Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit

Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit
Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14 x 9 x 0.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM3.50
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Poket Panduan Solat Bagi Orang Sakit | Penulis: Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 38g | Muka Surat: 64m/s.


Solat memang telah disyari'atkan dan diwajibkan ke atas umat Islam dengan kaifiyat atau tatacaranya yang tersendiri. Tetapi adakalanya kita tidak mampu untuk memenuhinya atas beberapa sebab seperti udzur kerana sakit, kecacatan anggota tertentu, ditimpa musibah, dan seumpamanya.
 
Sakit, sukar bergerak, atau yang seumpamanya bukanlah alasan untuk kita meninggalkan solat dan menjauhkan diri dari Allah. Sebaliknya, dengan sebab musibahlah kita perlu lebih mengingat agar lebih dekat kepada Allah. Oleh itu, bagaimana keadaannya sekalipun, solat tetap tidak boleh ditinggalkan malah tetap wajib dilaksanakan dengan apa cara sekalipun yang termampu. Sama ada berdiri, duduk, berbaring, atau sekadar dengan isyarat.
 
Oleh itu, buku yang ringkas ini tampil ke hadapan para pembaca dan masyarakat bagi membantu menjelaskan panduan solat bagi orang sakit. Agar dengan bimbingan yang ringkas ini dapat membimbing umat Islam yang tetap ikhlas dan itiqomah untuk terus melaksanakan solat walaupun dalam keadaan udzur dan sakit. Buku panduan bersaiz poket ini disertakan panduan bergambar, dilengkapi dari tatacara bersuci, wudhu', tayammum, sehinggalah kepada mandi janabah bagi orang yang sakit (atau udzur).
 
Di samping itu penulis juga berusaha memberikan kata semangat, anjuran sabar, ganjaran bagi orang sakit yang sabar, amalan ketika tertimpa musibah, dan penjelasan bahawa agama Islam adalah agama yang sempurna dan mudah. Selain itu, penulis turut menjelaskan jenis-jenis udzur atau jenis-jenis keadaan pesakit yang sering berlaku, seperti pendarahan, kerap buang air, luka yang teruk, ada bahagian yang dibalut, dan seumpamanya.
 
Dengan saiz buku yang kecil bersaiz poket ini, semoga ianya boleh membantu secara praktikal, mudah dibawa, mudah untuk disebarkan, dan mudah dijadikan rujukan di mana pun jua.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net