis: Dr. Sa'id B. Musfir Al-Qahthani | Penerbit: Darul Falah | Berat: 900g | Muka Surat: 545m/s.


Syaikh 'Abdul Qadir al-Jailani merupakan seorang ulama yang sangat terkenal namanya, khususnya di kalangan ahli tarekat atau kelompok pengamal sufi tasawuf. Di luar kalangan ahli tarekat pun namanya sangat harum disebut-sebut. Kebanyakan ulama yang hidup sezaman turut berguru dan menghadiri kuliah-kuliahnya. Hal ini menjelaskan dan menggambarkan serba sedikit betapa besarnya keilmuan beliau.
 
Beliau terkenal dengan akhlaknya yang sangat mulia. Seorang yang zuhud dan ahli ibadah. Beliau juga terkenal dengan kefasihannya, hujah-hujahnya yang kuat, kata-katanya yang menyentuh kalbu. Sehingga ramai orang yang bertaubat setelah mendengar khutbah beliau.
 
Terdapat beberapa karamah pada dirinya sebagaimana yang diakui sendiri oleh beberapa ulama besar ahli sunnah terpercaya. Tetapi tidak jarang juga ada yang dilebih-lebihkan oleh pengikut, murid, atau orang kebanyakan yang terpesona oleh karisma beliau dengan tanpa rasa tanggungjawab. Sehingga menjadikan beliau seakan-akan seorang yang maksum dan didewa-dewakannya lalu akhirnya membuahkan syirik.
 
Pengarang buku ini (Dr. Sa’id bin Musfir) bertujuan membuat semakkan dan memberi penilaian semula akan pelbagai perkara yang berkaitan dengannya atas nama membersihkan semula namanya berdasarkan sumber-sumber rujukan yang benar lagi terpercaya. Buku ini asalnya adalah merupakan risalah ilmiyah beliau untuk memperolehi gelaran doktor dari Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah, Fakulti Dakwah & Usuluddin, Program Pengajian Aqidah. Dan melaluinya, beliau juga telah berjaya memperolehi nilai cum laude.
 
Buku ini menghadirkan Syaikh Abdul Qadir al-Jailani dari perspektif aqidah ahli sunnah wal jama’ah yang murni. Pembentangan di dalamnya digarap dari sumber-sumber dan methodologi ilmiyah yang sahih. Sekaligus menjadikannya bernilai tinggi dan fakta-faktanya boleh diterima pakai sebagai hujah. Oleh itu, kenalilah siapa sebenarnya ulama ini (Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani) dari jalan manhaj yang benar. Buku ini amat bermakna kepada sesiapa yang ingin mengenali Abdul Qadir Jailani dengan lebih jelas dan terperinci yang mana sekaligus membuktikan bahawa beliau adalah salah seorang yang bermazhab ahli sunnah wal-jama'ah sebagaimana para imam 4 mazhab lainnya, dan bukannya orang tarekat atau sufi. Beliau beraqidah dengan aqidah yang benar dan shahihah.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net